Friday 31 December 2010

. Azam 2010 Olok-olok .

Azam baru 2011 yang olok-olok adalah menjadi Ulat Buku Tegar. Hahaha! Boleh percaya ke? kire okey la aien ade azam yang olok-olok. Tapi serius wei, nak jadi Ulat Buku tahun depan. Tahun Akhir Pengajian nak kena pulun habis-habisan. Kalau asyik jadi Ulat Online Tegar, mati guwe kena tetak kalau result CANTEK sangat. Aiyaaa Azam tetap azam, semangat la aien oit....! korang macam mane pulak? Jeng jeng jeng!

Thursday 30 December 2010

. Penjaga Goal Kebangsaan .

Alamak..! Dah ade awek la :) xkesah pun hehe. Sebab dorang memang nampak sweet sour je berdua nie. Siapa tak kenal dengan Penjaga Goal Kebangsaan yang encem macho orangnya. Anak dara pun dah terpikat kalau sekali pandang. Macam kacukan China daaaaaa..
Tapi En.Fahmi ni bukan je pandai jaga gawang goal. Hati awek dia pun pandai jaga tau dari dibolos lelaki-lelaki lain kat luar sane. ahaa! Cepat-cepat lah kahwin macam En.Shahrul Idlan kite tu. Selamat sudah diijabkabulkan Sehari sebelum perlawanan pusingan 1 Malaysia vs Indonesia Ahad lepas.

Sunday 26 December 2010

. Datin Balqis Part 2 .

"cicak2 di dinding"
"diam2 merayap"
"datang seekor cicak"
"wawawa balqis melalak!"
.video tak sempat nak rotate.
.terbalikkan laptop anda.
.untuk mendapatkan video berkualiti.

Saturday 25 December 2010

. Datin Balqis Part 1 .

DATIN BALQIS WANABE
.ni cousin ain yang paling muda.
.seangkatan dengan 3 ninja's.
.syok mengacau dia ari ni.
.nantikan video balqis bersama cicak TIPU.

Friday 24 December 2010

. 22 Disember 2010 Part 2 .

TERJAH macam melodi
*Maaf tak bagitahu nak datang ^__^*

Thursday 23 December 2010

. 22 Disember 2010 Part 1.

Happy Birthday MR.IMAN
* sweet 21 *

Saturday 18 December 2010

. the Sim 3 Late Night .

Jangan tanya aien dah miliki CD Game ni ke belum! Sebab jawapan semestinye YAA! I get it bro, sangat-sangat style! Hahaha tapi belum lagi berjaya Install dalam lappy. Macam biasa la, game ni kan berat saiz dia. Yang pasti, Harga memang berbaloi la. Hari tu beli Cd Game The Sim 3 dengan harga RM20 untuk 2 keping CD. Dan 3 hari lepas beli Cd Game The Sim 3 Late Night dengan harga RM30 untuk 2 keping CD. Masalahnye Lappy baru hantar Format. Kasi bernafas dulu lappy ni, baru kite jodohkan Game ni dengan isi dalam Lappy aien Okey!
Jangan tunggu lagi wei, sape yang minat giler Game ni. Terus la serbu kat kedai game. Aien dah tak tunggu lama, keesokan hari terus speed carik Game nie. Tak tidur malam guwe bila dapat tahu ade latest Sim kat pasaran. Ohh idaman ku, The Sim!

. Rangkaian untuk kite semua! .

Tak ade yang special untuk entry hari ni. Biasalah kan, weekend free sikit. Buku-buku dah berdating dengan Assignment dekat luar kawasan Campus. Aien pulak berdating dengan dinding blog sendiri. Okey, saje nak bagitahu kat blogger yang tak dapat bau lagi Ikon terbaru dalam blog aien. Hehe, sempat lagi aien nak berlagak kat sini. Sekali-sekala den nak berlagak, ekau ade kisah? Hahahaha! Kat gambar atas dah ter'pampang Ikon baru dalam blog aien.
Mai aien kenalkan yang paling atas Ikon capital 'i' tu adalah FormSpring aien Klik Sini. Tapi just jawab soalan korang hanya time weekend jela. Bawah tu ade Ikon capital 'F' untuk a/c Facebook aien. Yang ni masalah sikit. Banyak friends request 2** tapi aien tak sure dari Blogger atau dari mane. Maka aien xapprove lagi. So aien galakkan korang semua ke Ikon 't' untuk a/c Twitter aien Klik Sini. Aien baru activekan semula a/c Twitter untuk kegunaan Editors 100 Penulis Klik Sini. Ataupun nak tahu perkembangan Blog aien di Ikon 'f' untuk Fanpage ainnabilaBLOG Klik Sini. Settle kan!
Dalam dunia blogger bukan saje kite perlu kenal dan faham penulisan seseorang, tapi tak salah kalau kite kenal jugak siapa penulis Empunya Blog Hehehe! Peace untuk anda!

Friday 17 December 2010

. Blog untuk Blogger dan Kite .

