Wednesday 27 April 2011

Nak kejar sangat? Memang cepat lah dapat.

Semua nak kejar. Semua nak cepat.
Apa yang kite kejar kat dunia nie?
kekayaan? Kebahagiaan?
Okay.. Nak kaya sangat sila.. Sila..
Nak bahagia sangat pun sila.. Sila..
Tapi penah fikir? kalau kejar kekayaan ape jadi?
Jadi bahagia ekk??
Memang bahagia.. Bila kaya kite bahagia..
Tapi bila kaya kite cepat lupa..
Cepat lupa asal-usul diri sendiri..
Cepat lupa kesusahan yang dulu-kala..
Paling cepat lupa..
Lupa pada yang Maha Pencipta..

Bebas gaya Berbahaya

Hidup bebas macam burung.
Pun bahaya jugak.
Bebas peringkat remaja lagi bahaya.
Batasan dan pergaulan pun terBEBAS.
Dosa dan maksiat lagi terBEBAS.
Pilihan ada di tangan kita.
Nak bebas yang bagaimana?
Bebas tetapi di kawal?
Atau bebas tanpa kawalan?
Bila dikongkong kata terseksa.
Bukan ke kalau bebas lagi SEKSA?
Renungan pagi untuk kita semua :)

Kita semua tetap gembira

Bila bergembira...
Senyum terukir Fuuh manisnya!
Bibir merah menyala Ohh sweetnya!
Raut wajah tenang Amboi cantiknya!
Hoi Hoi hari ini eden gembira :)

Alhamdulillah...
Tak henti mengucap syukur!
Tak sangka cemerlang sebegitu!
Tak mengapa kalau sedikit kecewa!
Asal bergaya kerna berjaya :)

Terima Kasih buat...
Family yang memaksa focus study :)
Kengkawan yang gila2 perisa ilmu :)
Pensyarah / Fakulti / Campus yang erkk :)
kerna anda segulung Diploma disini :)

Tuesday 26 April 2011

Bila menyesal, waktu takkan berpatah balik. Bila dah jatuh, kesedaran tinggi melangit.

Peluang ada..
Tapi kesilapan banyak eden lakukan.
Eden lepaskan banyak sangat ilmu.
Tak tahu nak grab cara macam ne.
Giler down sekarang. Serius!
Peluang datang sekali..
Dah rugi satu benda berharga kat situ.
Rasa teruk sangat ni.
Eden nak start balik dari awal.
Too late ain!
Peluang kedua adalah terakhir..
After this try lawan kelemahan.
Ignore segala kelebihan yang melupakan diri.
Malu okay dengan diri sendiri.
Cepat lah berlalu :(

Monday 25 April 2011

Bila bermadah, semua ayat eden jadi jiwang. Bila berkata, semua perasaan terluah begitu sahaja.

Muzik itu menenangkan..
Bila di main tak menggila-gila.
Bila di dengar tak angguk kepala.
Bila alunan sesunyi semut berjalan.
Bila kedengaran sayup-sayup burung berterbangan.
Bila lagu itu adalah rentak berzikir.
Muzik itu mengasyikkan...
Mesti di dengar sebelum solat.
Mesti di pasang sebelum azan berkumandang.
Mesti di putar semasa tekanan.
Mesti rentak itu adalah nasyid.

Saturday 23 April 2011

Semput sudah. Dah tua.

See! Belog ni seminggu sekali je eden update :) Bukan takde cerita, cuma nak kurangkan dosa je. Yelah, kalau bergosip kan dapat dosa.. Eden ngan korang ni suka gosip je kat sini. Wei, korang selalu jogging tak? Meh sini eden nak bagitahu. Lama-lama kalau bina badan kat rumah je, korang akan pancit. Sungguh!
Dulu eden rajin bersukan. tapi sejak dah habis belajar ni, padang pun eden tak jejak. adalah 2 minggu lepas datang Tasik Titiwangsa, tapi bukan berjogging okay! Just datang naik kereta kuda. Haha! Eden nak bagitahu korang ni, kite busy camne pun dengan kerja, jangan lupa bersenam wei.. Nanti badan korang naik muka. Bila dah naik muka, jadi malas tau!
Macam eden ni, dah lama tak berjogging. Sekarang dah semput okay! Baru jalan satu PWTC, dah termengah.. Serius! Eden baru 1 jam ada kat sana, dah angkat bendera putih.. Mana novel yang eden nampak cantik kulit buku, eden capai! malas nak berdiri lelama, nak tilik belek bagai bukan kerja eden. dah semput okay! Dah tua.. Haha :)

