Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Thursday, 12 March 2015

Aku Tanya APA KHABAR SEMUA

Assalamualaikum W.B.T...

Blog dah berhabuk, lamaaaa sangat tinggal! Ikut peredaran zaman, betul la orang kata.. Dulu iye, semua cerita orang tulis dalam blog.. Berkongsi gambar pun dalam blog. Kucing jiran sebelah, beranak dalam almari bilik, punnn update dalam blog.. Tapi sekarang 'kiceekkk' 'kiceekk-II' (sound camera kononnya) UPLOAD instagram.. Caption "Pagi yang tenang.. NYAMAN!" Gambar ATAS puncak Broga Hill.. ek'eleeeeh..

Uhuk3.. Aktif update masa student dulu-II, zaman single-mingle gadis terlajak laghooo.. La ni perkembangan, dah berkembang dengan keluarga.. Hehe Alhamdulillah, makin bahagia... Takde sangat nak update pagi-II bute ni.. Nak menaip laju-II banyak typo, sebab husband ade kat sebelah meja.. Takut dia berpaling and say "Tuu update apa menatang tu..." Hehehe dia tak tahu Isteri dia zaman dulu kala kaki blogger koott.. :p

Okay belanja 1 gambar lawak caption " Ehh mana kepala dia.. Mana mukaa dia.." Pinjam lawak Sepahtu. HAHAHAHA.. In Sya Allah ada masa dan saat yang panjang, Eden coretkan lagi disini..

Assalamualaikum...

* Gambar tak keluarkan? Missing semasa update by applictaion handphone :p

Tuesday, 11 June 2013

14 weeks

1st check kat klinik untuk confirm preggy :) 5 weeks masa ni

Assalamualaikum w.b.t and Bismillahirrahmanirrahim
Salam to all readers :)

Berkelapangan nak menjenguk belog usang ni.. U know me, dah jarang-jarang nak rajinkan diri update belog.. Erti kata M.A.L.A.S :) Ehh bukan malas.. Keadaan, masa, waktu, yang tak izinkan.. 

Kalau dulu zaman student muda-mudi memang tahap petala lapan setengah rajinnya.. NOW, dah bekerja, berkeluarga, berkahwin, bersuami, Ehh Ehh.. Hehehe dan berbakal tidak lama lagi.. XOXO

Alhamdulillah.. Bukan nak umumkan secara rasmi.. Alaa tak semua tahu belog kite ni.. Syukur, dah 14 minggu sekarang :') Thanks to Allah.. I'm Sooooooooo Happy.. Hanya Allah yang tahu perasaan ni.. Start dapat berita pagi Subuh tu, sampai sekarang kalau nak ingatkan, memang akan senyum semanis kurma lah.. Allah tak pernah putus berikan kami Suami Isteri rezeki since kahwin lagi.. Itu kite AKUI :)

ALAHAN?? Mostly memang orang akan tanya, 1st pasal alahan.. "Alahan teruk?"... Kite senyum je.. Senyum nampak manis, tapi pahit sebenarnya.. Haha, mula-mula hadap memang rasa DOWN sangat.. Rasa ntah lah, rasa yang rasa takle hadapi.. Rasa yang rasa Kenapakah? Sampai sekarang selalu minta kekuatan pada Allah, sampai nangis-nangis lah kita bila berdoa.. Tapi kite percaya, Allah turunkan ujian dan dugaan pada kite dengan kemampuan yang kite boleh hadapi sebenarnya..

Masa kandungan 2 bulan, alahan tu sangat teruk.. Bau masakan tak boleh, orang tumis cili ke bawang ke, semua tak boleh bau.. Sepanjang tu memang tak masuk dapur sangat, Husb yang take over semua kerja kite.. Mengalahkan orang dah sarat mengandung.. 

Husb la yang masak, basuh kain, jemur kain, buat kerja rumah.. Dia asyik suruh kite berehat je.. Kite ni masa tu memang lemah giler, pening kepala, mual, perut tak sedap, tak selera, pendek kata balik dari kerja memang terus rebah laa.. Nangis-nagis jugak la kite tiap pagi bila dah kena morning sick tuu. Sebab pening kite ni kadang-kadang 24 jam.. Nak drive pergi kerja tu memang bercinta..

