Friday 31 December 2010

. Azam 2010 Olok-olok .

Azam baru 2011 yang olok-olok adalah menjadi Ulat Buku Tegar. Hahaha! Boleh percaya ke? kire okey la aien ade azam yang olok-olok. Tapi serius wei, nak jadi Ulat Buku tahun depan. Tahun Akhir Pengajian nak kena pulun habis-habisan. Kalau asyik jadi Ulat Online Tegar, mati guwe kena tetak kalau result CANTEK sangat. Aiyaaa Azam tetap azam, semangat la aien oit....! korang macam mane pulak? Jeng jeng jeng!

Thursday 30 December 2010

. Penjaga Goal Kebangsaan .

Alamak..! Dah ade awek la :) xkesah pun hehe. Sebab dorang memang nampak sweet sour je berdua nie. Siapa tak kenal dengan Penjaga Goal Kebangsaan yang encem macho orangnya. Anak dara pun dah terpikat kalau sekali pandang. Macam kacukan China daaaaaa..
Tapi En.Fahmi ni bukan je pandai jaga gawang goal. Hati awek dia pun pandai jaga tau dari dibolos lelaki-lelaki lain kat luar sane. ahaa! Cepat-cepat lah kahwin macam En.Shahrul Idlan kite tu. Selamat sudah diijabkabulkan Sehari sebelum perlawanan pusingan 1 Malaysia vs Indonesia Ahad lepas.

Sunday 26 December 2010

. Datin Balqis Part 2 .

"cicak2 di dinding"
"diam2 merayap"
"datang seekor cicak"
"wawawa balqis melalak!"
.video tak sempat nak rotate.
.terbalikkan laptop anda.
.untuk mendapatkan video berkualiti.

Saturday 25 December 2010

. Datin Balqis Part 1 .

DATIN BALQIS WANABE
.ni cousin ain yang paling muda.
.seangkatan dengan 3 ninja's.
.syok mengacau dia ari ni.
.nantikan video balqis bersama cicak TIPU.

Friday 24 December 2010

. 22 Disember 2010 Part 2 .

TERJAH macam melodi
*Maaf tak bagitahu nak datang ^__^*

Thursday 23 December 2010

. 22 Disember 2010 Part 1.

Happy Birthday MR.IMAN
* sweet 21 *

Saturday 18 December 2010

. the Sim 3 Late Night .

Jangan tanya aien dah miliki CD Game ni ke belum! Sebab jawapan semestinye YAA! I get it bro, sangat-sangat style! Hahaha tapi belum lagi berjaya Install dalam lappy. Macam biasa la, game ni kan berat saiz dia. Yang pasti, Harga memang berbaloi la. Hari tu beli Cd Game The Sim 3 dengan harga RM20 untuk 2 keping CD. Dan 3 hari lepas beli Cd Game The Sim 3 Late Night dengan harga RM30 untuk 2 keping CD. Masalahnye Lappy baru hantar Format. Kasi bernafas dulu lappy ni, baru kite jodohkan Game ni dengan isi dalam Lappy aien Okey!
Jangan tunggu lagi wei, sape yang minat giler Game ni. Terus la serbu kat kedai game. Aien dah tak tunggu lama, keesokan hari terus speed carik Game nie. Tak tidur malam guwe bila dapat tahu ade latest Sim kat pasaran. Ohh idaman ku, The Sim!

. Rangkaian untuk kite semua! .

Tak ade yang special untuk entry hari ni. Biasalah kan, weekend free sikit. Buku-buku dah berdating dengan Assignment dekat luar kawasan Campus. Aien pulak berdating dengan dinding blog sendiri. Okey, saje nak bagitahu kat blogger yang tak dapat bau lagi Ikon terbaru dalam blog aien. Hehe, sempat lagi aien nak berlagak kat sini. Sekali-sekala den nak berlagak, ekau ade kisah? Hahahaha! Kat gambar atas dah ter'pampang Ikon baru dalam blog aien.
Mai aien kenalkan yang paling atas Ikon capital 'i' tu adalah FormSpring aien Klik Sini. Tapi just jawab soalan korang hanya time weekend jela. Bawah tu ade Ikon capital 'F' untuk a/c Facebook aien. Yang ni masalah sikit. Banyak friends request 2** tapi aien tak sure dari Blogger atau dari mane. Maka aien xapprove lagi. So aien galakkan korang semua ke Ikon 't' untuk a/c Twitter aien Klik Sini. Aien baru activekan semula a/c Twitter untuk kegunaan Editors 100 Penulis Klik Sini. Ataupun nak tahu perkembangan Blog aien di Ikon 'f' untuk Fanpage ainnabilaBLOG Klik Sini. Settle kan!
Dalam dunia blogger bukan saje kite perlu kenal dan faham penulisan seseorang, tapi tak salah kalau kite kenal jugak siapa penulis Empunya Blog Hehehe! Peace untuk anda!

Friday 17 December 2010

. Blog untuk Blogger dan Kite .

Penat la cakap benda yang sama kan. Semua blogger akan kate benda yang sama " Blogging bukan untuk platform jadi Terkenal ". Yea, aien menyuarakan pendapat yang sama. Blogger yang dah dikenali sekarang pun terkenal sebab penulisan dan gaya blogging mereka tersendiri. Ade style beb! Nak simpan angan-angan jadi seperti mereka memang tak salah. Tapi kena ade usaha la kan. Tabik spring pada mereka! Awal-awal join dunia blogger, memang tak ade niat nak jadi Terkenal. Tapi 1 rezeki untuk kite kalau Blog dikenali oleh Blogger lain :) Hehehe...
Traffic Blog, lagi 1 hal utama dalam blogging. Jangan terlalu mengejar Traffic blog yang tinggi setiap hari. Sedangkan pengisian dan penulisan blog kite belum mampu nak menarik hati blogger lain. Maaf kalau ade yang terasa. Aien sendiri tak pernah nak respect tinggi pada Traffic Blog aien. Terpulang pada blogger nak datang berkunjung atau tidak. Kalau nak yang terbaik dari orang, kite sendiri kena berubah jadi terbaik. BLOG untuk Blogger dan kite sendiri *_^ Peace!

Tuesday 14 December 2010

. 1st Time jawab Tag .

