Thursday, 10 January 2013

Log In


Assalamualaikum w.b.t and Bismillahirrahmanirrahim
Salam to all readers :)

Mari menjadi Blogger semula..
Rasa kekok nak berkokok.. Eeehh kite bukan ayam laa [-_-]!
Perlukan perkenalan semula tak?
Okay kite mulakan.. Hye, korang sebenarnya tersalah masuk ke Dinding Cik Aien..
Ini belog kite.. Selamat datang :)
Kite dah lama tak menulis, merepek, mengigit keyboard, merapu, menconteng di belog ni..
Sebabnya.....

PENGAKUAN:
Kite busy sebelum ni.. Persiapan.. Dan persediaan.. Dan persekitaran.. Dan..
Okay pendekkan cerita..
Kite Isteri Orang.
Selamat berkenalan semula.
#kbye

Jumpa lagi di entry akan datang. Kalau rerajin macam dulu..
Assalamualaikum..

Thursday, 8 November 2012

Pada Suatu Hari...


Kenapa tiba-tiba update belog? Sukahati la, belog siapa sekarang.. Huhu.. Lama kan tak merapu sini.. Rasa ganjal.. Errkk janggal.. Ke rasa ginjal..?.. Hehe.. Urm, takde masa nak bercerita.. Segala penceritaan tiap hari umpama dah jadi biasa-biasa.. Yang special pun takde apa nak tuliskan.. Rasa perlu? Mungkin untuk berkongsi, ianya jadi perlu.. Cuma tak semua perlu diberitahu/diceritakan.. Sebab eden bukan RETIS. Huhu!

Tinggal 1 Bulan je lagi.. Hanya 30 Hari sahaja menunggu hari.. Just 720 jam sahaja yang ada.. Dan ada 43,200 minit yang tinggal.. Dalam 2,592,000 saat yang berbaki.. Untuk apa?? Hehe... *guling-guling gedik atas lantai* Rahsia yang selama ini, dah disebarkan kepada semua sahabat andai.. Respon??

"Otai nak kawen? Biat betik..??! Tak percaya aku"
"Gile, bila masa kau bercinta nie..??"
"Dulu-dulu main guli, sekarang dah nak kawen.."
"serius tak percaya kau nak kahwen!"
"Amboi, dah nak kawen. Bagus kawen muda.."

Dan cam biasa eden muka riak o_o Sejak bila pulak eden ni otai?.. Punyalah masa student dulu, gaya macam Puteri Santubong menyelubong..! Lemah lembut umpama kain cadar di Ikea..! Berbudi bahasa budaya kita, Amalan mulia.. Tapi biasalah, takkan nak gantung signboard 'Sedang Bercinta'.. Hehe.. Sendiri makan, sendiri simpan.. Selamat Pengantin Baru.. #EHH

Thursday, 5 July 2012

Sempena Nisfu Syaaban


Terkezut? Terperanjat? Ohh ter-anjat gugurl :) Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.. Walaupun dah lama meninggalkan sesawang belog sendiri.. Eden masih ado disini.. Terpanggil untuk update belog ni, alahai kesian.. Dahulu tempat meluah, tapi kini dah ada tempat baru untuk meluah.. Di mana? Sedang apa dan dimana.. *Okay, ini just lirik*

Nak dijadikan story-mory.. Ececeh, berdouble pulak imbuhan.. Semalam jadi artis sekejap.. EHH??! Hehe.. Yea, semalam jadi artis sekejap.. Bbm, twitter, Inbox FB dan text masuk tak henti.. Semuanya mengingatkan tentang Nisfu Syaaban.. Terima kasih :') *Berangan Artis*

Apa sebenarnya kita dapat melalui peringatan ni? Ohh saja-saja kawan nak ingatkan? Semua dok cakap dok tweet 'Salam Nisfu Syaaban' - 'Semoga amalan kita yang lama diterima' - 'Bukak buku baru, buku lama TUTUP' - Lagi - 'Maafkan kesalahan aku, mohon dimaafkan' .. Hehe.. Kita mudah menutur bukan? :)

TAPI ingat wahai kawan-kawan, sahabat yang ku kasihi, saudara sesama Islam yang diingati.. Bukak buku baru sekalipun, jangan diulang kesalahan buku lama.. Seperti? Kalau buku lama, kita tidak menutup aurat, apa KATA buku baru ni, kita Menutup Aurat :) Indahnya, cantiknya.. Subhanallah.. Tapi jangan 'Bungkus Aurat' yea..

Seperti lagi..? Kalau buku lama kita lubang-lubangkan solat, apa KATA buku baru ni kita cuba Penuhkan Solat 5 waktu.. Bukan cuba, tapi MESTI dan WAJIB! Nak seribu daya, kalau tak nak memang banyak berdalih.. Bukan sekadar penuhkan solat 5 waktu, touch up la sikit dengan solat sunat ke, solat tahajjud ke..

Semua yang diperkatakan, menuding 4 jari pada diri sendiri dan 1 jari pada kalian.. Jangan risau, eden sedar diri.. Eden pun tak penuh ilmu di dada, tapi mengingatkan kalian sama je mengingatkan diri sendiri.. Sebab mana nak dapat Idea tulis entry seperti ini kalau bukan diri sendiri belajar dari kesilapan lalu..?? So, trademark kita yang baru ' SEDAR DIRI ' :')

Wednesday, 2 May 2012

Benci dengan 'GarisMasa' !


Uncle Google dah tolong berkali-kali, tapi magic tetap tak menjadi.. Agaknya ilmu uncle masih tak cukup lagi tak? Atau eden yang tak pandai guna mantera magic uncle?? Heeey waleleee hey! Tolong eden ni haa.. Camne nak hapuskan 'garismasa' kat muka buku tuu?? Semua tutorial, tutokelas, tutombak, tutobuku, eden dah terjah.. Tak menjadi weeyy :( SODEHH!

Osobonanye, eden pun tak tahu zaman bila profile eden tukar jadi 'garismasa'.. Kira tetiba je masuk profile, ehh surprise!! Eric deco deco surprisee!!! Hati eden dah sentap dengan 'MakZukebeqq'..  Apehal panggil Eric deco masuk profile tukar jadi 'garismasa', tak bagitahu ponn! Patut roger laa kat skype, PING kat Bbm ke, Buzz kat YM ke.. Macam la before ni tak penah Cit Cat berdua.. Spoil laa.. So kena redho la ni??