Sebenarnya, sampai sekarang masih seperti dulu alahannya. Cuma sekarang kurang sikitlah.. Sikit je kurangnya, sebab kadang-kadang kite lawan sakit, rempuh masuk dapur untuk masak jugak.. Tapi endingnya, selesai je masak kite yang hilang selera nak makan.. Husb dari dulu paksa-paksa kite makan.. Bukan dia sorang je paksa, orang lain, family, family mertua, dah jenuh bagi nasihat suruh paksa makan jugak.. 

Kite memang dari before kahwin, sampai dah kahwin, susah nak makan laah.. Kite jarang-jarang makan nasi.. Sekarang dah berbadan dua, itu yang degil nya setegar muda-muda dulu.. Kadang-kadang saiko diri, kite makan bukan untuk selera kite je sekarang, kite kena fikir yang dalam perut ni.. Kesian baby :( Semoga semakin pulih, kalau boleh tak nak alahan berterusan, sebab ada je orang berpanjangan alahan dia sampai kandungan bulan ke-6 & 7.. Doakan, moga Allah memberi kekuatan yea pada kite :)

Kite dah tak boleh teruskan... Mula mai dah pening, macam bagi amaran sudah.. Ni kalau dah stop, tak tahu bila lagi jumpa kat entry baru.. Kalau rajin yea..
Assalamualaikum.. In Sya Allah andai rajin di entry yang akan datang, kite berjumpa lagi :) SYUKRAN

*Minggu ni checkup untuk kali kedua :) 1st checkup husb yang beriya suruh buka buku merah cepat.. Hehe (actly kite ni penakut nak ke klinik)

Tuesday, 15 January 2013

Berikan Kami Hak Bersuara



Assalamualaikum w.b.t and Bismillahirrahmanirrahim
Salam to all readers :)

Dunia ni kejam ke? TAK
Dunia ni kadang-kadang kejam ke? MAYBE

Jangan salahkan dunia.. Buat apa nak salahkan bumi ni..
Yang kejam itu mereka yang hidup di dunia ni.
Ehh tak semua kejam..
Ada 2 orang kat dunia ni kita kena kenal..
Pertama kenali orang yang baik..
Kedua kenali orang yang jahat..

Yang baik ciri-cirinya bagaimana?
Yang jahat ciri-cirinya bagaimana?
Nak tahu? BUKALAH MATA..

Salah ke nak berkata? TAK
Belia berhak bersuara.. YE KER
Yang berpangkat angkuh membuat keputusan..
Yang dibawah patuh melakukan perintah..
Bila dibawah mula mencorak langkah sendiri..
Yang berpangkat memberi amaran..
Listen to me.. Listen.. Listen.. Listen..

Sedangkan Yang Maha Esa lebih berkuasa..
Tiada pula yang cuba mengikut kata..
Ambil mudah dan sambil lewa..
Lupa akan Dia, lupa keseronokan semata-mata..

Selagi kita boleh bersuara, berkatalah kebenaran..
Selagi kita boleh bersuara, berkatalah jujur..
Selagi kita boleh bersuara, ayuh luahkan..
Katakan Ini Hak Bersuara Kita!



Thursday, 10 January 2013

Log In


Assalamualaikum w.b.t and Bismillahirrahmanirrahim
Salam to all readers :)

Mari menjadi Blogger semula..
Rasa kekok nak berkokok.. Eeehh kite bukan ayam laa [-_-]!
Perlukan perkenalan semula tak?
Okay kite mulakan.. Hye, korang sebenarnya tersalah masuk ke Dinding Cik Aien..
Ini belog kite.. Selamat datang :)
Kite dah lama tak menulis, merepek, mengigit keyboard, merapu, menconteng di belog ni..
Sebabnya.....

PENGAKUAN:
Kite busy sebelum ni.. Persiapan.. Dan persediaan.. Dan persekitaran.. Dan..
Okay pendekkan cerita..
Kite Isteri Orang.
Selamat berkenalan semula.
#kbye

Jumpa lagi di entry akan datang. Kalau rerajin macam dulu..
Assalamualaikum..

