Thursday 30 September 2010

. Tumpang almari baju Boleh? .

kalau semalam kemaskini Folder laptop, penuh dengan foto! hari ini semak fikiran bila bukak je almari baju bergantung, Tu dia!! dalam senyap sunyi tak sedar pulak berlambak baju kurung yang aien ade. memang la semuanya pakai dan aien guna je kalau kat kampus, tapi ini yang selalu guna kat kampus. yang simpanan dalam almari baju tuk kegunaan majlis kawen and event lain? wahh!! Baju kurung raya lain tau, baju baru untuk masuk semester baru pun lain, baju kurung nak pergi event or majlis kawen pun lain!! patutla almari baju aien penuh, sampai terpaksa tumpang almari baju abang!! haha takut silap haribulan abang terpakai baju aien, mane lah tahu rabun tengah malam selongkar baju! hahaha :) okey, nak bagitahu 1st entry aien di 100 PENULISdotBLOGSPOT korang boleh bace di kLik SiNi yeA

. IKEA 2010 Dekat di hati .

lambat update entry, tak sempat blogwalking dan terlewat balas kunjungan korang semua! kejap lagi aien merayap blog korang, Sabar :) hari ni nak story mory pasal IKEA, chewahh!! bajet macam dah ade rumah sendiri pulak! tak pe, berangan sementara tak salah kan. semalam sehari suntuk berjalan sakan, lepaking Damansara masuk IKEA carik makan. Cop! sape kate kat IKEA tak boleh dating a.k.a meeting! haha baru best sikit, sambil tengok design kat sane sambil berangan! cuci mate beb, memang bersih giler mate aien nie tengok design bilik tidur, ruangan dapur, bilik kanak-kanak tapi yang aien suka Ruang Tamu! selalu yang pergi IKEA nie parents kite, Muda-mudi yang nak berkahwin, pasangan pengantin baru. Tapi tak salah kot kalau orang macam aien pun datang IKEA cuci mata bersama Tettt!!!! dengan siapa? ADELAH! hahaha

Tuesday 28 September 2010

. Pizza Hot Hut buatan Ummi .

Allif aieman . Allif imran . Allif firdaus
steady!! Nyummy!!
sebelum proses ummi's pizza Hot
tunggu ape lagi!! Bahamm!!
selama 2 minggu bahan-bahan nak buat Pizza di Hold!! lastly malam nie bersilat kat dapur settlekan menu Rasmi Keluarga aien :) family aien takkan order Pizza Hut asli dekat luar, tapi sebaliknya Ummi sendiri yang akan buat untuk santapan Dinner family. Yezzaa!! kalau Pizza buatan ummi, memang sampai lebam la kitowang melantak kenyangkan perut! aien memang banyak tolong tadi, TOLONG makan kan sampai kembung perut! Ummi kate, daripada beli kat pizza Hut kite sekeluarga dapat makan secuit je dengan harga yang RM??? . lebih baik Ummi sendiri yang buat, dengan harga RM70 boleh dapat dalam 10 hidangan!! lepas nie boleh la aien belajar daripada Ummi cara-cara nak buat Pizza Hot, lepas tu sajikan dekat korang semua. agak-agak rase Pizza ke rase tepung ek?? hahaha!!

. Lepak kat Rumah tapi masyukk jew!! .

yang bestnye bila cuti semester, kite bebas dari buku. nak enjoy pun sakan habis. tak payah nak fikir pasal Esaiment lagi. cuma tunggu je semester baru masuk. setiap hari free tanpa aktiviti, kawan ajak hang-out terus ON!! Tapi disebalik nya, yang tak best time cuti semester, kite macam Katak Bawah Tempurung. terperap dalam rumah, mengadap laptop, layan game baru, online sampai Lebam! keluar dengan kawan2 tu, belakang cerita la. Tengok macam aien!! hari-hari tak de aktiviti lain selain mengadap Dinding Blog nie. kadang-kadang sampai buhsan nak update, tapi banyak cerita pulak nak gosip dengan korang!! kalau tak online pun, aien teman Ummi pergi sane sini. dah macam PA tapi tak bergaji. Lagi tak best bila Poket Kosong maa!! tapi kalau top-up ade pulak duit :) nak bayar Bil brodband tetiba duit ade dalam Poket! nak hang-out dengan kawan ehh!! ajaib dalam bank ade duit!! Even tak kerja tapi berduit je, Alhamdulillah namanya Rezeki. kesian tak kat aien? haha! nampak tabung NIKON kat sebelah ni? isilah yea. Salam :)

