Tuesday 31 August 2010

. Hari ke-21 Ramadhan aL-Mubarak .

. Betul la ain jadi Blogger Tegar :) sehari update entry sampai 3 kali sebenarnya bekap 3hari yang lepas alang-alang free sebulan ni, memang tak de rancangan nak buat apa. ain ingat nak continue penulisan ain dalam novel upss!! masih dalam angan-angan jalan cerita dan rangka dah ada cuma kadang-kadang nak luangkan masa depan laptop, memang haram kejadahnya :) ain starting berkarya tu dari awal tahun 2010, cuma amik masa time cuti semester panjang je. Bila dah masuk sem baru, memang terbiar folder tu berhabuk dalam laptop. :) nak pulak cuti macam nie je ada masa nak mengadap game The sim3 tu. yea saya Taksub pada Game jugak!

. Hari ke-20 Ramadhan aL-Mubarak .

capital 'A' untuk Aien kembali!! haha semangat je kan :) Alhamdulillah final exam dah berakhir. Paper Credit Management telah melabuhkan tirai Final Exam Dip Perbankan Islam Semester5 semalam. Harap agar semuanya berjalan lancar, doakan ain dan kengkawan dapat result yang Sakan ala-ala Raya Sakan 2010 :p harapan tinggi beb! dan sekarang ain kat Ampang sudah, say Good Bye kat Bangi :p dengan riang berkata-kata ada 1 bulan untuk berehat sakan sebelum masuk Semester Akhir bulan 11 sekejapnye cuti kan dengan ini ain istiharkan menjadi Facebook Tegar dan Blog Tegar selama sebulan :) *Thumbs Up!

. Hari ke-19 Ramadhan aL-Mubarak .

* tongkat dagu berfikir sesuatu
. Okey! header Blog masih tak design .
. Idea memang kejap ade kejap hilang .
. badut menari-nari atas kepala .
. Baju raya buat hal pulak .
. hantar tempahan tapi potong senget .
. nak kena carik baju raya Siap! .
. hari tu pergi shoping pun .
. 1 barang tak menarik perhatian nak beli .
. okey! saya tak nak fikir !! .
. Tapi nak RAYA jugak !! .

Sunday 29 August 2010

. Hari ke-18 Ramadhan aL-Mubarak .

cantik posing saye! hahaha
nak sikit susu bole :)
ehh no camera please!!

Friday 27 August 2010

. hari ke-17 Ramadhan aL-Mubarak .

sekali lagi Dinding Blog aien terpaksa Renovate sempena Hari Raya yang bakal tiba. Kalau rumah pun nak cantik, bertukar langsir, perabot baru, dinding bercat dan segalanya. Maka bLog aien jugak tak terkecuali dari semua tu. PB pun dh pandai mengutuk komen itu ini, so tuan badan terpaksa la bertindak pantas supaya PB tak berhenti kerja! susah wei carik PB yang setia So memandangkan warna dinding bLog dah bertukar, maka Header Blog pun terpaksa la bertukar wajah. untuk malam ni, Header dihentikan perkhidmatan. tengah carik ilham sekarang nak design baru. okey la! esok aien nak shoping Raya dekat jalan TAR. sambil cuci mata, sambil carik jodoh fikir laki sorang je ke leh buat :p

. Hari ke-16 Ramadhan aL-Mubarak .

peringatan kepada semua, mercun dilarang sama sekali!! tapi bunga api tak :p slumber buat undang2 sendiri Alhamdulillah selamat sampai dan sekarang aien kat rumah, Ampang :) haha gaya cakap macam Kolej dengan rumah jarak jauh pulakkan. padahal setakat Bangi-Ampang chewii je lebih. tapi aien masih lagi Final Exam, cuma tinggal 1 paper je lagi. Credit Management isnin minggu depan, Insyaallah semuanya berjalan lancar. malam tadi berkesempatan teman 3 ninja's main bunga api mercun pun main jugak :p sampaikan time berbuka, 3ninja's yg bongsu tak selera nak makan sebab dah fikir janji aien nak main bunga api dengan dia. macam tu sekali gaya dia kalau bab Bunga Api ni. itu la kanak-kanak, kegembiraan yang tak terkata. kalau fikir balik, nak je kite kembali zaman kanak2 dulu. Rindu sangat, berkobar-kobar tunggu pagi Raya. Duit Raya memang tak payah pertikaikan, itu la yang dinantikan sebenarnya! hampessss ..

Thursday 26 August 2010

. Hari ke-15 Ramadhan aL-Mubarak .