Saturday 16 April 2011

Mereka IbuBapa Kita

Salam hormat blogger :) Seminggu sekali je eden boleh update belog ni. Kalau tak hari sabtu, korang datang hari ahad.. Insyaallah adalah manfaat yang korang dapat.. Eden sibuk sikit menulis di web lain, jadi gak terkorban dekat belog sendiri. Tapi eden pun nak lah kena jaga perasaan belog eden ni.. Belog pun ada perasaan?
Sebut pasal perasaan, siapa kata senang nak jaga hati dan perasaan orang lain? Susah!! Tapi eden nak nasihakan benda yang penting! Please baca sampai habis.. Bagus :) As manusia, as son kepada ibu bapa, as friend kepada ma friends, eden sangat2 mementingkan perasaan mereka semua. BUT!!
Eden minta korang faham satu ni je.. Fahamilah perasaan IbuBapa kita.. Jagalah perasaan mereka.. Biarlah hati kite ni terluka, badan kite ni penat bekerja, jiwa kite stress dengan masalah. TAPI janganlah kite abaikan perasaan mereka.. Kalau kite sibuk nak mereka faham kite yang penat ni, yang tengah stress ni, HABIS siapa nak faham perasaan mereka yang juga berpenat lelah jaga makan minum, perbelanjaan dan kehidupan kita, serta membesarkan kite hingga berjaya..
Jadi, renung-renung kanlah.. Adakah kita perlu nak fikir hati dan perasaan kita sahaja? atau kita korbankan perasaan kita, dengan menjaga hati IbuBapa kita dengan memberi layanan yang baik dan sempurna seperti mana mereka tidak pernah merungut atau jemu membesarkan kita.. Ayuh, Hormati ibuBapa!

Monday 11 April 2011

Bila Fish bertemu F***

uhuk2! maaf terbatuk. ni batuk versi marah.. hai, eden nak marah hari ni.. lama tak naik minyak.. dah tak terluah minyak yang naik ni.. untuk kali ke-2 kehilangan misteri kredit sebanyak rm20 lebih.. hello celcom, nice to do this!! Last month dari rm17 lebih tetiba jadi RM0.90?? Ni bukan sebab eden gayut kat pokok.. tapi tak tahu mana datang potongan yang banyak macam tu..
.............................
last nite, tengah syok nak dinner dengan family.. check credit tinggal RM11 lebih? what the fish salmon!! tanya eden, 2 jam sebelum kredit ada bape.. meh eden jawab.. rm26!! dan now hanya berbaki RM11? Fish Fuck you celcom!

Friday 8 April 2011

Promote Ayuh Berzakat!

Salam Jumaat semua :) Maaf agak kurang update di sini.. dalam mood bekerja, takde lah rasa nak curik tulang update belog kat sini.. hari ni hari terakhir bertugas di MIHAS, KLCC.. Nak tahu MIHAs tu apa? Boleh la korang berkunjung kat KLCC esok. Eden malas nak koba panjang-panjang..
Sebut pasal MIHAS, eden kat sana jaga kaunter Zakat.. Yea! Zakat.. korang yang bekerja ada bayar ZakatPendapatan tak? Dah cukup setahun bekerja, korang dah layak bayar Zakat Pendapatan. Tapi kira dulu, adakah korang semua wajib membayar Zakat pendapatan.. Zakat ada tetapkan Nisab bagi mereka yang wajib bayar zakat..
Nak tahu korang wajib bayar zakat pendapatan atau tidak, kunjungi Kaunter Zakat di MIHAS, KLCC esok.. atau ke Pusat Pungutan Zakat Shamelin,Cheras.. Ingat! Zakat tu wajib ke atas kita as Muslim.. Tak semua orang islam yang sedar akan Kewajiban berzakat.. Okay semua.. Renung-renungkan..

Wednesday 6 April 2011

susah senang & kecik besar

Sekali-sekala jenguk belog, boleh la. Kalau selalu, eden tak larat.. Dunia eden dah bertukar 360 darjah.. memang pusing habis.. Tapi tak update pun, asyik silent reader je yang baca. So eden hargai Silent Reader yang berkunjung.. So apa topik hari ni?
..................
hari ni eden nak nasihatkan sikit perkara yang dah biasa orang lakukan.. Korang sedar tak, kalau perkara yang disampaikan oleh pihak kedua ke pihak ketiga kadang2 fakta dia akan bertukar. benda kecik, akan jadi besar. percaya kan? contoh senang!
....................
If pihak pertama mintak tolong kat pihak kedua belikan choki choki kat kedai. So pihak kedua akan pergi dengan pihak ketiga. Bila pihak ketiga tanya nak buat apa choki choki, pihak kedua akan cakap YANG pihak pertama suruh beli.. See! perkataan TOLONG dengan SURUH dah salah fakta. Kalau tolong, kira lembut sikit. kalau suruh, kira macam paksa... kan kan?
..................
Pendek kata, hal kecil akan jadi besar.. perkara senang akan jadi susah.. Benda baik boleh jadi jahat.. Dan ada minda kita renung-renungkan.. Nak bace E-Novel dari xayen ada disini --> KLIK XAYEN sama-sama sapot penulisan dia. Tadaaa!

Monday 4 April 2011

Maaf Anak Tiri Ku

salam semua :D sangat kejam eden, menganak tirikan belog ini. padahal, sini lah sumber idea dan penulisan eden selama ni.. dah macam tanggang! So, untuk tidak buat korang datang sini dengan zero INPUT.. eden secara rasmi memberi 1 website untuk korang layan E-novel versi 'xayen'..
...................
siapa xayen? makhluk Allah yang eden tak tahu identiti.. Klik sini ke xayen --> [XAYEN WEBSITE] just support :D So, eden mmg tengah busy dengan practical. moga berjumpa lagi. see yah! ada sedikit iklan untuk korang layan di bawah. just klik kalau rasa tak membebankan..