Penat la cakap benda yang sama kan. Semua blogger akan kate benda yang sama " Blogging bukan untuk platform jadi Terkenal ". Yea, aien menyuarakan pendapat yang sama. Blogger yang dah dikenali sekarang pun terkenal sebab penulisan dan gaya blogging mereka tersendiri. Ade style beb! Nak simpan angan-angan jadi seperti mereka memang tak salah. Tapi kena ade usaha la kan. Tabik spring pada mereka! Awal-awal join dunia blogger, memang tak ade niat nak jadi Terkenal. Tapi 1 rezeki untuk kite kalau Blog dikenali oleh Blogger lain :) Hehehe...
Traffic Blog, lagi 1 hal utama dalam blogging. Jangan terlalu mengejar Traffic blog yang tinggi setiap hari. Sedangkan pengisian dan penulisan blog kite belum mampu nak menarik hati blogger lain. Maaf kalau ade yang terasa. Aien sendiri tak pernah nak respect tinggi pada Traffic Blog aien. Terpulang pada blogger nak datang berkunjung atau tidak. Kalau nak yang terbaik dari orang, kite sendiri kena berubah jadi terbaik. BLOG untuk Blogger dan kite sendiri *_^ Peace!

Tuesday 14 December 2010

. 1st Time jawab Tag .

Okey, pengakuan jujur! Aien banyak kali terima Award TAPI yang ni 1st time aien rajin membalas nye! Ampun semua, selalu nye ain terlepas pandang sebab tak sempat nak balas Tag korang. Sebab tu memang tak ade Collection dalam belog ni pasal Award dari Blog lain :) Tapi aien always hargai blogger semua! terima kasih yea..
1. Nick Name Pemberi Award :
AtiqSalleh (Blogger campus Aien)
2. Ucapan kepada pemberi Award :
Ehem3. Thanks yea Kamu!
3. 6 Artis yang saya minat :
Shahir @ Adira @ Maher Zain @ Sami yusuf @ Nickhun @ Victoria
4. 10 Blogger lain untuk Award ini

Monday 13 December 2010

. Bak sini 1000x Alasan .

Bahayee! Fikiran ditahap bahaye. Elakkan diri korang daripada wujudnye simbol diatas dalam fikiran. Kalau rase-rase otak korang blur! Moody memanjang, sampai tak boleh orang nak tegur! Tengok buku macam nak balas dendam! SAHH! Korang dah wujudkan penyakit dan simbol TENSION dalam diri. Habislaaa.....
Sini korang semua! Bagi aien 1000x sebab kenape kite perlu stress sebagai seorang Student? Dunia belajar ni tension tersangat ke sampai semuanye down bila banyak assignment? Atau korang tak biasa sangat Assignment banyak tu, atau nak MORE lagi ke? SIkit-sikit tension, pening pale, kepala nak meletop, nak terbakar. Cubelah korang bawak bertenang macam aien :).
Bertenang la sangat! Aien ni pun tengah TENSION tau! ni la penyakit tension untuk Student. Kite sebenarnye tak akan Tension kalau assignment yang dapat tak ditangguhkan berminggu-minggu. Alaaa, setakat assignment kan, celah gigi je boleh siap. Google Translate kan ade ^_^ Hahaha! Cukop, jangan gelak lebih-lebih! Bertambah Tension guwee..
Mai habaq sikit, sesape yang tengah Tension selalu korang buat ape? Ade rase macam nak terjun bangunan tak? Atau main terjun-terjun laut ke? Atau korang mintak kawan bawak kereta laju-laju, lepas tu langgar korang? Huhu.. Tapi kalau Karoke pun sedap jugak kan ^_^ *wink

Saturday 11 December 2010

. Dunia Blogger Kita .

Naaa... Seminggu sekali baru nampak penulisan kat blog aien kan :) Anywre aien baru baik demam. Aik, demam lagi? Biasalah kan, semakin meningkat dewasa ni, makin lemah pulak rasenya badan ni. Tak kuat macam time muda-muda dulu haha! Tapi sepanjang seminggu ni, ade jugak aien Blogwalking ke Blog lain. Ade yang aien tinggalkan jejak. And ade jugak aien biarkan sepi.
EH, nak gosip nie! Perasan tak, dah makin banyak Blogger baru yang dah join bidang penulisan dalam dunia Blog. Hehehe! maka, pada senior blogger yang lama tu, tak lama lagi dah boleh pencen la yea. hahaha! Just kidding. Tak ada istilah pencen dalam dunia Blogger. Sebenarnye banyak jugak kelebihan mereka-mereka yang join dunia Blogger ni.
Antara yang jadi kesan dalam diri aien sendiri, tak ade lagi lepaking or pembuangan masa yang tak berfaedah. Semuanya diisi dengan dunia Blogger, Blogwalking or penulisan lain. Fuuhh! kalau tidak, sebelum ni asyik bergosip je. kalau tak gosip pun, merayap tak tentu pasal. Aisshh.. Zaman muda-muda dulu memang macam tu! Sekarang dah jadi macam ni, baru la nak hargai. Hahaha berlagak macam orang TUOO!
Gosip: Kadang2 ade sikap malas nak update Blog. Dushh!!

Sunday 5 December 2010