Okey, pengakuan jujur! Aien banyak kali terima Award TAPI yang ni 1st time aien rajin membalas nye! Ampun semua, selalu nye ain terlepas pandang sebab tak sempat nak balas Tag korang. Sebab tu memang tak ade Collection dalam belog ni pasal Award dari Blog lain :) Tapi aien always hargai blogger semua! terima kasih yea..
1. Nick Name Pemberi Award :
AtiqSalleh (Blogger campus Aien)
2. Ucapan kepada pemberi Award :
Ehem3. Thanks yea Kamu!
3. 6 Artis yang saya minat :
Shahir @ Adira @ Maher Zain @ Sami yusuf @ Nickhun @ Victoria
4. 10 Blogger lain untuk Award ini

Monday 13 December 2010

. Bak sini 1000x Alasan .

Bahayee! Fikiran ditahap bahaye. Elakkan diri korang daripada wujudnye simbol diatas dalam fikiran. Kalau rase-rase otak korang blur! Moody memanjang, sampai tak boleh orang nak tegur! Tengok buku macam nak balas dendam! SAHH! Korang dah wujudkan penyakit dan simbol TENSION dalam diri. Habislaaa.....
Sini korang semua! Bagi aien 1000x sebab kenape kite perlu stress sebagai seorang Student? Dunia belajar ni tension tersangat ke sampai semuanye down bila banyak assignment? Atau korang tak biasa sangat Assignment banyak tu, atau nak MORE lagi ke? SIkit-sikit tension, pening pale, kepala nak meletop, nak terbakar. Cubelah korang bawak bertenang macam aien :).
Bertenang la sangat! Aien ni pun tengah TENSION tau! ni la penyakit tension untuk Student. Kite sebenarnye tak akan Tension kalau assignment yang dapat tak ditangguhkan berminggu-minggu. Alaaa, setakat assignment kan, celah gigi je boleh siap. Google Translate kan ade ^_^ Hahaha! Cukop, jangan gelak lebih-lebih! Bertambah Tension guwee..
Mai habaq sikit, sesape yang tengah Tension selalu korang buat ape? Ade rase macam nak terjun bangunan tak? Atau main terjun-terjun laut ke? Atau korang mintak kawan bawak kereta laju-laju, lepas tu langgar korang? Huhu.. Tapi kalau Karoke pun sedap jugak kan ^_^ *wink

Saturday 11 December 2010

. Dunia Blogger Kita .

Naaa... Seminggu sekali baru nampak penulisan kat blog aien kan :) Anywre aien baru baik demam. Aik, demam lagi? Biasalah kan, semakin meningkat dewasa ni, makin lemah pulak rasenya badan ni. Tak kuat macam time muda-muda dulu haha! Tapi sepanjang seminggu ni, ade jugak aien Blogwalking ke Blog lain. Ade yang aien tinggalkan jejak. And ade jugak aien biarkan sepi.
EH, nak gosip nie! Perasan tak, dah makin banyak Blogger baru yang dah join bidang penulisan dalam dunia Blog. Hehehe! maka, pada senior blogger yang lama tu, tak lama lagi dah boleh pencen la yea. hahaha! Just kidding. Tak ada istilah pencen dalam dunia Blogger. Sebenarnye banyak jugak kelebihan mereka-mereka yang join dunia Blogger ni.
Antara yang jadi kesan dalam diri aien sendiri, tak ade lagi lepaking or pembuangan masa yang tak berfaedah. Semuanya diisi dengan dunia Blogger, Blogwalking or penulisan lain. Fuuhh! kalau tidak, sebelum ni asyik bergosip je. kalau tak gosip pun, merayap tak tentu pasal. Aisshh.. Zaman muda-muda dulu memang macam tu! Sekarang dah jadi macam ni, baru la nak hargai. Hahaha berlagak macam orang TUOO!
Gosip: Kadang2 ade sikap malas nak update Blog. Dushh!!

Sunday 5 December 2010

Monday 29 November 2010

. Si Pentol need HELP! .

Nak dengar cerita Si Pentol yang terkini tak? Kesian... Sekarang Si Pentol tak macam dulu. Tak tahu ape masalah dia. Lebih banyak berdiam diri, Termenung dan kadang2 menangis. WHAT!! Hurm.. Aien perlukan bantuan Blogger semua. Yahh, maybe korang semua boleh naikkan semangat Si Pentol sekarang. Sebab kengkawan dah lama tak kenakan@mengusik Si Pentol nie.
Pernah tanya Si Pentol, kenapa dengan dia sejak 4,5 hari ni. Nak kate datang bulan, tak jugak. Nak suspect tak sihat badan, aikk hari-hari bersukan dengan Badminton. Kire sihat la tu kan? Bila aien korek-korek cerita dari orang2 sekeliling dia. Baru lah dapat tahu yang Si Pentol tengah kesedihan dalam masalah Hubungan Cintan dia. ERKK!!!
Tak tahu ape masalah Si Pentol dengan Si jejaka nya. Tapi kitorang ni hampir melabelkan Si jejeka dia sebagai Si Lampi. Hahaha!! Upss, maaf Pentol. Tergelak besar pulak, and terkantoi nama samaran untuk jejaka ekau. Tapi kitorang tahu Si Lampi ekau memang baik, tak akan curang sebab dia Setia dengan ekau. Cuma, mungkin dia tak berapa matang dalam hubungan korang.
So kengkawan Blogger semua, sila nasihatkan Si Pentol kami agar dia tak memikirkan sangat masalah Cintan dia tu. Hei Si Pentol, ingat tau kate-kate Kak Ngah aien. Your Journey still long way to go! We're still young to think about dis! Remember dat honey madu lebah!!

Wednesday 24 November 2010

. 2 Ninja's selamat POTONG .

Adakah anak-anak anda sudah di POTONG? kalau belum, segera la pergi klinik untuk mendaftar Khatan Anak-anak korang! Nak rase rumah sunyi aman dan damai? Rumah aien dah pun berlaku suasana yang baru, aman dan sentosa. Hahaha! 2 ninja's dah selamat di POTONG, hilang hyperactive selama 2 minggu nie. 1 Ninja's merangkap sifu memang dah selamat kena POTONG tahun lepas. Dan tahun nie, Ummi kate biar POTONG 2-2 sekali, senang sikit. Sebab 2-2 nie memang Hyperactive tersangat!
Allif Imran, ninja bongsu paling steady! tak menangis after kena POTONG. Tapi, 15 minit lepas dah selamat sampai rumah, dia dah tak boleh tahan sebab gatal. Terus meleleh air mata. Kesian, sebab umur baru 7 tahun. Ape-ape pun, Income masuk yeaa "baby" bila kena POTONG. Hahaha!
Allif Aieman, paling tak steady! Belum giliran nak kena POTONG, dah menangis luar bilik doktor. Adehhh! Resah-gelisah tunggu giliran, tak senang duduk dibuatnye. Termenung sane, termenung sini. Lastly, kena POTONG jugak. Hahaha! Income masuk jugak kan Man...