Monday 27 September 2010

. Blogger perlukan bantuan Blogger!! .

klik untuk tumbesaran yg matang!!
blogger!! need your HELP :) dengan senyuman yang manis, aien nak mintak tolong pada blogger sekalian. harap2 ada yang boleh membantu. Ehh jap2!! jangan close lagi tab nie, bukan nak mintak tolong pasal kewangan!! mai rapat-rapat, yang jauh kite dekatkan. yang dekat mai lagi dekat. Upss!! jaga batasan yea. Macam ni, nampak tak gambar kat atas tu? tue la masalahnya, kawan blogger kite nak mintak tolong. Design blog dier, bermasalah. korang nampak tak, ade 2 BLOG POST kat situ. maka entry dia berdouble bila View Blog. aien nak remove, tak dapat pulak. so, HOW?? tinggalkan Comment please!

. Nikon jadi idaman pasangan Aien .

dah macam senarai calon nak dibuat suami!! haha aien memang Hantu Camera terutama Nikon! cuma buat mase ni memang tak mampu nak miliki la. Tabungan pun asyik kurang je. Elok awal bulan berisi penuh tapi akhir bulan hilang pulak! serupa simpan duit dalam perut daa. Simpanan masih dalam proses nak mencapai harga sebuah Dslr idaman aien. tak delah sampai nak beli Nikon harga 3k dan ke atas, cukup la dalam 2k dah boleh dapat nikon D3000 or D5000 .. tu semua permulaan untuk photographer. Insyaallah doakan rezeki aien melimpah Amin Ya Allah ..

Sunday 26 September 2010

. Nak tinggalkan Comment mcm ne? .

ramai yang merungut tak dapat carik link comment tuk entry aien :) Ampun semua blogger! aien pun dalam tak sedar dah hide kan link comment tu. SO, untuk kesenangan korang semua, link tu sengaja jugak aien Hide kan. So macam ne korang nak tinggalkan Comment kat entry aien? Klik "title entry" aien contoh untuk title entry hari ni "Nak Tinggalkan Comment?". Insyaallah korang akan jumpa link comment kat bawah tu :) Peningkan! hahaha!

. Indahnya saat Kanak-Kanak .

i like dis picture. So cute imran :)
aisyah .. imran .. Balqis
so sweet like Bro and Little Sis
Rindukan zaman kanak-kanak :) terasa nak imbas kenangan yang lalu. tapi dulu zaman kanak2 aien, sangat tegas bertambah disiplin. betul kate orang2 tua kite, zaman dulu didik anak tak sama dengan zaman sekarang yang dah moden. sekarang mungkin generasi muda dimanjakan, didikan Pelajaran sempurna tapi mungkin ade sedikit kekurangan dalam didikan Agama pula. Yea, tak semua sama. Ade sesetengah IbuBapa masih mendidik anak2 mereka seperti mereka dididik dulu dengan penuh ketegasan dan disiplin, Agama yang penuh dan diangkat tinggi. Tapi ade sesetengah IbuBapa sekarang hanya sambil lewa mendidik anak, sehinggakan Gejala sosial semakin meningkat. Hurm! okey, aien tak berapa suka membincangkan Isu remaja sekarang. sebab aien juga Remaja yang sedang melalui dugaan dan proses sedemikian, Insyaallah mintak dijauhkan dari gejala tersebut Amin ...

