Thursday 8 November 2012

Pada Suatu Hari...


Kenapa tiba-tiba update belog? Sukahati la, belog siapa sekarang.. Huhu.. Lama kan tak merapu sini.. Rasa ganjal.. Errkk janggal.. Ke rasa ginjal..?.. Hehe.. Urm, takde masa nak bercerita.. Segala penceritaan tiap hari umpama dah jadi biasa-biasa.. Yang special pun takde apa nak tuliskan.. Rasa perlu? Mungkin untuk berkongsi, ianya jadi perlu.. Cuma tak semua perlu diberitahu/diceritakan.. Sebab eden bukan RETIS. Huhu!

Tinggal 1 Bulan je lagi.. Hanya 30 Hari sahaja menunggu hari.. Just 720 jam sahaja yang ada.. Dan ada 43,200 minit yang tinggal.. Dalam 2,592,000 saat yang berbaki.. Untuk apa?? Hehe... *guling-guling gedik atas lantai* Rahsia yang selama ini, dah disebarkan kepada semua sahabat andai.. Respon??

"Otai nak kawen? Biat betik..??! Tak percaya aku"
"Gile, bila masa kau bercinta nie..??"
"Dulu-dulu main guli, sekarang dah nak kawen.."
"serius tak percaya kau nak kahwen!"
"Amboi, dah nak kawen. Bagus kawen muda.."

Dan cam biasa eden muka riak o_o Sejak bila pulak eden ni otai?.. Punyalah masa student dulu, gaya macam Puteri Santubong menyelubong..! Lemah lembut umpama kain cadar di Ikea..! Berbudi bahasa budaya kita, Amalan mulia.. Tapi biasalah, takkan nak gantung signboard 'Sedang Bercinta'.. Hehe.. Sendiri makan, sendiri simpan.. Selamat Pengantin Baru.. #EHH