Thursday, 8 November 2012

Pada Suatu Hari...


Kenapa tiba-tiba update belog? Sukahati la, belog siapa sekarang.. Huhu.. Lama kan tak merapu sini.. Rasa ganjal.. Errkk janggal.. Ke rasa ginjal..?.. Hehe.. Urm, takde masa nak bercerita.. Segala penceritaan tiap hari umpama dah jadi biasa-biasa.. Yang special pun takde apa nak tuliskan.. Rasa perlu? Mungkin untuk berkongsi, ianya jadi perlu.. Cuma tak semua perlu diberitahu/diceritakan.. Sebab eden bukan RETIS. Huhu!

Tinggal 1 Bulan je lagi.. Hanya 30 Hari sahaja menunggu hari.. Just 720 jam sahaja yang ada.. Dan ada 43,200 minit yang tinggal.. Dalam 2,592,000 saat yang berbaki.. Untuk apa?? Hehe... *guling-guling gedik atas lantai* Rahsia yang selama ini, dah disebarkan kepada semua sahabat andai.. Respon??

"Otai nak kawen? Biat betik..??! Tak percaya aku"
"Gile, bila masa kau bercinta nie..??"
"Dulu-dulu main guli, sekarang dah nak kawen.."
"serius tak percaya kau nak kahwen!"
"Amboi, dah nak kawen. Bagus kawen muda.."

Dan cam biasa eden muka riak o_o Sejak bila pulak eden ni otai?.. Punyalah masa student dulu, gaya macam Puteri Santubong menyelubong..! Lemah lembut umpama kain cadar di Ikea..! Berbudi bahasa budaya kita, Amalan mulia.. Tapi biasalah, takkan nak gantung signboard 'Sedang Bercinta'.. Hehe.. Sendiri makan, sendiri simpan.. Selamat Pengantin Baru.. #EHH

Thursday, 5 July 2012

Sempena Nisfu Syaaban


Terkezut? Terperanjat? Ohh ter-anjat gugurl :) Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.. Walaupun dah lama meninggalkan sesawang belog sendiri.. Eden masih ado disini.. Terpanggil untuk update belog ni, alahai kesian.. Dahulu tempat meluah, tapi kini dah ada tempat baru untuk meluah.. Di mana? Sedang apa dan dimana.. *Okay, ini just lirik*

Nak dijadikan story-mory.. Ececeh, berdouble pulak imbuhan.. Semalam jadi artis sekejap.. EHH??! Hehe.. Yea, semalam jadi artis sekejap.. Bbm, twitter, Inbox FB dan text masuk tak henti.. Semuanya mengingatkan tentang Nisfu Syaaban.. Terima kasih :') *Berangan Artis*

Apa sebenarnya kita dapat melalui peringatan ni? Ohh saja-saja kawan nak ingatkan? Semua dok cakap dok tweet 'Salam Nisfu Syaaban' - 'Semoga amalan kita yang lama diterima' - 'Bukak buku baru, buku lama TUTUP' - Lagi - 'Maafkan kesalahan aku, mohon dimaafkan' .. Hehe.. Kita mudah menutur bukan? :)

TAPI ingat wahai kawan-kawan, sahabat yang ku kasihi, saudara sesama Islam yang diingati.. Bukak buku baru sekalipun, jangan diulang kesalahan buku lama.. Seperti? Kalau buku lama, kita tidak menutup aurat, apa KATA buku baru ni, kita Menutup Aurat :) Indahnya, cantiknya.. Subhanallah.. Tapi jangan 'Bungkus Aurat' yea..

Seperti lagi..? Kalau buku lama kita lubang-lubangkan solat, apa KATA buku baru ni kita cuba Penuhkan Solat 5 waktu.. Bukan cuba, tapi MESTI dan WAJIB! Nak seribu daya, kalau tak nak memang banyak berdalih.. Bukan sekadar penuhkan solat 5 waktu, touch up la sikit dengan solat sunat ke, solat tahajjud ke..