Alhamdulillah Syukur sangat segala tekanan dah dilepaskan. confirm kalau final exam mesti semua student jadi stress+badmood sama dengan tuan badan ni 2 hari tak berpeluang update dinding Blog. sekadar take 20minute untuk tengok 'mukabuku' and 'Blog' tapi sekali imbas. Penjaga Blog dah berulang kali ketuk pintu bilik, suruh update entry baru. PB pun buhsan sengsorang kat sini. Kowang tak temankan PB aien ek? sampai hati, tahu la dinding Blog ni tak la famous seperti yang lain sebenarnya aien pun malas nak temankan PB :p okey berbalik kepada tujuan asal walaupun memang tak ada tujuan kite hampir nak masuk fasa ke-2 Ramadhan aL-Mubarak. sebelum hadirnya Syawal yang mulia, kite akan menyambut bulan Kemerdekaan ke-53 Ehh betulkan harapan aien agar kite menyambut kemerdekaan bersesuaian dengan keadaan kite sekarang. maksudnya kite menyambut kemerdekaan memang tak salah, tapi kalau boleh biar sederhana sambutannya dan lahirkan sedikit rasa kehormatan juga dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini. Tekankan pada anak-anak muda yang dah biasa dengan keseronokan dunia. Fahamkan kata-kata aien :) Maaf andai terkasar, tapi lebih baik kite menyedarinya agar sama-sama dapat perbaiki kesilapan diri. Salam Ramadhan serta kemerdekaan buat anda semua. Juga Penjaga Blog bila lah PB nak bebas ek :)
* entry terlambat 1 hari :) maaf atas kelewatan masa

Wednesday 25 August 2010

. Hari ke-14 Ramadhan aL-Mubarak .

menyusun 9Jari+Jari Hantu walaupun hantu&iblis dah kena ikat aien tinggalkan u'll tanpa khabar berita and sebarang entry baru :) penjaga bLog pun dah penat blogwalking sengsorang, tapi pemalas nak tinggalkan jejak. Banyak kali pesan suruh tinggalkan jejak kat blog, tapi Dia degil! sebab tu 2 hari ni langsung tak jejak Blog korang. Okey entry ni sebagai syarat :p Insyaallah malam ni lapang selapang nya and mungkin ada entry terbaru but sorry kalau tak menarik :) selamat berbuka puasa ...

Monday 23 August 2010

. Hari ke-13 Ramadhan aL-Mubarak .

Cinta: hello! lama tak dengar cerita?
Aien: Assalamualaikum.. cerita apa?
Cinta: upss! okey, cerita terbaru la.
Aien: tak de yang terbaru. biasa je la.
Cinta: dah gharu cendana pula ...sambung sendiri
Aien: nak apa ni? bulan puasa nak mengacau!
Cinta: rilex bro! asal senyap je sekarang?
Aien: tak berminat nak huru-hara.
Cinta: apa kes dengan perasaan Cinta :)
Aien: maksudnya?
Cinta: yela, macam orang tak bercinta je.
Aien: bila masa aku bercinta?
Cinta: ehh! dengan manusia la bercinta.
Aien: dengan siapa pulak aku bercinta?
Cinta: elee, dengan kaum Adam tuu.
Aien: sorry bro! Cinta aku Hanya Allah S.W.T
Cinta: Errkk..

Sunday 22 August 2010

. Hari ke-12 Ramadhan aL-Mubarak .

Hati: masalah datang dan menginap. bila nak selesai?
aien: entah la, naik pening pikirkan.
Hati: kalau tak boleh terima, jujur jela.
aien: kalau ada kekuatan, dah lama terucap.
Hati: kekuatan dah ada cuma takut silap kan?
aien: tak nak terburu-buru buat keputusan.
Hati: abis tu sampai bila biar terseksa?
aien: tak terseksa cuma serba salah.
Hati: sama jugak menyeksa perasaan.
aien: kalau boleh tak nak fikir sekarang.
Hati: tapi masih pikirkan ?
aien: setiap saat dan detik, datang tetiba.
Hati: so, luahkan jela.
aien: maybe 1 day, but not today.
Hati: saat tu dah melukakan hati.
aien: hope tak terluka, mintak think positive.
Hati: kalau think negative?
aien: salah badan kalau fikir macam tu.
Hati: come on! fikirkan masak-masak
aien: sudah lah...
Hati: Tapi ....
aien: Shut Up!