Monday 22 November 2010

. Permulaan Si Pentol .

Salam Blogger sekalian :) dah jadi kebiasaan Belog aien akan update seminggu sekali. Tak ade cerita menarik nak dikongsi, Ditambah dengan kesibukan masa yang tak menentu dalam Tahun AKhir Pengajian. TAPI........... terdetik di hati nak bercerita atau memulakan kisah perjalanan Seorang budak yang Lurus (maksudnye mudah untuk kawan-kawan kena kan dia) even macam tu, dia Bijak! Jangan pandang rendah pada mereka yang macam tu tau.
Okey, mesti Blogger semua ade seorang dua kawan yang lambat pick up bila korang kena kan dia. Tapi bukan maksud Bengap dan mudah di Buli tau. No No No No..... Buli tu tak bagus! Dalam reramai kawan, mesti ade yang selalu kena jadi bahan ketawa kan. Kadang-kadang best je kenakan dorang, tapi bila dia balas kenakan korang, MESTI korang tak akan lupa sampai mati!! hahaha. Bijak jugak orang macam tu kalau bab balas membalas nie.
Permulaan, hari ini Si Pentol tu bangun lambat. Padahal kan, dia ade tugasan Assignment nak submit petang ni. Kalau nak kejut dia bangun pagi, memang susah! Alarm tak jalan, Bom tak layan, Jerit kat Telinga maybe korang akan kena sepak balik dengan dia. ERKK!! Jam 12 Tengah Hari ade kuliah, so Si Pentul kelam kabut siapkan Assignment. dalam bersiap nak pergi kuliah, dia terlupa tengah hari tu kuliah ape. So, dia pun tanya kawan. Kawan dia bagitahu Kuliah Legal Banking.
Sampai kuliah, ade sorang member Si Pentol tanya, kenapa dia bawak slide Legal Banking sedangkan time tu kuliah Malaysian Economy. Damnn!! SI Pentol kena tipu lagi....... kesian
Gosip: Taubat tak nak buli Si Pentol, sebab dia BIJAK!

Monday 15 November 2010

. Masalah di Dapur saya .

4 days!! Nak reason lagi ke mane aien menghilang dengan blog tak terupdate? No need kot. aien tak nak biasakan diri dengan memberi Alasan alasan dan alasan! But 3hari nie aien tak berape sihat. Demam yang tetiba, sakit tekak dan selesema serta masalah perut yang ade selera makan bertambah. Erkk!! Okey, tak nak citer panjang. Cuma 1 je perkara yang aien nak buat. Nak menjerit mintak TOLONG kat blogger!!
Listen! haha sejak 3 dan 4 minggu yang berturut-turut, Rumah aien mengalami 1 masalah yang luar biasa! sampaikan Ummi aien dah naik pening *ting tong Kalau orang atasan pun dah naik pening, apatah lagi orang bawahan yang langsung tak ade pengalaman! Maka aien seru kepada semua Rakyat Blogger untuk membantu bersama-sama peningkan kepala bersama kami! Hahaha
Di sini aien nak menjalankan 1 server kat Semua blogger. Masalah dalaman yang kitorang seisi keluarga alami adalah Pemilihan Beras yang Berkualiti dan tidah mudah basi! Dapat tangkap tak masalah aien nie? Yea BETUL!! Kalau korang nak tahu, setiap kali masak nasi menggunakan Beras jenama XXX malangnya tak bertahan lama! If hari ini petang aien tanak nasi, esok pagi dah basi. Tak sampai sehari kan ia bertahan? Disebabkan masalah ni, Rumah aien akan bertukat Jenama Beras setiap 3minggu sekali!! Membazir...
So, untuk settle kan masalah yang tak bermasalah ni. Aien nak tahulah ape Jenama Beras korang pakai. Or ade cara-cara yang bagus masa nak basuh beras supaya tahan lama. Letak madu ke, letak gula sekampit ke, rendam dengan air bunga ke beras tu, atau hanya boleh masak nasi pada waktu malam barulah Mujarab? Erkk!! Tahyul!

Tuesday 9 November 2010

. Masih teguh berBLOG .

SEMINGGU!! hilang tanpa berita, aien tak sempat nak tinggalkan Notis Amaran kat blog. Hidup terkejar sane sini, banyak urusan aien kena settlekan sebelum mengadap Blog. Maka aien pun tak sempat nak update entry yang bermanfaat untuk blogger semua. Yea!! traffic blog menurun secara mendadak, Tapi Insyaallah akan diusahakan semual peningkatan.
Mungkin ramai blogger yang sibuk, dan kadang-kadang langsung tak sempat nak curik mase update blog. Maybe jugak korang akan terpikir nak berhenti berBLOG bila keadaan masa yang tak menentu untuk Blogwalking dan update cerita terbaru. Ade yang tinggalkan blog berbulan-bulan lamanya disebabkan kesibukan, dan masalah luaran yang lain. So, macam mane nak selesaikan masalah-masalah ni? ade sebarang idea? Mungkin korang suggest kan buat auto-post. Tapi aien sendiri pun tak sempat nak buat apatah lagi langsung tak berkesempatan nk Log In Blog sendiri.
Dengan cadangan dan perkongsian korang tentang masalah ni, maybe boleh bantu Blogger lain dalam terus berBLOG tanpa memikirkan daripada berHENTI menulis di Blog. Bantu cik aien jugak yang kekangan masa ni. Sebab cik aien sekarang dalam Semester Akhir Dip Perbankan Islam. Nak kena fighting habis2, Doakan yea :)
Gosip: Lepas ni Cik Aien jadi macam Biskut, Kejap ade kejap Hilang!

Tuesday 2 November 2010

. Campurtangan Keluarga, Perlu? .