. Masalah Harian di JalanRaya .

masalah yang selalu pengguna JalanRaya isukan semestinya Kesesakan JalanRaya. Trafik kalau dah sesak, macam2 lagu dan rentak Hon kereta kite akan dengar. Itu baru kite dengar dari luar kereta. Bunyi yang dalam kereta tu, lagi la tak tahan. suara orang merungut, kite boleh tahan. Tapi suara orang bengang+marah+membebel disebabkan trafik yang sesak, pasti korang sendiri rase nak tutup je telinga. kalau tersangkut dalam kesesakan yang teruk, tambah lagi perut bergendang kelaparan, diDarabkan dengan kelewatan nak ke tempat destinasi, diBahagikan dengan kesabaran yang suam-suam suku, Aduss!! jawapannye kite sendiri yang tension+stress!! muka dah seposen, hilang seri wajah yang cantik. masam mencuka je bila keluar dari kereta. dapat orang yang hilang sabar, mahu dia angkat kereta Jinjing atas bahu! Luar biasa tu beb! Tapi, kesesakan JalanRaya ni sebenarnya banyak Faktor. Antaranya Faktor Tempat, Masa, Musim dan sebaliknya. biasa kat KL nie, sesaknye waktu petang time orang balik dari kerja, after Tol sungai Besi tu pehh!! berderet kereta beratur macam nak ambik turn Bubur Lambuk kat masjid!! kalau Musim Perayaan, tak payah nak terangkan. Confirm la lagi sesak! huhu!! eloknye guna pengangkutan Udara, baru tak sesak. Tengok Kapal terbang, Steady je kat atas! hahaha :p

Saturday 25 September 2010

. 100penulis dot blogspot .

mungkin ramai yang minat dalam penulisan Blog tapi takut nak mencuba kan? dengan Blog korang dapat berkongsi cerita yang menarik atau info terkini. Sharing is Caring ryte :) ade sesetengah Blogger risau traffic blog mereka tidak mencapai tahap yang tinggi. relax, baru permulaan kan. Orang yang nak berjaya pun bermula dari bawah. usaha untuk naikkan Taraf blog korang dengan penarikan dan gadjet yang menarik. kreatif dalam menyusun setiap gadjet di Side bar korang. Upss!! jangan jadikan Blog sebagai Platform untuk anda dikenali !! kalau niat dah salah, tak dapat den nak nolong :) jadikan Blog korang sebagai platform untuk berkongsi kisah-kisah hidup korang yang menarik tu, atau Info terhangat dan Panas yang korang tahu atau sebaliknye. Lepas geram? sekali sekala boleh la, kalau selalu sangat nanti pembace blog ingat korang panas baran hehe :p. Alhamdulillah, aien baru join 100penulis iaitu himpunan 100 penulis blog yang berkongsi pelbagai cerita dan info menarik. kenalan dan kengkawan? memang banyak la kat situ, nak carik jodoh pun lepas! hahaha gurau2 saje. setiap hari ade entry yang menarik dari pelbagai Blogger or Editor yang best! sampai nak bace semua entry pun, amik mase sejam habiskan. So, cerita lebih tak guna kalau korang semua tak pergi tengok blog tu! ade kekosongan dan peluang untuk korang semua. Jum jadi sebuah keluarga 100 penulis! Klik banner atas, rasai sendiri kehangatan Blog 100Penulis!

Friday 24 September 2010

. Secara kebetulan entry terhasil .

dah berpuluh kali aien taip kat sini dan saat tu jugak aien "backspace". sampai bile nak siap entry ni!! menulis blog tak perlukan ayat yang lancar dan skema. sesetengah orang mungkin mementingkan ayat yang betul dan tepat dalam penulisan blog mereka. Tapi ayat skema boleh membosankan pelawat blog yg membace. korang tulis ikut keselesaan bahasa dan gaya penulisan korang sendiri. nak lebih menarik, korang letak la gambar-gambar yang sesuai dengan entry korang. nak merapu kat blog? terpulang kat korang jugak, asalkan pelawat blog korang boleh terima ape yang korang sampaikan dalam entry tersebut. tengok sekarang! dalam tak de benda nak tulis, tetiba dah siap entry aien sekarang!! hahaha ni bukan Tip Blog atau Tutorial, sekadar kate-kate ikhals dari aien. Okey! dah siap entry baru. boleh publish post jap lagi :)

Thursday 23 September 2010

. Bercinta atau perlu Berkawan saja ? .