Saturday 21 August 2010

. Hari ke-11 Ramadhan aL-Mubarak .

hari ke-4 masih dalam keadaan kesihatan yang sederhana. tak nampak tanda2 nak sembuh lagi. makin hari rasanya hilang sedikit selera makan. terutama waktu berbuka, sekadar alas perut and menu utama aien semestinya bubur nasi pape pun bersyukur masih mampu bertahan puasa tetap aien teruskan walaupun kesihatan datang menguji. Insyaallah, ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Bila kite berada dalam keadaan sakit dan kurang sihat, ingatlah bahawa itu bukan 1 musibah atau perkara buruk dalam diri kite. Tetapi Tuhan sebenarnya menyayangi hamba-hamba nya dengan menurunkan Dugaan buat kite agar semakin Tabah dan terus mengingati-NYA. Ujian buat kite. Hanya hamba-NYA yang terpilih menerima ujian seperti ini. Maha suci Allah ....

Friday 20 August 2010

. Hari ke-10 Ramadhan aL-Mubarak .

maaf tak mampu blogwalking :( 3 hari berlalu dengan kesihatan yang masih tahap sederhana. Alhamdulillah walau dugaan kesihatan yang datang, ain masih mampu untuk meneruskan puasa sehingga hari ini. selagi tak memudaratkan diri, Insyaallah bertahan. cuma sedih bila deria rase hilang untuk seketika. hilang sedikit rase nikmat berbuka tapi masih bersyukur. apa pun, still kena makan jugak untuk alas perut. Moga Allah memberi kesihatan yang lebih baik selepas ini, Insyaallah. sakit-sakit pun, mampu nak berjalan redah bazar ramadhan. cuma selera makan tak la tinggi sangat, sekadar bubur nasi pun jadilah :) . maaf entry sesingkat dakwat pen habis :p

Thursday 19 August 2010

. Hari ke-9 Ramadhan aL-Mubarak .

afwan, hampir terlupa tanggungjawab kepada blog. ain mohon maaf andai ada blog yang tak sempat ain membalas kunjungan. kesibukan saat ni, menghalang masa untuk blogwalking ke blog-blog yang lebih hebat isinya dari ain. seperti entry yang sebelum ini, masalah yang sedang ain hadapi masih membelenggu fikiran. Insyaallah ain akan cuba bersikap profesional untuk tidak campurkan urusan peribadi, dan pelajaran serta masa untuk blog ni. Teman, semalam terpukul hati ni saat mendengar berita tentang kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara kite. Ya Allah, apakah dosa bayi itu sampai diperlakukan sedemikian. Yang berdosa adalah manusia yang melakukan maksiat! bukannya bayi yang dikandungkan! hampir setiap hari kes pembuangan bayi berlaku, masyarakat kite sangat mengambil serius tentang hal ini. wahai orang muda-mudi, apa korang bangga bila melakukan maksiat? terasa diri tu kuat dan mampu melawan api neraka jahanam itu!! layakkah diri kau untuk merasai kenikmatan dan keindahan Syurga jika begini sikap mu? Apa kau tidak takut pada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa? sudah cukup iman dan amalan kau untuk dibawa ke Akhirat kelak? Apa kau ingat dunia ini untuk selamanya untuk kau bermaharajalela? Masyaallah...

Wednesday 18 August 2010

. hari ke-8 Ramadhan aL-Mubarak .

Alhamdulillah diberi ketenangan sewaktu menjawab 2 paper Final yang lalu. Moga ianya berterusan sehingga paper Final yang akan datang, Insyaallah. dalam ketenangan yang diberi, lahir rasa gelisah dalam hati Ain. entah kenapa merasakan seperti melakukan kesalahan yang tak disedari. serius kadang kala tak tenang bila memikirkan. mungkin kalau nak diceritakan, boleh mendatangkan isu pada masalah ni. senang cerita masalah peribadi yang mengganggu hati dan perasaan faham tak maksud nya :p c.i.n.t.a kot memang senang untuk nasihatkan orang lain, tapi bila dah kena diri sendiri sebenarnya susah nak menerima nasihat tu. sebenarnya dalam hidup kite, semua hal dan perkara kite mahukan yang baik-baik kan? tapi bila dah dapat yang baik, kadang-kala diuji dengan kehadiran yang lebih baik. patut ke kite berpaling pada yang lebih baik dan meninggalkan yang sebelum ni? teringat pesan seorang Teman yang mana dia berkata " perlu kite memilih si "lebih baik" itu kerana ada kebaikan dan kelebihan di situ, cuma jangan kite menghukum si "baik" kerana kekurangan yang dia ada kerana kekurangan itu satu hari nanti pasti akan membuat kite lebih bangga pada dia". Renung-renungkan lah ..