Masalah keluarga Mertua dan Menantu, agak berat jugak isu nie kalau nak dipertengahkan. Tapi aien cuba berbincang secara baik dan tanya pendapat Blogger semua. Kebetulan tadi aien terbace 1 statement tentang 10 Soalan Yang Perlu Ditanya Sebelum Berkahwin. Antara yang menarik perhatian iaitu Pandangan Pasangan kite tentang Campur Tangan Keluarga dalam masalah Rumahtangga kite. Sekarang ni pun kite ade dengar tentang kisah artis kite yang mengalami masalah Rumahtangga akibat Campurtangan Keluarga Mertua. Yang itu aien tak nak komen la.
Aien tak la menghalang Parents untuk campur tangan dalam urusan Rumahtangga, cuma kadang-kala kite mampu nak selesaikan sendiri tanpa melibatkan keluarga. Tapi secara jujur, aien tak nak Keluarga sendiri atau Mertua masuk campurtangan dalam masalah ni sebabnye lagi mengeruhkan keadaan. Bukan maksudnye Keluarga kite tak penting, tapi sebolehnya hanya beri nasihat dan pendapat sudah cukup dalam membantu pasangan tersebut buat pilihan yang tepat untuk Rumahtangga mereka. Parents sepatutnya hanya membantu dari segi luaran masalah pasangan tersebut, Bukannye mencampuri dan bertegas membuat keputusan yang baik untuk pasangan tu. Pening pening pening...
Yang penting, Si suami kena bertegas dan bijak dalam memutuskan penyelesaian konflik rumahtangga mereka. Bukan hanya duduk diam dan mendengar keputusan orang serta membiarkan orang lain memberi kate putus dalam membentuk penyelesaian. Kadang-kala Si Suami akan tersepit antara Keluarga atau Isteri bersama Keluarga mertua. Tetapi haruslah bertegas dan berpendirian teguh jika Keluarga sendiri seolah-olah memecah-belahkan Hubungan antara 2 pihak. Harus diingat, isteri dan anak-anak adalah Tanggungjawab utama bagi Si Suami.
Kalau ade pandangan Blogger yang lebih arif tentang masalah ini, silakan berkongsi dengan kami semua di sini. Moga-moga ini persediaan kite dalam melayari Bahtera Perkahwinan akan datang, Insyaallah. Steady Blogger!
Gosip: saje nak ambil pengalaman alam perkahwinan hehe!

Sunday 31 October 2010

. Dibenci orang OR membenci orang ? .

Kite lebih rela dibenci atau membenci? Okey, kalau tanya aien kan, aien lebih rela dibenci orang daripada membenci orang. Bukan la maksudnye kalau ade orang membenci kite bermakna diri kite ni sebenarnye teruk di mata mereka. Manusia kadang-kala salah menilai diri orang lain, termasuk lah salah menilai diri sendiri. Setuju tak kalau aien katekan yang kite ni suke mencari salah orang lain sehinggakan wujudnye perasaan benci pada seseorang? Yea, kalau kite ni sibuk sangat menjaga tepi kain orang, mencari aib orang, mencari salah orang nanti lama-kelamaan kite mula membenci orang tu. Sebabnye penilaian kite pada orang tu dah negatif.
Dibenci orang lain, tarappapa untuk aien. Sebab tak semua orang dalam dunia ni sempurna. Kite tak akan pernah boleh memuaskan hati semua orang. So, kalau kite dibenci seseorang mungkin kerana kite tak dapat memuaskan hati die, maksudnye adelah perkara yang salah kite buat tanpa kite sedar. Dan bila kite dibenci jangan pula kite membalasnye dengan membenci dia pulak. Orang yang membenci kite tanpa sebab, kite doakan je supaya dia sedar kalau dia membenci kite nescaya ade orang lain jugak yang membenci dia.
Ape sebab kite nak membenci orang? So rela ke kalau kite membenci orang daripada diri kite dibenci orang. Woooo aien tak rela sebab tak ade alasan untuk aien membenci orang. Even orang buat tahi dengan kite pun, kite redha jelah. Balasan dia akan dapat CASH di Dunia nie. Kalau kite nak benci orang pun, ntah-ntah ramai lagi yang benci kat kite. Biarlah, hati orang ni susah sikit nak jangka. Kite dengan cara kite yang positif, supaya dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda. Steady Blogger!
Gosip: ade sesape yang benci cik ain tak? tarappapa

Thursday 28 October 2010

. Si Kecil Duta Twister .

Hari ini entry berbentuk santai dan relax. tak payah pening kepala nak drop comment bagi nasehat atau pendapat. sebab aien pun tak nak selalu Post Entry yang berat-berat untuk kite fikir dan bincang. Tadi aien lepaking Kampung, layan si kecil Balqis yang petah, bijak, pandai dan ceria! Agak-agak sesiapa yang tengah carik Duta sesuatu produk, boleh rujuk kat aien tau. Si Balqis nie tadi berlagak jadi Duta Minuman Twister! Nyummy, jum layan kerenah dier. Sila puji bakat si kecil ini yea. Steady Blogger!
Gosip: Lepas ni aien kayoo kalau ade orang nak jadikan Balqis Duta product haha!

Wednesday 27 October 2010

. Bukan susah & Bukan senang .

Bukan susah nak jadi susah dan Bukan senang nak jadi senang. Kite selalu ambil jalan nak jadi susah, Sebab tahu memang senang nak jadi susah. Tapi jarang-jarang kite ambil jalan nak jadi senang. Sebab tahu sebenarnye Susah nak jadi senang. Kepala semua dah Ting Tong ek, susah nak faham ape yang aien maksudkan ni. Look! Benda senang, memang susah nak faham kan. Itulah pepatah "Bukan senang nak jadi Senang".
Kawan-kawan, sahabat dan Blogger. Korang pernah fikirkan tak dalam hidup kite ni sebenarnye banyak perkara yang berharga perlu kite kejar. Selain nak kejar Kesenangan, kite kejar jugak Ilmu Dunia&Akhirat. Kejar matlamat dalam hidup, Kejar kejayaan Masa hadapan, Dan kejar Kebahagiaan Hidup. Tapi, senang atau susah untuk kite dapatkan semuanye ni?
Sesuatu perkara akan jadi senang untuk kite capai jika ade usaha dan keyakinan. Kite tolak pepatah "Bukan senang nak jadi senang". Siapa tak nak berjaya? Semua orang nak berjaya, kite akan senang capai matlamat kalau kite sendiri Push Diri kite untuk dapatkan. Jangan jadikan sesuatu perkara tu merumitkan. Kite selalu anggap benda yang mudah tu sebenarnye susah. Contoh kalau kite nak berjaya, kenapa kite fikirkan susah sebenarnye nak dapatkan kejayaan tu? Kalau fikir susah, maka susah lah jadinye. Ade Usaha, ade semangat, ade keyakinan, ade kekuatan, Insyaallah kite boleh berjaya. Bukan susah nak berjaya kan?
Lagi satu, tahukan kite sebenarnye Bukan susah pun nak jadi susah. Orang yang carik penyakit, carik pasal dalam hidup, memang senang sangat nak dapat susah. Fikirkan, kalau kite malas nak belajar, malas nak carik kerja, malas nak usaha, bukan susah pun kite nak dapat susah. Free-free je kite dapat susah dalam hidup kan. Orang yang ade duit, kalau berjudi hari-hari bukan ke senang dia akan dapat susah dalam hidup? Dapat duit terus judi, duit habis macam tu je. Nak pulak kalau tiap kali Judi, asyik kalah kan, Tak ke namanya "Bukan susah nak jadi susah".
Gosip: kalau hidup senang jangan lupa Bersyukur, jangan lupa diri