Semua yang diperkatakan, menuding 4 jari pada diri sendiri dan 1 jari pada kalian.. Jangan risau, eden sedar diri.. Eden pun tak penuh ilmu di dada, tapi mengingatkan kalian sama je mengingatkan diri sendiri.. Sebab mana nak dapat Idea tulis entry seperti ini kalau bukan diri sendiri belajar dari kesilapan lalu..?? So, trademark kita yang baru ' SEDAR DIRI ' :')

Wednesday, 28 March 2012

Renung,Fikirkan dan Bertindak


KEJAM! Satu perkataan yang mampu dikeluarkan.. Hanya SATU perkataan iaitu KEJAM! Bila dengar kes penculikan, dan diakhiri dengan kematian/pembunuhan dengan cara yang kejam, apa kite semua mampu buat? Hanya mampu maki hamun, bersedih, lahirkan rase marah, salahkan semua pihak, dan sebagainya.. 

Berita sana-sini melaporkan perkembangan kes, kita dengar dan mula rase marah! Blogger juga tak ketinggalan update entry tentang kes ini, inform pada rakan-rakan lain, dan si pembaca mula rase marah! Marah atas perkara yang berlaku.. Marah sebab ade orang yang berhati busuk, berjiwa kejam.. Marah sebab pihak ni tak jalankan kewajipan dan tugas.. Marah orang tu leka dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab.. Semua nak marah! Tapi, adakah kita hanya mampu marah?? 

Kita tak pernah terfikir, apakah PENYELESAIAN untuk semua ni? Sibuk berkata dunia ni kejam, hidup sekarang tak selamat, Malaysia tak selamat, keselamatan longgar, kawalan tak ketat, itu ini... Blaa.. Blaa.. Blaa.. Tapi tahukah kita, Allah lebih mengetahui? Allah dah tahu, benda-benda ni akan berlaku suatu hari nanti.. Dia maha mengetahui, kes-kes seperti ini akan berlaku dan lama-kelamaan akan menjadi teruk seperti sekarang.. Sungguh!

Penculikan diakhiri dengan pembunuhan, penculikan diakhiri dengan dibakar mayatnya, pembunuhan yang kejam, kes rogol dan cabul, maksiat berleluasa, dan banyak lagi.. Semakin menjadi-jadi, mereka yang melakukan perkara ini memang dah dikatakan TIADA PERASAAN, HATI BUSUK, HATI KERING dan lebih tepat tiada IMAN dan AGAMA dalam diri.. Fullstop.. Setuju?

Eden cuma terfikir satu, Allah Maha Mengetahui dan sebab itu lah adanya HUKUM ALLAH, dimana kita sebagai orang islam kena terima Hukum Allah jika ia dilaksanakan.. Tapi masih diantara kita nak berdebat dan pertikaikan lagi I-_-I 

Manusia dah tak kisah hukum manusia, Mahkamah dan hukuman, itu semua mungkin bagi mereka belum cukup berat.. Lupa ke dunia ni hanya sementara? Kalaulah Hukum Allah terlaksana di negara ini, mungkin kah semua ini akan terjadi lagi?? Mungkinkah?? Yakini lah perancangan Allah adalah yang TERBAIK.. Renungan bersama...

Wednesday, 15 February 2012

Seiring Sejalan VS Seiri Hati


OPOCOT!! Dunia ohh dunia, susahnya kalau ade orang IRI HATI dalam setiap perkara yang kita buat... Rimas tak korang?.. Bukan takat rimas, Mak Jemah pun menyampah tau.. Siapa Mak Jemah? Tanya Johan laa.. Penyakit ni memang dah lama ada dalam dunia, cuma eden korang kau awak dia dan mereka yang buta tak nampak.. Rabun?? Tak, BUTA!.. *Ehh telur ayam pun ade perasaan IRI HATI??*


Tasha Manshahar gadis youtube.. Apa masalah eden dengan dia?.. Masalahnya dia Fans Manchester United, Tapi tak bagitahu eden pun!!.. Dan masalah korang dengan dia?.. Dia ada bakat, suara sedap, cantik pun cantik.. Ramai puji mereka tak kurang menyanjung suara mereka.. *Angguk* Tapi bila ade perasaan IRI HATI dalam diri korang, pasal jersey Man Utd yang dia pakai tu pun jadi ISU! you know??.. Betul tak?? Ada yang comment "Pakai tudung tapi baju lambang setan, TERBAIK!"... Huh?? Ini orang pun ade kee? Kalau dia pakai jersey Arsenal, mesti Fans Man Utd pulak mengutuk. SO, acamano tu?! Semua sebab IRI HATI dia ade bakat, tu je.. Eden no komen bab aurat dia, sendiri dah besar, sendiri mahu fikir.  Aurat tetap aurat :)