Tuesday 17 August 2010

Hari ke-6 & 7 Ramadhan aL-mubarak .

Subhanallah.. gambar akhwat dan ikhwan ni nampak comel kan? tetapi dalam islam hubungan di antara Lelaki dan Perempuan berdosa tanpa ada ikatan yang sah. Ain ketahui tentang hal ini. Insyaallah akan ain jaga batas itu. kite semua impikan Hubungan yang halal dalam islam. tak salah kalau kite mula merancang tentang masa depan sendiri ehem3 ain tak plan pape lagi :) ain percaya masing-masing dah ada pilihan hati sendiri :p Ain doakan u'll berbahagia. Tapi dalam kite bermesra dan berhubungan, perlu kite titikberatkan Batasan pergaulan antara Lelaki dan Perempuan. Cop!! bukan maksud Ain menggalakkan hubungan 'COUPLE", cuma masing-masing pun dah besar kan. untuk apa lagi ditegur dinasihatkan mana yang Baik dan Buruk. Kite tahu sendiri hukum COUPLE ni baik atau tak baik atau perlu hindarkan tepuk dada tanya nak makan apa Ain pun sekarang ada berkawan dan mengenali, cuma tiada ikatan pape just masing-masing anggap kawan dan teman. Soal jodoh itu semua ditentukan oleh-NYA. yang penting sekarang kite buat pilihan yang tepat dan terbaik. dan serahkan urusan tersebut kepada Allah S.W.T. Insyaallah...

Monday 16 August 2010

Hari ke-5 Ramadhan aL-Mubarak .

. Subhanallah indahnya walaupun ia sekadar gambar. kite tidak nafikan keindahan yang ada di dunia ini. siapa Pencipta nya? Allah S.W.T yang menciptakan segala keindahan, Flora dan Fauna, Gunung-Ganang, Hutan dan sungai-sungai. Masyaallah besar kuasanya. So, tanggungjawab kite didunia ini juga adalah menjaga segala keindahan ini. Kalau ini yang kite sedar, seharusnya kite juga sedar tanggungjawab kite sebagai seorang Student@Mahasiswa. Iya, belajar dan belajar dan terus belajar. Tergamakkah kite mengecewakan harapan kedua Ibu Bapa kite yang mengharapkan setiap kejayaan dari anaknya? Mampukah kite untuk mencapai kejayaan demi kejayaan untuk membalas jasa mereka? Dimana perlu bermula untuk mengecapi semua kejayaan ini? Jawapannya di sini! Good Luck buat semua Mahasiswa KUIS dalam menghadapi Final Exam bermula hari ini.

Sunday 15 August 2010

. Hari ke-4 Ramadhan aL-Mubarak .

* Video diremove (masalah teknikal)
. Alhamdulillah masih lagi berada dalam hari ke-5 bulan Ramadhan. siapa sangka Tuhan masih memberi peluang kepada kite menikmati bulan Ramadhan hingga ke hari ini. Andai kite mengetahui bila kematian akan terjadi, pasti ramai manusia berlumba melakukan amal ibadat, dan saat itu mereka sujud kepada Pencipta Allah S.W.T, mereka pasti memenuhi Rumah Allah (masjid) dan kedengaran sayup-sayup zikir munajat dan doa yang dipohon. Masyaallah, indahnya kalau ianya terjadi. Tetapi yang sebenarnya kite tidak pasti saat kematian kite bila akan berlaku, bagaimana, dan saat itu adakah kite sudah bersedia dengan amalan yang ingin dibawa. Allahuakbar!!

. saat hati berbicara lidah terkelu .

jangan tertipu dengan tajuk entry :) bukan jiwang yek malam-malam ni. tetiba tergerak hati nak berbicara soal apa kata hati. Hati tak pernah menipu perasaan kite betul? bila hati dah berperasaan layakkah kite mengelaknya daripada berlaku? atau mampu ke kite menghalang perasaan itu hadir? okey tolak ketepi tentang perasaan cinta sesama Manusia. Pentingkan sekarang tentang cinta pada Allah. pada Agama kite serta pada keimanan kita. dah cukup Cinta kita pada Ilahi? dah cukup Cinta kite pada Agama? dan sekarang bila Cinta itu datang dalam diri Ain, tak mampu untuk Ain menolaknya. sebab cinta inilah yang sebenarnya perlu ada dalam diri Ain sejak dulu lagi. yang perlu ada dalam diri kite sebagai Manusia ciptaan-NYA. dahulu kite tahu Cinta ini sepatutnya yang Pertama ada dalam diri kite. tapi kite membutakan mata kite, binasakan hati kite untuk berpaling pada Cinta ini. sekarang, Cinta itu hadir sekali lagi memberi peluang untuk kite berfikir. Alhamdulillah diri ini menyambut Cinta itu. Cinta kepada yang Maha Esa.