Tuesday 26 October 2010

. Auto Blogwalking, Berbaloi? .

Dunia Blogger kena jujur dan ikhlas, ryte? Kalau sebut pasal Blogwalking mesti ramai yang kadang-kadang tak tak ade mase nak buat BW. Sama lah macam aien, dan disebabkan ini Traffic Blog kite akan jatuh. Tapi tarakhal kalau Traffic Blog jatuh, sebab kite boleh perbaiki semula kan. Kalau sehari kite dapat buat 1 atau 2 entry, dah kire bagus. Kalau kite sibuk macam mane pun, dapat buat 1 entry pun kire berbaloi. So kalau ade mase kite boleh Blogwalking or Membalas kunjungan Blogger yang datang berkunjung.
Tapi yang tak bestnye, bila wujudnye Auto Blogwalking dalam blog kite. Okey, aien bukan nak membantah penggunaan Auto Blogwalking dalam dunia Blogger. Sebagai seorang Blogger, aien ade ulasan dan pandangan sendiri tentang penggunaan Auto Blogwalking ni. Bagi aien secara jujurnye memang tak adil kalau ianya digunakan. Bayangkan, kalau penuh je Shoutbox kite dengan jejak kasih dari Blogger lain, tapi kite punye traffic tak meningkat pun. Secara tak langsung, kite akan membalas kunjungan mereka yang menggunakan Auto Blogwalking, sedangkan mereka just tinggalkan jejak di Blog kite tanpa meninggalkan komen atau kesan pada Traffic Blog kite.
Bukanlah niat aien mengejar Traffic Blog, Tapi macam mane pulak kalau mereka menggunakan Auto Blogwalking pada Blogger yang mempunyai Traffic Blog yang tinggi setiap hari. Kite semua tahu, Blogger baru pasti akan berkunjung ke "Otai Blog" untuk memperkenalkan blog baru mereka dalam mase yang sama meningkatkan Traffic Blog. So, Blogger Baru mesti lah berkunjung jugak ke Blog lain yang meninggalkan jejak di Shoutbox si "Otai Blog". Dan mungkin salah satu Blog yang dikunjungi adalah Blogger yang meninggalkan jejak secara Auto Blogwalking. Maka, adil ke bagi Blogger baru, meninggalkan jejak tapi Blog mereka Tak dijejaki semula? Kesian..
Cara nak kesan samada wujudnya Auto Blogwalking dalam blog kite di shoutbox, kebiasaannya komen atau jejak yang ditinggalkan tiada Smiley di penghujung ayatnye. Sebab software ni tak ade Smiley atau simbol yang diwujudkan dalam komen mereka. Jaga-jaga cik siti hehe! Aien tak menghalang Auto Blogwalking yang diwujudkan, cuma mungkin ini pendapat dan sepatutnye aien luahkan. Sekian Terima Kasih.
Gosip: Marahlah, serang lah cik aien kalau kate2 sangat melampau :)

. Cheat Code Sim 3 .

Siapa peminat Game The Sim? boleh geng dengan aien! Dari The Sim pertama, sampai ke Latest Sim 3 aien layan. SimCity je aien tak layan lagi. Game ni tak payah citer lebih kan, aien pun pernah buat entry pasal Game The Sim 3. Dan aien ade janji nak share Cheat Code versi BM untuk The Sim 3. Mungkin ramai yang dah tahu, tapi ade je yang tak tahu kan. Tak pe, Sharing is Caring ryte?
sebenarnye memang la tak best kalau Main Tipu dalam game, guna cheat code. Tapi kadang2 kite jadi bosan dengan limited game yang ditetapkan. Guna cheat code ni pun boleh dapatkan kepuasan dalam permainan game tersbut.
Terutama Cheat Money, memang kite perlukan MONEY yang banyak dalam game The Sim ni. Pemulaan untuk cheat code Sim 3. Press " Ctlr + Shift + C " . Kalau tak berhasil korang boleh try yang ni " Ctlr + Shift + C + Windows ". Okey dapat? Lepas tu ..
  • Untuk code cheat Money 50 000 Simoleons TAIP motherlode
  • Untuk code cheat Money 1 000 Simeleoans TAIP kaching
Ade banyak lagi Cheat Code Sim 3, tapi tak berapa penting sangat untuk aien kongsikan. Kalau korang nak jugak, masuk sini KLIK SINI Selamat Mencuba!

Monday 25 October 2010

. Insan Tinggi Pilihan Aien .

Datang lagi, Mai dekat-dekat! Pejam celik dah seminggu Blog Wan Hazel KLIK SINI diNOBAT sebagai " Blog Pilihan ". So tiba masenya aien meletakkan Blog Wan Hazel ke dalam Ruangan Bar Menu diatas. Secara pantas aien Istiharkan seorang Blogger Gurlz yang memang Tip Top dan Femes sebagai " Blog Pilihan " minggu ini. awek ni memang tinggi beb!
Blog Insan Tinggi a.k.a Z@ck KLIK SINI memang setiap hari aien akan singgah, sebab awek ni rajin Update Blog. Boleh katekan sehari dalam 3 atau 4 entry jugak la dia bantai kasi Blogger bace. Ayat z@ck memang sempoi habis beb! Orang Kedah ni kalau loghat bahasa memang best kite dengar kan. Tapi dalam penulisan Blog dia pun bantai guna Loghat Kedah.
Dia sekarang kat NZ, Merantau ke negara orang carik Ilmu Pengetahuan. yang menarik nye, dia akan berkongsi coret-coret life dia kat sane. Kalau bace, memang takkan jemu. Ini Blog Awek yang Terbaik aien nobatkan. Cakap lebih tak guna. Korang sendiri pergi terjah Blog Insan Tinggi ni KLIK SINI.
Gosip: Awek ni dulu rendah sekarang dah Tinggi haha!