Antara Cinta dan Berkawan, yang mane perlu didahulukan dan yang mane perlu diketepikan? Bukan maksud aien nak bincang dan nak samakan tentang Cinta dan Kawan, mane lebih penting. Berbeza sebenarnya antara kedua-dua maksud tu. Memang Berkawan lagi penting, semua orang tahu. TAPI kali ni aien nak bertanya, Antara Cinta dan Berkawan, mane lagi baik dalam sesebuah hubungan antara Kaum ADAM dan HAWA? Bercinta seperti semua tahu, dalam agama memang ada larangannya terutama Bercinta sebelum kahwin. yang menjadi haram lagi apabila dalam keadaan bercinta, tiada hubungan atau ikatan yang sah, berlakunya Zina, Maksiat, Batasan yang tidak dijaga antara Lelaki dan Perempuan, dan jugak berdua-duaan. Andai nya kite, atau sahabat2 semua dah terlanjur bercinta tapi masih belum mampu untuk bernikah, sebaik-baiknya jagalah batasan dan pergaulan antara awek dan pakwe, tidak berdua-duaan, menjaga hati dan perasaan, lebih baik anggap la hubungan itu sekadar Berkawan, Teman, Sahabat dan Rakan sendiri. Insyaallah sematkan jugak Cinta Pada Allah itu yang pertama. Sesungguhnya cinta itu mendekatkan kite pada Zina. Bagi sahabat yang masih belum terlanjur dalam Bercinta, seeloknya bagi kite agar mencintai Allah S.W.T untuk masa ini. Insyaallah Allah sudah menentukan jodoh yang terbaik buat kite semua. mengingatkan sahabat semua umpama mengingatkan aien jugak. aien akui, sudah Berteman dan sedang mengenali seseorang kaum Adam ini. Insyaallah kami saling menjaga batasan dan pergaulan. untuk sahabat jugak, kite sama-sama memperbaiki keadaan diri sendiri menjadi lebih baik dari semalam :) .

Wednesday 22 September 2010

. No Entry : No Entry : No Entry .

. Dalam menghadapi kesukaran .
. tanamkan kesabaran dan keikhlasan .
. Sabar menghadapi dugaan .
. Ikhlas menerimanya .
. Insyaallah pasti diberi penyelesaian .
.........................
. Tuan blog kurang sihat hari ni .
. Penjaga Blog akan menemani anda .
. maaf tiada Lawatan .
. Afwan tiada balasan kunjungan .

Tuesday 21 September 2010

. Hidangan Tengah Hari .

kalau dah lapar, rasenya tak boleh nak fikir menu makanan. apa yang kite nampak itu yang kite sumbat dalam perut kan! mane sempat nak plan menu makanan, nak fikir makan kat mane, nak fikir harga makanan. tu semua bakal mengundangkan amukan perut dengan pelbagai dendangan lagu dan shuffle! hahaha! nak selamat kite drive and park kereta terus order Mcd :) Nak jadikan cerita pendek, hari ni macam biasa aien akan temankan Ummi untuk beli barang2 keperluan untuk rumah, pergi bank atas urusan keluar masuk simpanan, dan settle kan pelbagai bil dalaman dan luaran rumah :) itu semua kerja tetap aien. bila dah banyak sangat urusan, ummi jadi tak sempat nak sediakan Lunch dan akhirnye Terima Kasih Mcd!! 3 ninja's je dah 3 mulut, tambah lagi abang dan kakak termasuk aien dan Adik pompuan including ummi :) Okey! Belanja besar yang rasenya boleh lepas bil brodband aien untuk sebulan setengah :p 8 set hidangan burger isk3

Sunday 19 September 2010

. Mengejar Masa 24 Jam sehari .