Saturday 14 August 2010

. Hari ke-3 Ramadhan aL-mubarak .

Hari ke-4 dalam bulan Ramadhan. selesai sahur dengan keluarga di rumah :) gembira tak terucap bila jejak kaki kat lantai rumah sendiri malam tadi. Alhamdulillah dalam keadaan hujan lebat, abang drive pun berhati-hati laju juga tapi cover cakap kat ummi dalam 80km/j even sebenarnya 100-120km/j. tak nak ummi risau nak pulak dalam keadaan cuaca cam tu. sampai rumah dalam jam 11.30 agak lewat sedikit. bila dapat berbuka kat rumah, rasa macam tak nak balik Kolej je padahal niat kata saving wit belanja :p tambah pulak dengan ragam-ragam 3 ninja's (gambar diatas) naik pening jugak la. kejut sahur mengalahkan kejut nak pergi sekolah. liat yang amat sangat nak bangun. tapi yang boleh dibanggakan adalah mereka berpuasa starting umur 7 tahun :) Alhamdulillah. umur 6 tahun mereka dah start puasa cuma olok-olok je means dalam 1/2 hari okey! yang lawaknya, baru je lepas sahur tapi dorang dah plan dengan Abah siapa punya Turn plak ikut g Bazar Ramadhan petang nie Erkkk!!

Friday 13 August 2010

. Hari ke-2 Ramadhan aL-Mubarak .

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menghayati Ramadhan hari Ketiga. semakin dekat dengan Final exam. tak pasti samada dah bersedia untuk hadapi Final atau masih samar-samar. Insyaallah segala nya akan berjalan dengan lancar. hati rasa tenang tika menjalani Ibadat puasa kali ini. bukan disebabkan Final exam jatuh pada Bulan Ramadhan tetapi terasa sedikit perubahan dan hati ini terbuka ke arah sesuatu yang lebih cerah malah kesedaran dalam diri ini makin membuak. " Ya Allah pada mu aku bermohon berlindung dari segala musibah dan dugaan yang tidak mungkin diri ini mampu untuk menolak apatah lagi menghalang segala takdir yang Engkau telah tentukan. Jika cahaya ini yang Engkau berikan pada ku, kekalkan lah keterangan ini dalam hati ku sehingga ajal ku tiba. Akan ku tabah dan menerima dengan ikhlas segala dugaan yang Engkau berikan tetapi teguhkanlah keimanan yang ada ketika ini. Jangan Engkau benarkan ia berpaling sekal lagi dari Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin .... "

Thursday 12 August 2010

. ragam Ramadhan Hari Pertama .

Insyaallah jika ada masa je ain sertakan video seperti ni. bukan selalu nak bagi kelainan dalam setiap entry. Alhamdulillah Bulan Ramadhan ni idea banyak menimbun nak ceriakan blog sendiri. dan mungkin bertambah meriah dengan kehadiran pengunjung blog serta Silent Reader. so macam mana dengan hari pertama puasa? gelora nafsu makan boleh kawal tak? ain berehh masih steady maintain nafsu makan hebatnya bila waktu nak berbuka kan. macam2 la nak order, nak makan itu ini. last2 termakan ke semuanya? adalah postpone sikit2 after solat terawikh kan. top-up makan after solat ek. boleh laa daripada membazirkan hari ni ain layan nasi tomato + kuih gulung hijau erkk!! sebenarnya tak tahu nama kuih tu :p tadi gelabah cari kawan nak pergi terawikh. bukan kes kena tinggal tapi kawan-kawan terpaksa MC atas alasan sahih! alhamdulillah ada sahabat baik yang sudi pergi sama ke masjid :).
sedikit info utk malam ni: Imam ghazali menyatakan ada 4 perkara yg mane apabila manusia melakukan akan bertambah iman mereka. dan apabila kamu berzikir kpdNya Allah akan berkenaan lebih dari apa yg kita minta~wallahuallam~
1) berzikir
2) solat jemaah
3) solat tahajud
4) baca al quran

Wednesday 11 August 2010

. semangat demi Ramadhan aL-mubarak .