Sunday 24 October 2010

. Tips Merancang Aktiviti .

Setuju tak kalau aien istiharkan Bulan ni adalah Bulan Kesibukan Sedunia? hehe! Ade di antara korang yang tengah bersilat dengan Final Exam ryte? Dan ade jugak dah masuk alam percutian Semester ryte? Dan kategori aien plak Student yang baru Daftar Masuk Belajar Cik Ain dah tahun akhir yea hehe Yeahh!! sangat-sangat malas, Sekian Terima Kasih.
So, hari ini aien nak berkongsi Tips untuk menguruskan semua aktiviti-aktiviti Harian atau Bulanan kite. Ini penting tau, untuk mengelakkan korang daripada Terlupa, Terlajak, Terkedepan dan segalanya TER. Bayangkan dalam Sebulan mesti banyak aktiviti yang korang nak lakukan atau dah rancang. Dan kadang-kala sampai bertindih dengan aktiviti lain ryte?
Caranya mudah, lakukan seperti mane aien dah amalkan selama ni. Macam biasa, 1 buku nota diperlukan dalam hidup aien. Bukan je nak catatkan Perbelanjaan Bulanan, tapi aien buat jugak Buku Temu Janji Bulanan. haha! menarikkan bunyi nye.
Dalam 1 Bulan, aien bentuk 1 calender sendiri yang berwarna-warni pehh!! macam pelangi daa lepas tu aien akan catatkan ape saja aktiviti penting yang dah di Plan untuk Bulan tersebut. Yang bagusnye, kalau nak rancang aktiviti lain, aien akan rujuk dulu Calender buatan sendiri tu. Mane lah tahu bertindih dengan Hari nak Date ke, Nak exam ke, nak meronggeng dengan kengkawan ke hehehe! Tunggu ape lagi, Rancang aktiviti korang dengan sempurna dan dapatkan keseronokan tanpa berkejar-kejar dengan mase yang bertindih!
Gosip: Cik Ain ni Belajar nak sikit, seronok nak banyak. Kan3!

Friday 22 October 2010

. Ini Auta atau Fakta .

Tahukah Anda kesibukan sebenarnya membantu kite pantas dalam berfikir? Ngee!! skema skema skema! Korang tahu tak sebenarnye kan, kalau kite sibuk ianya membantu otak kite berfikir lebih pantas dan cepat. Iya tau, aien tak tipu! sebab aien rase sekarang nie. 2,3 hari sejak kebelakangan nie memang sibuk yang amat mengalahkan Urusan Paduka Baginda. Berkejar-kejar aien uruskan Hal Belajar, daftar masuk untuk semester akhir. Traffic otak aien sampai sesak, keluar masuk idea dan masalah yang timbul. huh!!
Tahu kenape aien cakap bila sibuk kite pantas berfikir? sebab nye kan, korang bayangkan ek. Bila banyak kerja, kite mesti nak selesaikan cepat untuk elakkan Stress dan tekanan jiwa. So, time tu lah nanti otak kite berfungsi untuk carik jalan macam mane nak settle kan cepat masalah tu. Tak dapat tangkap lagi??
Contohnye kan, korang banyak giler assignment nak siapkan. sampai picit2 kepala pening nak fikir itu ini. berkerut dahi seribu, hampir nak giler dibuatnye kan. Lastly, ape keputusan yang korang akan fikirkan? Ahaaa...! semestinya korang Off laptop, bangun dari kerusi and dating dengan katil+bantal!! Betul tak? pantas tak korang berfikir? hahahaha!!
Gosip: Cik Ain sedang mengalami tekanan jiwa 10% NOKTAH!

Wednesday 20 October 2010

. Glory Manchester United .

Glory Glory Glory .. 16 october lepas match antara Man.Utd vs West Brom. Tarakhal kalau kedudukan seri 2-2. Yang penting goal pertama dari Man Utd. Biasalah kan, Van Der Sar pun ade silapnye jugak. Pintu goal terbolos pulak. memang semua Fan Man Utd bengang mase tu. giler, Bola senang boleh bolos. Maybe tangan tak bedung time kecik2. Tapi jangan 101% salahkan Van Der Sar, lagipun dia kadang2 membanggakan kite ryte? Erkk kite maksudnye Fan Man Utd Goal kedua dari Nani cool dude! i Love u so much hahaha. Rooney pun dah tak berbisa macam dulu. Maybe jiwa kacau dengan kes scandal yang terkantoi dek Isteri dia. Dengar cerita Rooney and Isteri dia pergi Berbulan Madu kali ke-2. Biasalah, nak selamatkan Rumahtangga semula. ape2 pun tunggu Next Match Man Utd vs Bursa Spor untuk Piala Juara-juara Eropah. Jumpa nanti ye!
Gosip: Nasib baiklah pemain Bola Sepak Tempatan tak buat scandal2 macam dorang.

Tuesday 19 October 2010

. Link Exchange Cik Aien .

Ahaa.. ini bukan Blogger Pilihan tau. Okey memang dari dulu lagi nak buat Link Exchange dalam Blog Cik Aien. Tapi tak berkesempatan nak tepek. Tetiba baru semalam teringat, maka nye diwujudkan semula idea ni. Bagus jugak ade benda ni. Boleh menyenangkan kite Blogwalking kat blog lain. So, bagi blogger yang sudi nak bertukar link dengan aien, sila tepekkan Url Blog anda di situ. Tak de bayaran dikenakan, cuma mungkin membantu traffic blog anda. Alamak, Lapar! Erkk...Jumpa Lagi!
Gosip: Uwh yea, aien peminat Man Utd. Musuh ketat Chelsea ngee!!

. Tips Elak Kerja Bertangguh .

