Wednesday 28 March 2012

Renung,Fikirkan dan Bertindak


KEJAM! Satu perkataan yang mampu dikeluarkan.. Hanya SATU perkataan iaitu KEJAM! Bila dengar kes penculikan, dan diakhiri dengan kematian/pembunuhan dengan cara yang kejam, apa kite semua mampu buat? Hanya mampu maki hamun, bersedih, lahirkan rase marah, salahkan semua pihak, dan sebagainya.. 

Berita sana-sini melaporkan perkembangan kes, kita dengar dan mula rase marah! Blogger juga tak ketinggalan update entry tentang kes ini, inform pada rakan-rakan lain, dan si pembaca mula rase marah! Marah atas perkara yang berlaku.. Marah sebab ade orang yang berhati busuk, berjiwa kejam.. Marah sebab pihak ni tak jalankan kewajipan dan tugas.. Marah orang tu leka dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab.. Semua nak marah! Tapi, adakah kita hanya mampu marah?? 

Kita tak pernah terfikir, apakah PENYELESAIAN untuk semua ni? Sibuk berkata dunia ni kejam, hidup sekarang tak selamat, Malaysia tak selamat, keselamatan longgar, kawalan tak ketat, itu ini... Blaa.. Blaa.. Blaa.. Tapi tahukah kita, Allah lebih mengetahui? Allah dah tahu, benda-benda ni akan berlaku suatu hari nanti.. Dia maha mengetahui, kes-kes seperti ini akan berlaku dan lama-kelamaan akan menjadi teruk seperti sekarang.. Sungguh!

Penculikan diakhiri dengan pembunuhan, penculikan diakhiri dengan dibakar mayatnya, pembunuhan yang kejam, kes rogol dan cabul, maksiat berleluasa, dan banyak lagi.. Semakin menjadi-jadi, mereka yang melakukan perkara ini memang dah dikatakan TIADA PERASAAN, HATI BUSUK, HATI KERING dan lebih tepat tiada IMAN dan AGAMA dalam diri.. Fullstop.. Setuju?

Eden cuma terfikir satu, Allah Maha Mengetahui dan sebab itu lah adanya HUKUM ALLAH, dimana kita sebagai orang islam kena terima Hukum Allah jika ia dilaksanakan.. Tapi masih diantara kita nak berdebat dan pertikaikan lagi I-_-I 

Manusia dah tak kisah hukum manusia, Mahkamah dan hukuman, itu semua mungkin bagi mereka belum cukup berat.. Lupa ke dunia ni hanya sementara? Kalaulah Hukum Allah terlaksana di negara ini, mungkin kah semua ini akan terjadi lagi?? Mungkinkah?? Yakini lah perancangan Allah adalah yang TERBAIK.. Renungan bersama...

Monday 12 March 2012

Masalah INI ehh Penyelesaian TUU LAA!

Tokk tokk tokk... #whew.. Bukan senang nak jadi blogger tegar.. Sebab tu eden tak layak nak tegar-tegar-bagai.. Ini laahai, sebulan sekali baru nak Hup-date-to-date Puuiii... Masalah nye, memang tak daann hei nak layan blog.. Nampak tu 'MASALAH' nyaa.. Haaa masalah datang dan pergi, kadang-kadang kite pun tak tahu nak selesaikan cara mana.. Masalah blog tak update, itu pun masalah.. So apa penyelesaiannya?? Fikir-fikir..

Beralih pada topik UTAMA tentang masalah.. Hoi, masalah kalau nak datang bukan kite boleh halau.. Eden kalau boleh halau masalah tu po-yiee, memang dah lama hidup eden ni sonyuum sentiasa, kepala tak serabut, muko pun penohh cahayo Ilahi :) Haaaa nampak tuu dah sonyumm... Tapi ini lah manusia, ini lah lumrah kehidupan. Kite tak akan lari dengan masalah.. Ehh slank nogori eden hilang dahh??.. Lantak po-yie laa.. Serabut tambah tekanan kalau ade masalah tapi hati kata takdo penyelesaiannya.. Haa Penyepaaakkk den bagi ni haa!! 

Mano plak takde penyelesaiannyooo.. Masalah dengan penyelesaian tu bagai Atuk dengan Nenek saling memerlukan.. Ala-ala romantik gitu..! Contoh laaa, ekau nak bagi kura-kura makan, aleh-aleh tak sedar makanan stick tu dah habis.. Kura-kura ekau dah meronta-ronta lapar, siap terbalik cengkerang belakang!.. Apo ekau nak buat? Takkan nak lari pecut po-yie kedai haiwan kottt.. Tak mungkin kura-kura ekau leh tahan lapar #HAHAHAHAHA Ini haa penyelesaiannyooo, bukak peti ais tu carik sayur bayam ke sawi ke.. Pastu sumbat jeeeee kura-kura ekau makan.. Aa-aa Ee-ee eden makan sayor kalau eden takde duit nak beli makan tau!..


Abaikan 'Akan datang di pawagam 2005'.. Tinggal kenangan je 2005.. Okay, korang semua confirm tengok cerita ni.. Apa kena mengena?? Eden suka part yang Putri and the geng ada masalah pasal team dorang.. Komitment and masalah setiap ahli team 'Bukan Team Biasa'... Watak Dayang (Zarina) tak dapat datang training atas sebab nak jaga adik-adik kat rumah.. Si 'J' a.k.a JUWITA #HAHAHAHAHAHA kantoi main futsal, terus mak dia kurung dalam rumah.. So korang nampak kan macam mana MASALAH dorang tu diselesaikan??.. Eden suka, sebab rase lebih yakin untuk selesaikan segala masalah yang ada selepas ini.. Insyaallah.. Maaf, slank nogori den datang macam chipsmore.. (Kejap ada kejap hilang) Den simpulkan, semua masalah ade penyelesaiannya.. Kita, kena pandai, sabar, tenang dan kreatif.. Insyaallah, ada.. Ada, cari jelah!

P/S: Eden memang banyak cakap, bajet pandai nasihat orang, konon macam bagus.. Tapi eden pegang satu jee.. Apa yang eden nasihat, eden katakan, atau eden keluarkan pendapat, itu SEBENARNYA umpana nasihatkan untuk DIRI SENDIRI jugak, dan dari situ eden perbaiki KELEMAHAN. Terasa ke? (Tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia)