Monday 29 November 2010

. Si Pentol need HELP! .

Nak dengar cerita Si Pentol yang terkini tak? Kesian... Sekarang Si Pentol tak macam dulu. Tak tahu ape masalah dia. Lebih banyak berdiam diri, Termenung dan kadang2 menangis. WHAT!! Hurm.. Aien perlukan bantuan Blogger semua. Yahh, maybe korang semua boleh naikkan semangat Si Pentol sekarang. Sebab kengkawan dah lama tak kenakan@mengusik Si Pentol nie.
Pernah tanya Si Pentol, kenapa dengan dia sejak 4,5 hari ni. Nak kate datang bulan, tak jugak. Nak suspect tak sihat badan, aikk hari-hari bersukan dengan Badminton. Kire sihat la tu kan? Bila aien korek-korek cerita dari orang2 sekeliling dia. Baru lah dapat tahu yang Si Pentol tengah kesedihan dalam masalah Hubungan Cintan dia. ERKK!!!
Tak tahu ape masalah Si Pentol dengan Si jejaka nya. Tapi kitorang ni hampir melabelkan Si jejeka dia sebagai Si Lampi. Hahaha!! Upss, maaf Pentol. Tergelak besar pulak, and terkantoi nama samaran untuk jejaka ekau. Tapi kitorang tahu Si Lampi ekau memang baik, tak akan curang sebab dia Setia dengan ekau. Cuma, mungkin dia tak berapa matang dalam hubungan korang.
So kengkawan Blogger semua, sila nasihatkan Si Pentol kami agar dia tak memikirkan sangat masalah Cintan dia tu. Hei Si Pentol, ingat tau kate-kate Kak Ngah aien. Your Journey still long way to go! We're still young to think about dis! Remember dat honey madu lebah!!

Wednesday 24 November 2010

. 2 Ninja's selamat POTONG .

Adakah anak-anak anda sudah di POTONG? kalau belum, segera la pergi klinik untuk mendaftar Khatan Anak-anak korang! Nak rase rumah sunyi aman dan damai? Rumah aien dah pun berlaku suasana yang baru, aman dan sentosa. Hahaha! 2 ninja's dah selamat di POTONG, hilang hyperactive selama 2 minggu nie. 1 Ninja's merangkap sifu memang dah selamat kena POTONG tahun lepas. Dan tahun nie, Ummi kate biar POTONG 2-2 sekali, senang sikit. Sebab 2-2 nie memang Hyperactive tersangat!
Allif Imran, ninja bongsu paling steady! tak menangis after kena POTONG. Tapi, 15 minit lepas dah selamat sampai rumah, dia dah tak boleh tahan sebab gatal. Terus meleleh air mata. Kesian, sebab umur baru 7 tahun. Ape-ape pun, Income masuk yeaa "baby" bila kena POTONG. Hahaha!
Allif Aieman, paling tak steady! Belum giliran nak kena POTONG, dah menangis luar bilik doktor. Adehhh! Resah-gelisah tunggu giliran, tak senang duduk dibuatnye. Termenung sane, termenung sini. Lastly, kena POTONG jugak. Hahaha! Income masuk jugak kan Man...

Monday 22 November 2010

. Permulaan Si Pentol .

Salam Blogger sekalian :) dah jadi kebiasaan Belog aien akan update seminggu sekali. Tak ade cerita menarik nak dikongsi, Ditambah dengan kesibukan masa yang tak menentu dalam Tahun AKhir Pengajian. TAPI........... terdetik di hati nak bercerita atau memulakan kisah perjalanan Seorang budak yang Lurus (maksudnye mudah untuk kawan-kawan kena kan dia) even macam tu, dia Bijak! Jangan pandang rendah pada mereka yang macam tu tau.
Okey, mesti Blogger semua ade seorang dua kawan yang lambat pick up bila korang kena kan dia. Tapi bukan maksud Bengap dan mudah di Buli tau. No No No No..... Buli tu tak bagus! Dalam reramai kawan, mesti ade yang selalu kena jadi bahan ketawa kan. Kadang-kadang best je kenakan dorang, tapi bila dia balas kenakan korang, MESTI korang tak akan lupa sampai mati!! hahaha. Bijak jugak orang macam tu kalau bab balas membalas nie.
Permulaan, hari ini Si Pentol tu bangun lambat. Padahal kan, dia ade tugasan Assignment nak submit petang ni. Kalau nak kejut dia bangun pagi, memang susah! Alarm tak jalan, Bom tak layan, Jerit kat Telinga maybe korang akan kena sepak balik dengan dia. ERKK!! Jam 12 Tengah Hari ade kuliah, so Si Pentul kelam kabut siapkan Assignment. dalam bersiap nak pergi kuliah, dia terlupa tengah hari tu kuliah ape. So, dia pun tanya kawan. Kawan dia bagitahu Kuliah Legal Banking.
Sampai kuliah, ade sorang member Si Pentol tanya, kenapa dia bawak slide Legal Banking sedangkan time tu kuliah Malaysian Economy. Damnn!! SI Pentol kena tipu lagi....... kesian
Gosip: Taubat tak nak buli Si Pentol, sebab dia BIJAK!

Monday 15 November 2010

. Masalah di Dapur saya .