" Arghhh banyak giler assignment nie! "
" Rilex la gurl, banyak mase lagi "
" Pehh mulut tak de insurans! kau senang cakap "
" Ape nak Kalut. ade mase 2 bulan beb! "
" 2 bulan tu pejam celik je dah nak Submit tau "
" Alaa, macam tak biasa last minute "
" aku tak nak jadi macam dulu wei "
" Ehh apesal dengan dahulu-kala tu? "
" Aik, tak ingat kite kelam kabut buat last minute "
" sampai tak terurus segalanya kan. hehehe! "
" TAHU TAK PE! "
suke sangat buat kerja last minute kan!! hasil nye pun memuaskan ke? Jangan amalkan kerja bertangguh, nanti takut dah sampai masanye untuk Submit, kite sendiri yang kelam-kabut. Bukan rugi pun nak siapkan kerja awal dari mase yang ditetapkan. betul tak? Untung nya orang yang buat kerja pantas dan cermat, hasil kerja mesti memuaskan. Dan kite ade masa nak perbaiki hasil kerja kite kepada yang lebih baik. So, elakkan berlakunya kerja TERTANGGUH!! jangan menyesal di kemudian hari tau. Steady Blogger!
Untuk mengelakkan dari bertimbun Assignment yang diberi, korang catatkan Dateline untuk setiap assignment dalam Buku Nota. Korang boleh start menyiapkan Assignment yang akan dihantar lebih awal. Dalam tak sedar, korang dah pun pandai dalam pembahagian tugasan. Betul tak? Amalkan kerja yang pantas dan sempurna agar korang senang di kemudian hari. menarikkan? Tunggu ape lagi, cepat siapkan Assignment tu!!
Gosip: Aien pun dah serik buat kerja last minute. Tak tenteram woo!

Monday 18 October 2010

.Rumah kate Go, Kolej kate Come.

hari ni kena rajinkan tangan punggah barang2 nak bawak balik Kolej. Bermakne cuti semester aien dah nak x-pired date! Tahap kemalasan aien setakat ni 43.50% masih dilevel rendah. Ehh, tapi kemungkinan peratus akan meningkat yang mungkin dipengaruhi oleh Cuaca dan Ekonomi negara kite. bahayee nie. Banyak benda nak tunggang terbalikkan sekarang. bukan je Kotak Buku, Baju-baju kurung pun nak kena punggah. belum masuk barang2 mandi yang tergantung tu, ngee!! Rak buku ni masalah, tak carik lagi mane aien campak skru-skru tu. Alahai, ummi dah tanya, bila nak kemas barang masuk Kolej. Hurmm poning palo eden!
Tapi kalau fikirkan balik, semester baru nie Tahun terakhir aien! Wooo tak sabar nak bergelar Senior wahkaka! Agak-agak korang muka aien ni nampak matang tak? tak pasal-pasal nanti orang ingat Junior! ni yang malas ...
Gosip: Tak sabar nak habis belajar! best woooo ...

. Tak payah ikut Trend sangat .

Lady gaga? siapa dia tu? artis ke? Upss! sorry aien memang tak nak kenal. Orang kate dia ni mainkan isu Kepercayaan. Cara pemakaian dia pun pelik-pelik. dan yang paling penting dia tak sesuai untuk kite jadikan Idola. Artis nak dijadikan Idola? buta ape korang nie bukan korang la, orang lain mungkin agak kasar bahasa aien kan. Tapi kalau cakap lembut pun, ade orang nak dengar ke nasihat kite?
Baru-baru ni, aien dengar cerita ade artis Malaysia dah terpengaruh dengan cara pemakaian Lady Gaga. Alaaaa, setakat sekali 2 kali pakai pelik-pelik takpe. bukan takpe tapi malas amik kisah Tapi ni dah jadi kekerapan bila ade show je, dia mula dengan pakaian macam tu. seolah-olah dah jadi trend zaman sekarang! wooo, jangan sampai kite terikut gaya artis yang sorang nie. Moga dipelihara Iman dan Akhlak kite AMIN.
motif aien cerita bukan nak selitkan gosip artis dalam blog ni. Tapi sekadar peringatan untuk kite semua. Jangan terpengaruh dengan hal disekeliling kite. Ingat tu!! Ehhh Kejap, jangan lupa tinjau Blogger Pilihan minggu nie klik sini Wan hazel's Blog. Steady Bro!
Gosip: siapa artis tu? malas nak sebut nama. Layan....

Sunday 17 October 2010

. Wan Hazel Pilihan Aien .

peace!! macam biasa la, setiap hujung minggu aien akan Nobatkan salah seorang daripada follower aien untuk di Istiharkan sebagai "Blogger Pilihan" . kalau last week Jejaka hangat klik sini dah mengungguli Takhta selama seminggu, sekarang nie Penjaga Blog aien dah bersuara untuk Nobatkan blog Wan Hazel klik sini merampas kedudukan si Jejaka hangat yang panas tu. Yang menariknye di Blog Wan hazel header dia yang comel kiut miut tu PLUS penulisan dia yang sempoi giler! Loading nak masuk Blog wan pun tak payah nak tunggu lama2. Maybe wan hanya gunakan beberapa Widget yang bersesuaian and sebab itu lah Blog dia ringan. Nak cakap lebih tak guna, korang sendiri pergi terjah okey :) haaa! wan ade amik tempahan header jugak tau!
Gosip: Nak jadi blogger pilihan aien? kena lah pandai amik hati hehe!

Saturday 16 October 2010

. Tips Berbelanja Sebulan .

" Best jugakkan sekali sekala kite Shoping "
" Giler tak best, cuci mate beb "
" Hei, tengok Beg ni! Cantek deay, aku nak la "
" Sesuai la ni dengan kau, beli lah "
" Haruslah kena beli wehuuuu!! "
" bergaya sakan la kau nanti kan hehe .. "
" Alamak, Duit aku tak cukup la! "
" Eh, kau bawak ** Ratus tadikan. habis? "
" Yela, beli itu ini. Pokai la aku wei !! "
Haaa.. Belanja sakan sangat, sampai tak menyimpan duit tu. padan muka korang! aien ni pun bukan la berjimat sangat. Tapi tiap kali nak keluar dengan kawan2 tu mesti asingkan duit belanja dengan duit nak beli barang. Secara tak langsung aien dah bijak dalam pengurusan Wang saku. Nak tahu ape yang aien praktikkan? Tadaaa.. aien sediakan 1 buku Keluar Masuk duit untuk Setahun! dan setiap kali aien berbelanja, aien akan catatkan ape yang aien beli dan berapa harganye! dengan cara ni, kite dapat tahu tau berapa Ratus kite belanja untuk 1 bulan. Menarikkan untuk dikongsi? Aien buat pasti aien kongsi :)
yang ni contoh dari buku belanjawan aien hehehe!! tak payah zoom tau, Malu lah! tak kisahlah barang tu ape sekali pun, memang ain pulun tulis dalam buku nie. keluar masuk duit dari bank pun, aien catatkan dalam nie. Pendek kate, macam-macam adaaaa!