Najwa Latif artis youtube.. Macam goreng pisang panas, populariti dia melonjak ke atas.. Alhamdulillah rezeki dia.. Biasa, bila dah berjaya, dikenali, ada bakat CONFIRM ade je kutukan, pujian dan macam-macam lagi dari orang yang IRI HATI atas kejayaan dia.. LOR! "Suara mendatar.. Lirik lagu macam budak-budak.. Tone tak mencabar.." Dah tentu lirik macam budak-budak, dia budak lagi kot... Ehh eden backup dia?? Alaa dari korang sibuk nak mengata suara dia, baik korang buat kerja lain.. Tak suka lagu dia tak payah dengar.. Suara dia pun nak jadikan ISU.. Asalkan dia famous, orang support dia.. Korang??

MAKA jomlah kita seiring sejalan membina perpaduan serta bersatu daripada kita seiri hati dan bergaduh sesama manusia, dengki mendengki sesama telur ayam.. ERKKK!!!

P/S: Eden minat Man Utd tidak lah sampai terpengaruh.. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, nak dengar lagu boleh asal jangan sampai terpengaruh. PEACE!

P/S: Bak kata Sham Kamikaze, daripada sibuk kite berbalah pendapat,  Baik kita bersatu menentang Syiah yang terang2 sesat lagi menyesatkan.. PEACE!


Thursday, 26 January 2012

Beza kehidupan Kaya vs Miskin??


APA NAK dimalukan dengan kemiskinan harta benda... Apa nak dibanggakan walau kaya berjuta harta.. Penting ke kalau status hidup ni dibezakan dengan "Ehh budak MISKIN" atau "Errmm budak KAYA"... Kaya atau miskin semua sama, korang hidup jugak di muka bumi yang sama kan?? Atau orang kaya tinggal di luar bumi??.. Tak pernah lagi dengar berita yang "Waauuu" seperti itu.. Jangan letak perbezaan dalam hidup kita.. Beruntung laa korang ada title "Orang Miskin" dan "Orang Kaya"... 


Korang fikir senang ke jadi orang kaya?? Ke hulur ke hilir usung hutang tau.. Ehh ofcourse duit banyak boleh settle hutang.. Tapi malu laa.. Isshh malu tau, beli barang pun nak berhutang.. Memang macho, depan kaunter terus keluar cedit card.. Lagi macho kalau hujung bulan, keluar gaji bayar hutang.. Memang bangga tinggal rumah besar, ada orang gaji, ada driver.. Tapi lagi bangga kalau diisikan dengan amalan yang baik, suruhan Allah dipatuhi, dan tidak bermegah dengan kemewahan.. Eeehh, tak tuding jari pada SEMUA orang kaya @ mampu, cuma ada dikalangan mereka yang ALPA.. Ingat, kita ni menumpang di bumi Allah.. Pangkat, darjat, dan kekayaan hanya sementara dan pinjaman.. So, sematkan lagu ni dalam pendengaran korang.. Nasihat agar Eden pun tak ALPA kalau dah kaya nanti.. Kalau jee! Tapi tak mintak jadi kaya, biarlah sekadar yang mampu dan sederhana.. Asal bahagia hidup, senang di akhirat.. Insyaallah..

Saturday, 21 January 2012

Perancangan Allah, Dia lebih mengetahui..

MERUNGUT MERENGEK MENGOMEL benda yang senang, dan akhirnya menjadi susah.. Apakah?? Betul kata ustaz Azhar Idrus, siapa lagi yang membuatkan kahwin itu jadi susah kalau bukan KITA anda KORANG awak MEREKA dan kalian.. Sepatutnya benda baik memang mudah, tak susah pun.. Tapi mungkin disebabkan kesempurnaan, keselesaan, nak nampak cantik, kelihatan perfect, mintak orang cakap WOW, suruh mereka puji, nak rasa bangga, harap orang terharu, dan lagak gaya terkenal.. Maka merisik, tunang dan kahwin menjadi susah dikalangan kita sekarang.. 