masa berjalan pantas mengalahkan kuda berlari. terkedek-kedek jugak aien mengejar dengan skateboard wahh!! macam gheti maen pulak :p akui semalam memang tak terluang masa nak jenguk Dinding Blog termasuk la Muka Buku. Nak blogwalking pun tak sempat apatah lagi nak Membalas Kunjungan teman Blogger yang Lain. Beb!! kalau aien tak sempat balas kunjungan, ingatkan aien ek! kadang-kadang banyak makan semut, kadang tu jugak mata pandang sebelah tak sempat tengok kiri kanan Jum kite melintas! hahaha semalam aien sibuk uruskan Rumah Terbuka di Rumah sendiri kat Ampang. Afwan pada kengkawan yang tak sempat aien jemput :p Aien ni suke tangguh kerja, tu yang sampai last minute jemput kengkawan. Last2 tercicir kawan2 yang lain tak dijemput hukum la saya yang pelupa nie! Insyaallah Tahun depan aien tak kan lupa lagi :p Tapi Confirm punye ramai yang tak dapat datang, sebab Lokasi Rumah aien akan berubah Hujung Tahun nie. aien Pindah Jauh dari kawasan Bandar Uwhh jadi orang kampung la daku tunggu dan lihat Insyaallah. doakan yang terbaik.

Friday 17 September 2010

. Dating dalam Message? borak ape? .

aien ni tak lah berpengalaman dalam cintan-cintun ni. kalau nak mintak pendapat atau nasihat tu, kadang-kadang boleh jugak la pakai ayat manis aien tu. haha! aien sendiri pun tak pernah bercintan, so korang jangan tanya pasal Cintan-cintun ni sangat kat aien. aien pakai redah je jawab! asal ade bunyi, ade gaya, ade segalanya!! Erm, ade jugak yang tanya aien, kalau pasangan Kekasih or Bebalak or Kapel nie text message kan, apelah agaknye dorang borakkan! Wooo :p aien pun tak tahu ape yang korang borak dalam message! hari-hari message, pegang Hp, Bergayut sakan, 3G pelbagai upss!! macam terkena batang hidung bab 3G apelah bual bicara agaknye antara si Awek dan si Pakwe? Tanya khabar+dah makan ke+Buat ape sekarang+Tak keluar ke+tadi makan ape+hari ni buat ape= beb!! soalan yang sama setiap hari korang tanya?? hehe!! ntah, aien pun kadang-kadang je message sebab tak suka sangat pegang Hp. kalau nak singkatkan masa untuk message, 3G sekejap dalam 15minit pastu sudah! Tamatlah untuk hari tu dating dalam Hp. hahaha! korang pulak macam ne??

Thursday 16 September 2010

. 3 Ninja's Again Again and Again .

Allif Imran . Allif Aieman . Allif Hadi
Julingan Mata Itu Indah
Acara Bebas dalam Guni
Mereka nakal! Lasak! Hyperactive! Terlebih Masuk Air! Acting Terover! Ya Allah memang tak duduk diam. Semua orang leh kenal dorang termasuk Kazen Sedara Mara and Kawan2 aien. dah berpuluh kali aien citer pasal dorang kat Blog! tapi Best la sebab ade tempat nak lepaskan geram pasal 3 ninja's nie. dorang tak takut dengan orang, tak kisha la kena marah ke ape ke cubit ke, Layan je Animasi dorang tu! TAPI dorang takut dengan sorang makhluk Allah kat Rumah nie. Bukan Madam Besar Bukan Big Boss. Makhluk bernama Abang Allif Firdaus hahaha!! dengan Abang ke-2 kadang2 je takut! Denagn aien, setiap masa tak takut walaupun aien la yang rajin debih Dush3 Wacchhaaa dorang! haha SLUMBER!!