4 days!! Nak reason lagi ke mane aien menghilang dengan blog tak terupdate? No need kot. aien tak nak biasakan diri dengan memberi Alasan alasan dan alasan! But 3hari nie aien tak berape sihat. Demam yang tetiba, sakit tekak dan selesema serta masalah perut yang ade selera makan bertambah. Erkk!! Okey, tak nak citer panjang. Cuma 1 je perkara yang aien nak buat. Nak menjerit mintak TOLONG kat blogger!!
Listen! haha sejak 3 dan 4 minggu yang berturut-turut, Rumah aien mengalami 1 masalah yang luar biasa! sampaikan Ummi aien dah naik pening *ting tong Kalau orang atasan pun dah naik pening, apatah lagi orang bawahan yang langsung tak ade pengalaman! Maka aien seru kepada semua Rakyat Blogger untuk membantu bersama-sama peningkan kepala bersama kami! Hahaha
Di sini aien nak menjalankan 1 server kat Semua blogger. Masalah dalaman yang kitorang seisi keluarga alami adalah Pemilihan Beras yang Berkualiti dan tidah mudah basi! Dapat tangkap tak masalah aien nie? Yea BETUL!! Kalau korang nak tahu, setiap kali masak nasi menggunakan Beras jenama XXX malangnya tak bertahan lama! If hari ini petang aien tanak nasi, esok pagi dah basi. Tak sampai sehari kan ia bertahan? Disebabkan masalah ni, Rumah aien akan bertukat Jenama Beras setiap 3minggu sekali!! Membazir...
So, untuk settle kan masalah yang tak bermasalah ni. Aien nak tahulah ape Jenama Beras korang pakai. Or ade cara-cara yang bagus masa nak basuh beras supaya tahan lama. Letak madu ke, letak gula sekampit ke, rendam dengan air bunga ke beras tu, atau hanya boleh masak nasi pada waktu malam barulah Mujarab? Erkk!! Tahyul!

Tuesday 9 November 2010

. Masih teguh berBLOG .

SEMINGGU!! hilang tanpa berita, aien tak sempat nak tinggalkan Notis Amaran kat blog. Hidup terkejar sane sini, banyak urusan aien kena settlekan sebelum mengadap Blog. Maka aien pun tak sempat nak update entry yang bermanfaat untuk blogger semua. Yea!! traffic blog menurun secara mendadak, Tapi Insyaallah akan diusahakan semual peningkatan.
Mungkin ramai blogger yang sibuk, dan kadang-kadang langsung tak sempat nak curik mase update blog. Maybe jugak korang akan terpikir nak berhenti berBLOG bila keadaan masa yang tak menentu untuk Blogwalking dan update cerita terbaru. Ade yang tinggalkan blog berbulan-bulan lamanya disebabkan kesibukan, dan masalah luaran yang lain. So, macam mane nak selesaikan masalah-masalah ni? ade sebarang idea? Mungkin korang suggest kan buat auto-post. Tapi aien sendiri pun tak sempat nak buat apatah lagi langsung tak berkesempatan nk Log In Blog sendiri.
Dengan cadangan dan perkongsian korang tentang masalah ni, maybe boleh bantu Blogger lain dalam terus berBLOG tanpa memikirkan daripada berHENTI menulis di Blog. Bantu cik aien jugak yang kekangan masa ni. Sebab cik aien sekarang dalam Semester Akhir Dip Perbankan Islam. Nak kena fighting habis2, Doakan yea :)
Gosip: Lepas ni Cik Aien jadi macam Biskut, Kejap ade kejap Hilang!

Tuesday 2 November 2010

. Campurtangan Keluarga, Perlu? .

Masalah keluarga Mertua dan Menantu, agak berat jugak isu nie kalau nak dipertengahkan. Tapi aien cuba berbincang secara baik dan tanya pendapat Blogger semua. Kebetulan tadi aien terbace 1 statement tentang 10 Soalan Yang Perlu Ditanya Sebelum Berkahwin. Antara yang menarik perhatian iaitu Pandangan Pasangan kite tentang Campur Tangan Keluarga dalam masalah Rumahtangga kite. Sekarang ni pun kite ade dengar tentang kisah artis kite yang mengalami masalah Rumahtangga akibat Campurtangan Keluarga Mertua. Yang itu aien tak nak komen la.
Aien tak la menghalang Parents untuk campur tangan dalam urusan Rumahtangga, cuma kadang-kala kite mampu nak selesaikan sendiri tanpa melibatkan keluarga. Tapi secara jujur, aien tak nak Keluarga sendiri atau Mertua masuk campurtangan dalam masalah ni sebabnye lagi mengeruhkan keadaan. Bukan maksudnye Keluarga kite tak penting, tapi sebolehnya hanya beri nasihat dan pendapat sudah cukup dalam membantu pasangan tersebut buat pilihan yang tepat untuk Rumahtangga mereka. Parents sepatutnya hanya membantu dari segi luaran masalah pasangan tersebut, Bukannye mencampuri dan bertegas membuat keputusan yang baik untuk pasangan tu. Pening pening pening...
Yang penting, Si suami kena bertegas dan bijak dalam memutuskan penyelesaian konflik rumahtangga mereka. Bukan hanya duduk diam dan mendengar keputusan orang serta membiarkan orang lain memberi kate putus dalam membentuk penyelesaian. Kadang-kala Si Suami akan tersepit antara Keluarga atau Isteri bersama Keluarga mertua. Tetapi haruslah bertegas dan berpendirian teguh jika Keluarga sendiri seolah-olah memecah-belahkan Hubungan antara 2 pihak. Harus diingat, isteri dan anak-anak adalah Tanggungjawab utama bagi Si Suami.
Kalau ade pandangan Blogger yang lebih arif tentang masalah ini, silakan berkongsi dengan kami semua di sini. Moga-moga ini persediaan kite dalam melayari Bahtera Perkahwinan akan datang, Insyaallah. Steady Blogger!
Gosip: saje nak ambil pengalaman alam perkahwinan hehe!