Bila kita jadikan wang sebagai beban, maka BEBAN laa ianya.. Sebab kita tak percaya pada rezeki Allah.. Cuba kita letakkan kepercayaan pada setiap benda baik yang berlaku akan dibantu dipermudahkan Allah, maka Insyaallah benda baik tu akan berjalan lancar dan kita sendiri takkan sangka semudah itu.. Setiap apa yang berlaku itu adalah perancangan Allah, maka Allah lebih mengetahuinya.. Dan kita? Yakin yakin yakin dan yakin.. INSYAALLAH..




Sebagaimana majlis pertunangan Eden yang lalu, ianya berlalu dengan .......... Tak dapat dibayangkann, cuma mampu berkata "Thanks to Allah".. Segalanya dipermudahkan.. Tak dirancang untuk mengikat hubungan tersebut, tapi Allah Maha Besar.. Persiapan hanya 3MINGGU, niat hanya untuk merisik tetapi bertukar menjadi Majlis Pertunangan dengan keputusan yang diambil secara ringkas.. Disitu Eden nampak sebenarnya perkara yang baik itu betul lah akan menjadi mudah dan dipermudahkan.. Seminggu diambil untuk rancangan merisik dan selepas itu 2 minggu diambil persiapan untuk Pertunangan.. Syukur..

p/s: Majlis akan berlangsung hujung tahun 2012, moga dipermudahkan urusannya.. AMIN

Tuesday, 20 December 2011

Orang sangka aku Bidadari??


Rindu nak berkarang ayat kat sini... Hilang skill nak mengarut -_-!... Tapi yang peliknya kan harini tetiba niat nak update belog.. Nawaitu macam ehh ada laah!.. Ehh tak sangkaa!.. Hehehe!!... Ohh mungkin disebabkan mamat tadi buat lawak depan eden kot.. Hampagas, ekau punye pasal lah eden menaip!.. Cuma satu je, tak dapat detect kau budak sekolah atau remaja macam eden.. Sebab muka tak nampak matang kot.. Takpe, kejap lagi eden usha balik kau.. Haha! Upssssss


Kisah mamat ni, eden tak tahu interesting atau tak nak cerita.. Tapi dalam hati eden terdetik nak cakap 'Engkau ni macam jumpa bidadari depan mata pulak...'


Eden bawak bekal serawa doryan harini.. Alaaa DURIAN!.. Slank ayat sikit pun nak buat muka pelik -_-!.. Cuma roti je eden lupa nak tapau dari rumah... Melampau sangat kalau eden tapau kott.. Hilang akal nak dapatkan roti dari mana.. Tapi akhirnya melangkah jugak pergi kedai hujung bangunan office.. Nasib baik rajin giler harini.. Kalau tak, memang cicah biskut dengan doryan la jawabnyee...


Sampai kedai memang eden focus ROTI ROTI ROTI!.. Capai sekali dengan air tin 'K' bukan nama sebenar.. Pergi kaunter hulur note RM10.. Muka eden cool gile.. Rilex je cover baik punyee.. Sebab depan mata ada mamat hensem tu dengan rambut kerinting, cuma pendek.. Comel laa.. Boleh laa.. *Bak kata Eja Gay, kerinting itu SEXY* Tunggu je dia pulang baki.. Lama eden perhatikan tangan dia kira not RM10..  Itu baki untuk eden kee??.. Dalam kepala dah pelik, sejak bila duit seringgit kertas tukar colour warna merah?? Siap tambah angka '0' kat belakang!! Ekonomi Malaysia dah maju kee?? Hebatt, belum PRU13 dah berubah mata wang kita!! *PANGGG!!* Tersedar dari angan-angan!


Elok mamat tu hulur baki duit RM45.10... Huh??????... "Saya bagi RM10, bukan RM50"... Masa ni lah eden terdetik dalam hati 'Engkau ni macam jumpa bidadari depan mata pulak...' Korang tahu bidadari yang dimaksudkan?? Ahhh tak yah mention nama.. Eden malu ar puji depan-depan.. 