Wednesday 15 September 2010

Maaf la alasan saya Banyak!

serius aien malas nak keluar rumah! banyak jugak la undangan yang ain tak penuhi dah macam vvip pulak! dan beribu alasan aien bagi tak dapat datang. Rumah terbuka sane sini aishh!! alasan utama sebab malas nak bersiap, nak pikir pakai baju ape, nak pergi dengan siapa takkan nak ajak Teman Mesra pulak upss saya Single? Ampun! gurau yang tak disengaja hehe :) tapi memang bermimpi di siang hari la kalau bab ajak keluar ke, hang-out ke, memang aien akan pikir 20kali nak pergi atau tak :p aL-maklumlah saya kan anak dara sunti yang tak keluar rumah hehe! sekarang macam-macam nak pikir, ade banyak perkara yang aien nak selesaikan before masuk Sem Akhir bulan 10 nie. perkara penting? maybe kot! hahaha Tett~

Tuesday 14 September 2010

. yes! saya layak menerima :) .

Hip hip Hoorey! puas hati sambut Raya tahun ni. Biasanya raya Pertama aien akan beraya di Perak, Kampung Abah. Tapi berlainan tahun ni, sambut raya Pertama di Kuala Lumpur. Ehh! sape kate tak best raya kat KL. sesetengah orang memang suka beraya di Kampung, tapi ade jugak orang yang suka beraya di KL. Itupun kalau kampung ade kat KL, so jadi best la beraya kat KL. Macam aien, Ummi orang KL maka adik beradik ain pun rapat dengan sepupu dekat sini. Bercerita pasal Raya, mesti korang bajet umur macam aien ni dah tak layak dapat Duit Raya :) Ehh siapa kate yea. saya masih layak menerimanya. Memang segan silu nak terima, tapi dah rezeki tak kan nak tolak pulak :p TAPI Duit Raya dari Bos Besar and Madam Besar WAJIB setiap tahun Hehehe! Umur saya pun baru 19tahun, masih belajar tak layak bekerja. Okey! masa untuk aien pergi beraya di Blog Kawan2! Tunggu yea kedatangan aien. sediakn Duit Raya sekali :)

Thursday 9 September 2010

. Hari ke-30 Ramadhan aL-Mubarak .

Hari ini genap sebulan kite berpuasa dan Hari Terakhir kite merasai Bulan Ramadhan untuk tahun ini. Semoga segala amalan kite diangkat dan diterima dengan sempurna oleh Allah S.W.T. memang ade rasa sedih bila kite nak tinggalkan Ramadhan, dan lahir rase gembira+bahagia untuk meraikan Eidul Fitri pada hari esok. Ain sendiri merasakan belum cukup puas untuk menikmati Bulan yang Mulia ini, tetapi Allah telah menggantikan ia dengan kedatangan Bulan Syawal yang mane Umat Islam meraikannya setelah berPuasa sebulan di Bulan Ramadhan. Kebahagiaan kegembiraan dan rasa Syukur disemat dalam diri :) Alhamdulillah. Buat semua teman Blogger ain berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin. Ampun dan Maaf atas segala Kekhilafan yang ain lakukan tanpa disedari mahupun disengajakan. Kad Raya yang tak seberapa khas buat Blogger Boy&Girl yang dihormati. Salam Eidul Fitri

Wednesday 8 September 2010

. Hari ke-29 Ramadhan aL-Mubarak .

Alhamdulillah hampir selesai Ibadat Puasa kite pada tahun ni. Esok adalah hari terakhir kite berada di Bulan Ramadhan. ain percaya, kite semua amat mengharapkan Rahmat dan kesempurnaan dalam Ibadat puasa pada kali ini. Samada kite berpeluang atau tak untuk bertemu Ramadhan yang akan datang, semua itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T. dan sekarang sama-sama kite bersyukur kepada Ilahi kerana diberi nafas dan peluang dalam menghayati Bulan Ramadhan pada tahun ini. tentunya sekarang semua Umat Islam sibuk melakukan persiapan Raya. Tapi jangan kite lupa pada Insan yang kurang berkemampuan terutama Fakir Miskin. Maka berbelanja lah sekadar yang perlu bagi mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan kite. Kalau ada rezeki lebih, sumbangkan bantuan pada mereka yang memerlukan. Insyaallah kite dapat membantu mereka dalam meraikan Eidul Fitri ini. Pesana penaja ainnabilaBLOG dan Penjaga Blog :)