selesai sudah terawikh yang pertama tapi Masyaallah ramai sangat semalam dekat Masjid Al-azhar, KUIS. bak kata ustaz "wahh macam padang Arafah" kebiasaannya ramai diawal Ramadhan tetapi bila di pertengahan Ramadhan satu-persatu gugur di medan berbuka. situasi macam ni berlaku kat semua tempat adakah benar? semalam ia sebab tak puasa. tapi bila dah start puasa, macam-macam alasan nanti. senak perut la, terlebih makan la, buncit itu ini and bla bla bla.... dan akhirnya semakin kurang yang solat terawikh. Insyaallah ain dan kengkawan yang lain akan teruskan beribadat. cukup untuk hari ini Insyaallah kalau ringan mulut nak menasihat, ain akan update lagi nasihat untuk diri sendiri juga. salam Ramadhan :)

Tuesday 10 August 2010

. Pesanan Penaja juga Dari saya .

kali ini ain sediakan design wish Ramadhan untuk semua Teman Blogger. silakan pada sesiapa yang sah menjadi Follower ain untuk memiliki "design Ramadhan" yang tak seberapa ni. terpulang kat u'll samada nak letak kat Side bar atau save dalam folder Laptop masing2 tiada paksaan mahupun ugutan Alhamdulillah esok Umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan dan insyaallah sama-sama kita menahan diri dan nafsu okey! sedikit pesanan dari penaja dan Penjaga Blog untuk mereka yang tertentu :-
to mata-mata: bulan puasa ni asset yang paling penting untuk dijaga. bagi laki-laki tundukkan pandangan mu. agar ibadat puasa yang dilakukan mendapat berkat dan tidak kekurangan pahala yang dimiliki. boleh tak kita kurangkan mesej dengan "ehem3" ain mungkin boleh insyaallah. Dan gugurl pula lebih indah pandangan mata mu dihadapkan ke ayat-ayat suci Al-quran daripada menghala pandangan mata mu kepada foto kekasih mu betul jugak sebab bulan puasa pasangan-pasangan tak dating kan :p
to telinga-telinga : adakala nya kita bosan dan tak sabar menanti waktu berbuka. Dan pasti kita akan bekalkan pendengaran dengan lagu-lagu masa kini. Ayuh kita ubah cara penghayatan lagu kepada zikir-zikir munajat atau nasyid yang berkonsepkan islamic ain suggest kan Maher Zain dengan Sami Yusof full kan MP3 kita dengan penghayatan sebegini.
to mulut-mulut : yang ni kena betul-betul tahan. jangan goyah iman mu hanya dengan melihat lauk-pauk dan makanan pada siang hari hingga menjelang berbuka. 11 bulan kita puas menyumbat makanan, kenapa hanya 1 bulan ini saja kita tidak boleh menahan? kalau benar ingin mengunyah, ambil wuduq dan duduk membaca Al-Quran. Insyaallah perkara ini pasti mengenyangkan perut dan pendengaran mu.
to kaki-kaki : Rajinkan dan desak kaki mu berjalan menuju ke Masjid. andai ada waktu lapang, tidak rugi jika kita berjemaah di masjid. pahala makin berganda malah melatih diri kita selepas ini agar kerap ke Masjid. tidak kira Bulan Ramadhan atau Bulan apa sekali pun. Ayuh Masjid tersergam indah cuma mahu lebih dihiasi dengan pengunjung nya. Solat Terawikh jangan Lupa juga!!
P/s : peringatan untuk ain dan kita semua. Insyaallah

Monday 9 August 2010

. welcome "final exam" sila-sila .

Alhamdulillah semakin dekat kita dengan Bulan Ramadhan. ain rasa sesuatu tika menanti Ramadhan kali ni. mungkin disebabkan beberapa perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni buat ain lebih merasakan syahdu dan debaran yang hampir tiba. Insyaallah perasaan ini semuanya positif. minggu ni adalah persiapan yang terakhir buat Lecturer and mahasiswa Kuis untuk menghadapi Final Exam pada next week terasa nak patah balik ke awal semester laa bila minggu terakhir maknanya semua lecturer buat last class untuk revision final exam so paksa jugak la badan ini pergi menimba lebihan ilmu yang ada insyaallah dalam hati ain ikhlas dah kesuntukan masa untuk segalanya maka handphone terpaksa tolak ke tepi jangan tertipu dgn gambar atas ni habis revision class tadi, sempat keliling kawasan Kolej. dah jadi kebiasaan kalau minggu nak dekat Final memang sunyi sepi kawasan Kuliah and class tutorial. samada student sedang bertungkus lumus cari bahan terakhir, atau menginap bertapa di perpustakaan atau ZZzzz dalam bilik masing-masing :) jawapannya??