KAN BEZA TU RM10 DENGAN RM50??

Sumpah, lepas ni eden nak selalu pergi kedai tuu :)) Jom follow!

Thursday, 10 November 2011

iPhone5 kepunyaan AKU

Hebat!!.. Hebat tak??.. Bagi eden meme hebat KALAU eden yang pakai iPhone5 ni.. Eehh eden mampu jo nak beli gadjet ni CUMA haritu poi bank, dalam bank yileek dah money.. Mano perginyee jang??! Hahaha eden meme tak menyimpan pun, itu yang pergi bank yileek money dalam tu.. Buat penat tenaga je pergi Hahaha!! Tapi serius, eden tengok video ni pun terGAMAM apatah lagi kalau nenek eden tengok.. Habisss tak tertutup mulut dinganga nya Termasuk lah korang.. Hampunnn!! Hehehe Enjoyed :)
Tapi, gadjet ni harus ikut kemampuan sendiri lah.. Kalau tak mampu, jangan coba-coba berlagak mampu.. Takut lain hari jadi Mampuiihhh ko jang! Jaga-jaga, peringatan je ni. Samalah peringatan untuk diri sendiri.. Haduiih, sakit mata tengok laser-laser canggih gini -_-!

Doa Untuk Jodoh

Doa jodoh..?? Hambooii korang semua, laju je tangan tuh kan klik button PLAY!.. Tapi boleh ker doa macam ni??.. Hehehe.. Betul-betul nak sangat gadis tu jadi jodoh dia kan.. Lawak-lawak jugak, ambil pengajaran jangan lupa.. Mendoakan kebahagiaan orang lain dengan jodohnya, itu yang sepatutnya tau.. Adiosss..

Tuesday, 1 November 2011

Officially Engaged

.: I'm Officially Engaged :.
.: 30.10.2011 :.
Masih belum berkesempatan upload pict di 'MukaBuku'

Friday, 21 October 2011

Ini namanya Nasihat ke?

Assalamualaikum salam Jumaat buat semua.. Agak lama menyepi kan since entry 'Ikat-Ikat' tuu hehe.. Busy??.. Tak jugak laa.. Persiapan??.. Biasa-biasa je.. Cuma ada beberapa masalah dan perkara yang perlu difocuskan sekarang.. Maka terpaksa ketepikan sejenak hal-hal berkaitan 'Ikat-Ikat' tu.. Ohh evrything okay-okay jew.. Dun Worry yeaa teman-teman..
Satu peringatan dan nasihat dari saya.. Walaupun hari bahagia itu akan tiba, jangan kita terlalu gembira sebab kadang-kadang dugaan yang lebih besar akan datang untuk Allah menguji kita berapa banyak kecekalan yang kita ada untuk menghadapi hari-hari esok yang sebenarnya tak tahu apa akan jadi.. Sebab kita hanya merancang, segalanya ditentukan Allah S.W.T.. Dan lagi satu, jangan campurkan masalah kerja dengan hal persendirian dengan hal kucing nak beranak dengan masalah jiran tetangga dengan problem paip air bocor. Jangan Jangan Jangan!!.. *Errkk jangan bagi saya merepek semasa sedang SERIUS*
Jangan kaitkan nasihat ini hanya untuk satu perkara.. Tetapi cuba kita gabungkan peringatan ini dan nasihat ini untuk semua perkara termasuklah masalah-masalah lain selain dari 'Ikat-Ikat' tu.. Seminggu lagi.. Doakan untuk kebahagiaan kita semua.. Okay, tolong kerahkan semangat saya untuk persiapan 'Ikat-Ikat' ituu pleasee!