Tuesday 7 September 2010

. Hari ke-28 Ramadhan aL-Mubarak .

perasmian oleh ketua :p
Alhamdulillah Ya Allah kerna diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan dan Engkau akhirkan ia dengan kegembiraan Umat Islam menyambut Bulan Syawal. semoga Ramadhan kali ini mendapat keberkatan dari-MU. Amin. bila sebut hari Raya, kite semua yang tak sabar nak merayakan. segala persiapan ada yang dah selesai 2minggu sebelum raya. Tapi ada jugak yang suka persiapan Last Minute. aL-maklumlah banyak SALE kalau akhir-akhir Ramadhan. Tapi sambutan bagi kanak-kanak dan remaja lain, pastinya ditambah dengan kegembiraan malam selepas Terawikh. macam biasa aktiviti harian ain dan saudara lain, Bahan Larangan :) tak habis-habis dengan mercun kan :p nak buat macam mane, duit raya dah x-pired umur. so, raikan dengan Mercun jelah! main 1 jenis mercun yang tak merbahaya Remaja macam saya je main :)
Pengakhiran dengan kegilaan!

. Hari ke-27 Ramadhan aL-Mubarak .

persiapan berperang upss!
memandangkan tinggal beberapa hari lagi nak Raya, maka semua entry ain akan melibatkan persiapan Raya :) hahaha! bila dah sebut persiapan Raya, semestinya melibatkan suasana bermain Bahan Larangan iaitu Mercun psstt!! jangan repot polis kalau nak main bunga api, dah macam kanak-kanak riang. Jadi malu la pulak nak main. kalau tak main mercun, macam tak meriah pulak. Tapi kena la berhati-hati okey! jangan tiru macam ain and angkatan tentera yang lain :) semua dah tahu kan, ain dan keluarga akan beraya di mana :p memang meriah kalau beraya di KL bersama saudara yang masuk air. ain akan sajikan beberapa klip video, drama dan filem ketika kami berperang dengan mercun :p kalau nak tahu, ain la yang paling Tertua sekali. 3 orang lagi askar dalam video atas semuanya terdiri daripada budak-budak sekolah menengah!

. Hari ke-26 Ramadhan aL-Mubarak .

Afwan semua!! yea saya mengaku lambat update entry baru. lambat macam kura-kura tak pasal-pasal dorang terlibat biasalah dah nak raya, banyak persiapan nak siapkan. semuanya nak renovate, nak baru, nak cantik, nak ubahsuai DAN nak sediakan Duit Raya :) maka ain pun tergolong dalam orang yang sibuk sepanjang masa. tak cukup dengan tu, sibuk juga memenuhi undangan berbuka puasa cewahh!! ala setakat biasa je, berbuka di kampung sendiri and rumah saudara-mara :) TETAPI pengumuman penting nak buat nie. haha! selalunya memang akan ada perang balik kampung antara ibubapa kite kan :p dan tahun nie Ummi mendapat kemenangan yang Pertama beraya di Kampung sendiri. Okey! setakat Kampung Pandan, Kuala Lumpur. tapi ain tetap happy beraya di KL sebab memang close dengan sepupu sedara belah Ummi di sini :p dan akan pulang ke kampung Abah di Perak pada Hari Raya ke-2 :)

Sunday 5 September 2010

. Hari ke-25 Ramadhan aL-Mubarak .

rasa terlalu cepat Ramadhan berlalu, dan kini Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dengan suatu kenangan yang terindah buat ain. Ramadhan kali ini betul-betul meninggalkan kesan dalam diri dan telah banyak mengubah pandangan ain terhadap diri sendiri. daripada sesuatu yang kosong dan kini penuh dengan segala ilmu baru dan semangat dakwah yang akan diteruskan dalam diri yang sedang membangun. dalam kite muhasabah diri, ain sematkan beberapa perkara untuk dijadikan pelajaran dan ikhtibar buat diri ain. Moga ianya terus menjadi peringatan buat ain. Baiklah, ain sajikan beberapa video untuk Teman Blogger yang mana sambutan dan aktiviti harian sebelum menjelang Syawal :) jangan report polis tau!