Sunday 8 August 2010

. Beri peluang kepada diri kita .

alhamdulillah ain baru selesai berkemas. as student kadang-kaadang kekurangan masa nak mengemas barang sendiri. kalau hari biasa, mana kita amik barang tapi tempat lain kite letakkan. kalau rak buku, hari isnin je nampak buku penuh tersusun, tapi bila tengok hari jumaat dah hilang semua buku. itu namanya letak buku selagi ada ruang kosong kat dalam bilik jangan tiru aksi seperti ini yea sebut pasal buku, teringat pulak final exam yang bakal tiba 2minggu lagi. syukur, masuk ni dah 2 kali final exam bertemu dalam bulan Ramadhan. banyak kelebihannya tika kita berpuasa dalam masa yang sama menghadapi final exam. Bulan yang mulia ini, insyaallah ada plan nak ubah cara hidup sedikit. kalau dulu pergi bazar ramadhan, apa yang ain nampak semuanya ain nak beli. dan lastly jadi 1 pembaziran terlalu ikutkan nafsu kan? insyaallah tak akan berlaku lagi. andai diberi kesempatan, teringin nak lakukan solat sunat setiap malam tika bulan ramadhan. tapi kadang-kadang tak mampu nak lawan nafsu tidur. harap kali ini ada kekuatan yang datang. dan insyaallah ain akan latihkan diri sebelum tiba Ramadhan kali ini. "Ya Allah semoga diri ini diberi peluang dalam bertemu Ramadhan kali ini. Ya Allah berikan kekuatan kepada hamba mu dalam beramal soleh sekaligus menolak godaan Syaitan! Ya Allah terimalah taubat hamba mu ini "

Saturday 7 August 2010

. Jangan malu menjadi orang yang baik .

alhamdulillah entry semalam mendapat sambutan dan sedikit sebanyak menghadirkan kesedaran dalam diri ini serta semua pembaca blog ini. bukan niat ain untuk menaikkan traffic blog, tetapi dengan cara blogging dan penyampaian penulisan seperti itu mungkin ain boleh menyampaikan message dan dakwah dalam menyedarkan kita. akui diri ini tidak lah sebaik mana, tetapi berikan peluang kepada ain untuk berubah menjadi baik walaupun hanya dengan kata-kata dan penulisan. mungkin orang akan berkata "penulisan nampak baik dan lembut berbicara tentang agama, tapi tengok sikit penampilan dia". Ya, penampilan melambangkan peribadi diri dan dalaman kita. tetapi, bagi ain jika dalaman kita sudah terbentuk malah lebih yakin dengan kata-kata yang disampaikan, tidak mustahil satu hari nanti luaran kita juga akan berubah sedikit demi sedikit kearah yang lebih baik. zaman sekarang jika seseorang mula menunjukkan sikap yang baik, pasti ada mulut yang mengata. tidak ketinggalan pasti ada yang menabur fitnah. itulah mereka-mereka yang tidak berfikir menggunakan akal walhal terus melemparkan fitnah tanpa melihat kebaikan yang terbentuk. Allahuakbar!!

Friday 6 August 2010

. Ramadhan Almubarak! .

syahdu rasa jiwa ini bila terkenangkan Ramadhan yang bakal tiba. adakah diri ini mempunyai kesempatan dalam beramal dan bertaqwa kepada-NYA. beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan diri ini mengharapkan agar diberi petunjuk dan cahaya rahmat dalam menghayati Bulan yang mulia ini. hati ini merasa sayu bila memikirkan hamba-hamba Allah yang tidak sempat bertemu bulan Ramadhan pada kali ini. " Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menentukan takdir pada hamba mu Ya Allah. Berikan diri ini ketabahan dalam mengharungi dan menghadapi keadaan yang sukar untukku terima Ya Allah. Berikan kekuatan dan ketabahan pada mereka yang telah kehilangan orang tersayang tika menanti Bulan yang mulia ini Ya Allah. mantapkan lah keimanan kami, Teguhkan lah cinta kami pada mu Ya Allah, Sedarkan kami jika alpa dan jauh terpesong dari ajaran mu Ya Allah. Satu kan lah hati kami dalam memperjuangkan agama dan bangsa kami Ya Allah. Allahuakbar!! ".
Al-Fatihah buat sahabat kami di KUIS yang telah menghadap Ilahi pada 8 Ogos 2010, al-marhum Firdaus Bin Abd Kahar. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Thursday 5 August 2010

. Cinta Berpaling atau Sebaliknya Berkekalan .