Sunday, 16 October 2011

Ikat-ikat nama nye

Hammbuuii kau jahh!! Sekali update belog, naaahhh cincin jadi gambar pilihann!.. Hoho xoxo Upsss!.. Alhamdulillah, ehem3.. Orang kata benda baik, jangan dirahsiakan.. Elok benor la tu dicanangkan??! Eeehh tak kuasa aii tauu *Lap peluh membasahi dahi* Okay stop merepek cik aien :) Ermm tangan membilang hari.. Habis kalender dipangkah-pangkah dengan marker.. Hoho tak cukup dengan tu, dalam kepala dah set kalkulator kire bajet-bajet yang bakal keluar.. Errrkkk!! Okay tak dirancang sebenarnya.. Moga semua berjalan dengan lancar.. Choopp!!.. Hehe aii bukan nak kahwin tau.. Ini yang before kahwin.. Alaaa yang errkk yang ikat-ikat sementara tu.. Alaa itu lah itu.. Ape ke nama majlis tu yeaa.. Haaa..!.. Haaaa betul la tuuu :pp AMIN

Wednesday, 12 October 2011

Kura-kura Gergasi di Istana

Mane kura-kura gergasi?! Percaya saja.. Hyepp yu-Olss.. Upsss speaking.. Whatever mennnn.. Ini Aa-aa dan itu Ee-ee.. Dah terlewat pun nak kenalkan diorang.. Rasenye dah berapa tahun timang Aa Ee jadi penghuni rumah.. Okay tipu, baru beberapa bulan yang lepas beli Aa Ee ni.. Sebut betul-betul yeaa.. Aa-aa Ee-ee.. 2 kali sebutan dengan 2 Harkat lebih afdhol tiada harkat.. *sumpah merepek*
Zaman bayi boleh la main suap makan Aa Ee tangan ke mulut.. Kalau hanyut makanan hijau tu dalam air, takde makna diorang nak makan.. sampai kembang la.. Haiyaa silap beli kura-kura yang ngada dia mengalahkan manusia.. Ini time mengada gemilang diorang ar.. Dasar gediks.. *Tapi sayangggg Aa Ee*
Eehh ape fashion tidur daaa.. Over sampai tonggeng menonggeng nie.. Tapi betul la, Aa Ee ni banyak fe'el sikit.. Dulu pernah bela jugak 2 ekor, nama Basya dan Basyak.. Ohoho nama tak mau kalah tuu.. Dah besar sikit, baru lepaskan Basyak ngn Basya kat kolam Pak Cik.. Lepas ni kalau Aa Ee dah besar, mane mau campak??

Tuesday, 11 October 2011

Penganggur Tanam Emas

Umpama menganggur sebulan, bercucuk tanam Emas sebidang Tanah, mendapat hasil tidak terduga, Waauuu!! *sumpah merepek* Okay, hyep!! Whats up korang.. Terasa janggal/ganjal/kidal/keldai bila lepak kat belog.. Ohh baru sedar ada belog!! Amazing!.. saya baru ingat, Waauuu! *sumpah gedik* Whatever mennnnn.. Ohh saya melepasi satu peristiwa yang amat dasyattt!... Saya mengamuk kat office.. Boss cuak giler tengok saya macam Hulk Hogan!.. Saya angkat kaki letak atas meja.. Boss terketar-ketar.. Terus boss hulur sampul.. Dalam tu ade ape?? Ade gaji saya sebulan $$$$$... Heaven! Saya kuarkan surat, terus letak atas meja.. Goodbye! Saya resigned notis 24jam.. Dan sekarang, SAYA TIPU korang hahaha.. Errkk... Errmmm.. tak lawak ekk? Okay.. Nanti cerita lain...

Hidup saya sentiasa Blogging

I'm BACK
xoxo Gosip Girls
Uppss Dosa!

Tuesday, 23 August 2011

Kad Raya mane wei??

Okayy memang geram sebab sampai sekarang tak jumpa-jumpa kad raya.. Nak beli laa tolong laah! Eden rakyat malaysia yang tak lupakan tradisi dan adat lama.. Setakat nak send sms raya, then simpan dalam folder langsung takde kenangan tau.. Last-last tukar handphone terus hilang sms raya tu.. Tak syiokkkk la macam tu.. So eden suggestkan kat korang, better la guna kad raya untuk wish raya tahun ni.. Berapa hinggit jela kot nak beli, nak dibandingkan baju raya beratus hinggit tu.. Errkk RINGGIT.. Please jangan rosakkan bahasa :) Siapa nak kad raya, bagi alamat kat eden.. Siapa yang tak tahu nak text eden cara macamne, pandai-pandai lah korang.. Adiosss