Friday 3 September 2010

. Hari ke-24 Ramadhan aL-Mubarak .

Mai rapat-rapat dengar cerita 3 ninja's hari ini :) steady! nak dijadikan cerita, salah seorang 3 ninja's hari ini melibatkan diri dalam Program Pencarian Bilal Muda di sekolah mereka. Gambar diatas adalah peserta tersebut, Allif Aieman cewahh bergaya macam nak Raya :p semangat betul semalam bercerita dengan Ummi yang dia terpilih untuk program tu. Siap laungkan Azan depan kitorang after berbuka, keberanian yang tak mungkin ada pada ain :p After sahur pagi tadi, terus mandi walhal Azan Subuh pun belum lagi. Dah nak bersiap pergi sekolah. memang tak sabar, sampai ain yang kena melayan kerenah dia tadi. Penat!! Tapi akhirnya berbaloi jugak la :)
Alhamdulillah memang rezeki dia atas usaha sendiri. Aieman berjaya merangkul JUARA Bilal Muda :) mengikut apa yang dia cerita, masa diumumkan Juara Bilal Muda dan nama dia disebut, dia menangis kih3 tak dapat bayangkan tapi dia kate sikit je air mata keluar lepas tu Guru Besar jemput dia Berbuka kat Rumah kalau sudi :p Bangga nye jadi Kakak Aieman :)
malas pulak nak rotate :p

Thursday 2 September 2010

. Hari ke-23 Ramadhan aL-Mubarak .

. bila tiba raya je mesti pening nak fikirkan Bajet Shoping. macam-macam nak beli, semuanya nak Raya. Baju raya, Kasut raya, Langsir raya, Perabot raya dan sekutu dengannya. Itu kalau parents kite la, Tapi kalau kite pulak? semestinya Baju raya, Kasut raya, Handphone raya, Tudung raya ehh semua nya Raya la :p pendek kata barang baru semuanya dapat bila tiba nak raya kalau owang kaya anytime barang baru sebut persiapan Raya, semuanya jadi kelam kabut. sampaikan Kuih Raya pun siap pening kepala nak pilih. Tidur malam tak Lena sebab fikirkan Baju Raya dah siap ke belum bagi orang hantar tempahan macam ain :p Hurmm dalam kite sibuk menyiapkan persiapan Raya, jangan kite lupakan mereka yang kurang berkemampuan dalam hidup. Kalau kite Beraya dengan baju raya baru, mungkin saudara kite yang lain hanya menggunakan baju yang dah lama dan lusuh. Jadi apa yang kite ada sekarang, Bersyukur lah :) doakan mereka yang kurang berkemampuan itu agar Dimurahkan Rezeki dan Kebahagiaan dalam menyambut Aidil Fitri yang bakal tiba, Insaallah. AMIN

Wednesday 1 September 2010

. Hari ke-22 Ramadhan aL-Mubarak .

. Amboi besarnya emotion nie :p Betul-betul marah nie. Sabar yea, Bulan Ramadhan ni kena banyakkan bersabar. Tanamkan sifat kesabaran dalam diri kite agar Ibadat kite lebih sempurna. Alhamdulillah ini yang ain belajar untuk hari ini. Bukan saja kena bersabar, Tapi kena kawal sifat kemarahan kite. Kalau Syaitan dah kena ikat Bulan Puasa ni, Yang tinggal pula hanya Nafsu dalam diri kite. Maka Kawal nafsu kite dengan menahan diri daripada makan minum DAN sifat Amarah dalam diri kite. Bukan nak kawal pemakanan je, tapi sifat Marah, Panas Baran dan segala-galanya yang boleh memudaratkan perasaan kite ehem3 dah macam ceramah :p Terima dengan hati terbuka jika ada perkara yang berlaku dalam diri, kawal sifat Marah andaikata ada hal yang tak disukai atau apa-apa perkara yang boleh melahirkan rasa Marah. Kalau kite dapat menahan rasa Marah, Insyaallah sifat Sabar akan lahir dalam diri :)