gheli rase nya bila decide nak open topic ni. bukan bermaksud menghina atau sebaliknya. tapi empunya badan bukan la seorang yang romantik! ini adalah Fakta bukan Auta terpanggil untuk post tentang entry ni tapi tak tahu apa sebab dan musibah nya. yang penting tiada kena mengena dengan situasi dan keadaan ain sekarang iye ke nie? sebut pasal C.I.N.T.A semua orang boleh huraikan dalam masa beberapa saat. persoalannya adakah kite terpikir samada umur kita sekarang sesuai atau tidak untuk mengenal cinta? zaman persekolahan ramai yang berpendapat adalah cinta monyet semata-mata bermakna umur masih tidak sesuai untuk bercinta. tapi ada juga yang hubungannya kekal dari zaman sekolah hingga la alam remaja dan bekerja sekarang. Respek gilex kat korang yang mcm tu dan selebihnya hanya putus di tengah jalan. Orang kata lelaki pantang nampak perempuan berdahi licin. perempuan pula pantang juga jumpa lelaki bermulut manis ditambah muka yang kacak! aiyoo serius punya kes yang pasti hubungan yang lama akan terputus dan berpaling pada yang B.A.R.U. apakah ini jawapan bagi persoalan kita yang mana umur yang sesuai untuk bercinta adalah?? umur berapa?? dan bila keadaannya?? Tettt!! ~ need ur help :(
*tinggalkan komen anda untuk penyelesaiannya

Wednesday 4 August 2010

. Yeye padan muka saya! .

masuk minute ke-5 dah ain tenung je screen laptop ni. memang ligat carik idea nak bikin ayat. selalu nya aktif je kalau bab mengarang ayat merapu ni. tambah pulak roomate tengah memekik dengar lagu keinsafan la konon. lagi la terbantut idea otak nie. semuanya gara-gara jadi 'aunty guard' malam tadi. aishh amik padan muka sendiri. kerja nak bertangguh bikin susah kepala. last minute settlekan esaiment. kalau tak bertangguh memang bukan nama mahasiswa la. esok nak submit esaiment, tengah malam baru terhegeh nak siapkan. tu belum lagi masuk pasal study. tinggal 2 minggu lagi nak final. tapi rajin yang teramat pulak online setiap masa. pantang nampak meja belajar, mesti nak online. pelikkan? meja belajar utama letak laptop. makanya setiap kali nak study ruangnya di atas katil :) thumbs up! .

Tuesday 3 August 2010

. biLa waNita daH berGabung .

waduh-waduh kok gaya nya begini? aishh malu nak cakap kat korang sume. ini entry berani mati memang tak fikir masa depan. agak-agak dalam 50-60 kali fikir nak bocor rahsia atau nak keep saje. ahaa ni kesudahannya kalau perempuan zaman sekarang masuk dapur. tapi bukan dapur rumah yea. sekadar dapur bujang di kolej. kalau dapur rumah, rasanya lagi cantek dan unik bentuk benda alah kat atas nie. tapi sekarang kite pertikaikan dapur di kolej yea kawan-kawan. bila gugurl bergabung dengan sepupu sepapat yang tak ghoti masak. maka terjadinya hasil yang sebegini. tak tahu nak cakap tu cucur udang ke, cekodok pisang ke, lempeng ke, cucur manis ke, tapi yang penting bukan karipap. ain masih jelas dan tak rabun lagi yea. hahaha tapi yang penting dah selamat masuk perut. Soal rasa lidah tak boleh berbohong :)
*nak tahu cerita tak, ada sorang minah nie kalau masak mesti pakai sarung tangan. katanya minyak terpercik kat tangan so beter kena jauhkan jarak dari kuali :p

Monday 2 August 2010

. penting sangat ker? .

. penting ke 'breakfast' bagi seorang student@mahasiswa? tepuk perut tanya sendiri. bagi ain, penting atau tidak ianya terpulang pada individu tersebut. ada orang yang alergic pada toilet bila breakfast. sebabnya terpaksa buat appointment dengan DR.TAN ehem3. ahaa contoh orangnya macam SAYA. ia saya la yang alergic bila breakfast pagi. so perkataan 'breakfast' pada ain sudah dimansuhkan dalam kamus hidup. kadang-kadang terpaksa breakfast jugak andai kuliah berpanjangan hingga waktu Lunch. tapi alamatnya memang kena jumpa DR.TAN after tu. secara automatiknya peribahasa 'breakfast' eukk peribahasa ker bagi ain telah bertukar kepada 'Berak-1st'. jimat kan bila tak 'breakfast'? hehehe.. amalkan menabung untuk masa hadapan :) .