Thursday 26 January 2012

Beza kehidupan Kaya vs Miskin??


APA NAK dimalukan dengan kemiskinan harta benda... Apa nak dibanggakan walau kaya berjuta harta.. Penting ke kalau status hidup ni dibezakan dengan "Ehh budak MISKIN" atau "Errmm budak KAYA"... Kaya atau miskin semua sama, korang hidup jugak di muka bumi yang sama kan?? Atau orang kaya tinggal di luar bumi??.. Tak pernah lagi dengar berita yang "Waauuu" seperti itu.. Jangan letak perbezaan dalam hidup kita.. Beruntung laa korang ada title "Orang Miskin" dan "Orang Kaya"... 


Korang fikir senang ke jadi orang kaya?? Ke hulur ke hilir usung hutang tau.. Ehh ofcourse duit banyak boleh settle hutang.. Tapi malu laa.. Isshh malu tau, beli barang pun nak berhutang.. Memang macho, depan kaunter terus keluar cedit card.. Lagi macho kalau hujung bulan, keluar gaji bayar hutang.. Memang bangga tinggal rumah besar, ada orang gaji, ada driver.. Tapi lagi bangga kalau diisikan dengan amalan yang baik, suruhan Allah dipatuhi, dan tidak bermegah dengan kemewahan.. Eeehh, tak tuding jari pada SEMUA orang kaya @ mampu, cuma ada dikalangan mereka yang ALPA.. Ingat, kita ni menumpang di bumi Allah.. Pangkat, darjat, dan kekayaan hanya sementara dan pinjaman.. So, sematkan lagu ni dalam pendengaran korang.. Nasihat agar Eden pun tak ALPA kalau dah kaya nanti.. Kalau jee! Tapi tak mintak jadi kaya, biarlah sekadar yang mampu dan sederhana.. Asal bahagia hidup, senang di akhirat.. Insyaallah..

Saturday 21 January 2012

Perancangan Allah, Dia lebih mengetahui..

MERUNGUT MERENGEK MENGOMEL benda yang senang, dan akhirnya menjadi susah.. Apakah?? Betul kata ustaz Azhar Idrus, siapa lagi yang membuatkan kahwin itu jadi susah kalau bukan KITA anda KORANG awak MEREKA dan kalian.. Sepatutnya benda baik memang mudah, tak susah pun.. Tapi mungkin disebabkan kesempurnaan, keselesaan, nak nampak cantik, kelihatan perfect, mintak orang cakap WOW, suruh mereka puji, nak rasa bangga, harap orang terharu, dan lagak gaya terkenal.. Maka merisik, tunang dan kahwin menjadi susah dikalangan kita sekarang.. 




Bila kita jadikan wang sebagai beban, maka BEBAN laa ianya.. Sebab kita tak percaya pada rezeki Allah.. Cuba kita letakkan kepercayaan pada setiap benda baik yang berlaku akan dibantu dipermudahkan Allah, maka Insyaallah benda baik tu akan berjalan lancar dan kita sendiri takkan sangka semudah itu.. Setiap apa yang berlaku itu adalah perancangan Allah, maka Allah lebih mengetahuinya.. Dan kita? Yakin yakin yakin dan yakin.. INSYAALLAH..




Sebagaimana majlis pertunangan Eden yang lalu, ianya berlalu dengan .......... Tak dapat dibayangkann, cuma mampu berkata "Thanks to Allah".. Segalanya dipermudahkan.. Tak dirancang untuk mengikat hubungan tersebut, tapi Allah Maha Besar.. Persiapan hanya 3MINGGU, niat hanya untuk merisik tetapi bertukar menjadi Majlis Pertunangan dengan keputusan yang diambil secara ringkas.. Disitu Eden nampak sebenarnya perkara yang baik itu betul lah akan menjadi mudah dan dipermudahkan.. Seminggu diambil untuk rancangan merisik dan selepas itu 2 minggu diambil persiapan untuk Pertunangan.. Syukur..

p/s: Majlis akan berlangsung hujung tahun 2012, moga dipermudahkan urusannya.. AMIN

Thursday 19 January 2012

Ubat Stress Ranking Bawah. Kan?

BUSY sejak kebelakangan ni. See, 1st entry untuk tahun 2012!! Pity [-_-]!... "Sejak bercadang nak kahwin ni, agak jarang kelihatan.. Mane menghilang?" Ini soalan 'ABC' bukan nama sebenar.. Eden pun tak sedar sejak bila ada ilmu ghaib.. Menghilang tu idak la, selalu je muncul kat 'tweettanah'.. Kau takde twitter memang la tak nampak Eden.. Mane menghilang, tak ghaib, tak main sembunyi-sembunyi, cak-cak pun jarang dah.. CUMA terlalu focus kerja sampai terlupa yang ada blog untuk di update.. Ohh ni blog Eden? OIC.. Hai :-)



Ada orang cakap kalau kerja kuat nanti STRESS macam Gary Runing Man.. Ye ker?? So macam mane nak jampi nak ubati STRESS yang dialami macam Gary Running Man? Nak tahuuuu....!! Ubat STRESS adalah nyanyi kuat-kuat sampai jiran datang ketuk kepala.. *okay tak diterima* Ubat STRESS yang popular adalah makan banyak-banyak sampai badan naik then mengesot.. *Isu sensitif kalau bab saiz badan* REJECT!.. Ubat STRESS diranking paling atas adalah keluar cuci mata jumpa awek/pakwe cakap "Hai, saya stress. Anda stress, jom taip On Stress dan hantarkan ke 32999".. *Itu gila* Ubat STRESS diranking bawah yang jarang ORANG buat dan tak pernah MEREKA fikirkan dan tak pernah terlintas di kepala DIA dan jarang dicuba oleh KORANG dan kerap dilupakan AWAK dan susah nak diamalkan oleh KITA adalah..................






Yea.. AL-QURAN... Selalu kite stress, apa kite buat?? Dengar lagu rock, jiwang, balada, etnik kreatif, hip hop, and blaa blaa blaa blaa.... Tapi pernah kite cuba ubat stress di atas? Bukan cuba lah, tapi amalkan.. Bukan amalkan laa, tapi tak pernah terlintas nak cuba dan amalkan.. Bukan tak pernah tapi JARANG terlintas.. Ahhh whatever! Kite semakin jauh..... Nasihat untuk diri sendiri jugak.... [-_-]!