. I Love Money!! .

nahhh.. korang suke menabung? Okey soklan cepuEmas, korang ade tabung? tabung perut jela tue cehh! aien respect orang yang suke menabung nie! giler woo tak respect, ntah ape ilmu dorang pakai sampai tahan nafsu tengok tabung tu penuh!! kalau aien la kan, awal bulan je sibuk menabung, tengah bulan memang dengki je tengok tabung tu berat. Tambah2 pulak banyak duit kertas kan, pehh! lagi meronta-ronta nak mengorek tabung tue! Tangan ni memang Kuang ajaq. Rase nak bawak tangan ni pergi berubat, nak hilangkan gatal tangan mengorek tabung mane bomoh yang power? EHEM3!! Tapi... itu dulu ye saudara-saudari. tangan yang gatal nie dah sembuh! Sejak cuti semester selama Sebulan lebih nie, memang aien rajin naa menabung! Sehari aien sumbat 2 keping not RM1. Even tak kerja nie, duk goyang kaki laju2 je atas kerusi ala-ala Big Boss gitu Tapi macam aien katekan dulu, Even duduk rumah pun duit masyuukkk! So, fikir2 kan lah kebaikan menabung nie. Laungkan Slogan " I LOVE MONEY " hahaha!!
Gosip: Rase happy woo 1st tabungan dah masuk Bank. otak mula berangan nak beli macam2. ngee!

Friday 15 October 2010

. I'm Young, Now okey! .

tak perlu ceritakan lagi ape yang berlaku 14 oktober 2010 yang lalu. sekarang ni kite focus pada study dan perjalanan hidup yang akan datang. aien dah letih giler balas semua ucapan kawan2 kat MukaBuku. Yang best nye time Birthday, kite dapat hadiah, dapat doa yang baik2 dari kengkawan yang best doa Jodoh lah kan tak kurang jugak dapat kate2 ugutan yang luar biasa yang ni tak best! Habis la naik sem ni, kawan2 dah plan buat Cekodok bersama tepung dan telur. Tapi mungkin ke dorang berjaya? Hello, bukan senang nak prank cik ain nie tau Tapi harap2 korang jangan buat! Yang penting sekarang i Like angka 20! hahaha kat gambar kate I'm Old, Now... Tapi aien berkate I'm Young, Now ...

Thursday 14 October 2010

. Mereka Citarasa Yang Sama .

Kumbang : Assalamualaikum
Bunga : Waalaikumsalam
Kumbang : dah dapat bungkusan hadiah tu?
Bunga : Thanks, i Like Purple!!
Kumbang : Yela nak samakan dengan baju saya.
Bunga : Tapi, Next time pilih saiz betul2 tau.
Kumbang : Kenapa Fit sangat ke?
Bunga : Agakla Tapi boleh je pakai.
Kumbang : saya dah agak. Mak tu je cakap boleh.
Bunga : Samalah macam Ummi hari tu hehe!
Kumbang : Ummi pilihkan baju saya dulu Fit.
Bunga : dan sekarang mak pilih baju saya Fit.

. Happy Birthday To Me .

Wish birthday pada diri sendiri ^_^ Umur dah meningkat, dari angka Belasan tahun kepada Puluhan tahun. Sikap pun kena ubah, jadi lebih matang, kena banyak berfikir hal2 yang akan datang dan yang paling penting dah kena bijak tentukan keputusan yang betul. kalau dulu orang duk mengata aien cam kanak-kanak, tak dewase lagi, itu dan ini. sekarang masing2 sila Zip mulut rapat2. Aien, kau dan kengkorang dah setaraf, sebaya makanye tak de lagi perbezaan! ngee, lepas ni siapa berani buli aien, aien buli dia sampai 7 keturunan haha!! ade berani nak try?

Wednesday 13 October 2010

. Eee tak surprise langsung! .

Kumbang : esok awak ade rumah tak?
Bunga : Setiap hari dalam rumah.
Kumbang : Ade pergi mane2 tak?
Bunga : Duduk rumah je tak keluar.
Kumbang : Saya nak jumpa lepas kerja boleh?
Bunga : Huh? kenape?
Kumbang : Nak bagi hadiah, khamis kan bufday awak.
Bunga : Eee, awak ni tak surprise langsung!
Kumbang : Lor.. nape pulak?
Bunga : ade lak bagitahu, memang tak romantik.

Tuesday 12 October 2010

. Hikayat 3 Ninja's Bab3 .

Penghabisan untuk Hikayat 3 Ninja's. Yang terakhir pengikut tetap yang selalu kena buli dengan Sifu Ninja's. Allif Imran Ibrahim, umur meningkat 7 tahun sekarang. Minggu ni dia dah mula buat perangai yang pelik2. Antaranye dia saje2 patahkan kakitangan patung Ultraman, pecahkan B-daman si Sifu, dan yang paling ummi marah dia rosakkan banyak alat permainan sejak kebelakangan ni. Kalau kena tegur, dia boleh senyum! memang sengaja mintak Ayunan rotan yang laju macam keretapi. Tapi abah selalu menangkan dia, kononnye dia anak bongsu la!! haaa, 1 lagi perangai tetap dia setiap minggu. Kadang2 petang dia okey je nak pergi Tuisyen, tapi kalau datang sikap mengada-ngada dia, boleh menangis pulak tak nak attend Tuisyen. Sampai pujuk memujuk dengan keropok la, Gula2 la, itu ini. Grr!! dasar anak bongsu!

. Hikayat 3 Ninja's Bab2 .

Cerita Sifu ninja's dah selesai. Kalau ade sifu, mesti ade anak buah jadi pengikut kan. Dan kalau sifu pun banyak ragam, semestinya pengikut dia akan turut serta. Haruslah! Allif Aieman Ibrahim umur meningkat 8 Tahun. Minggu ni tak banyak ragam Alhamdulillah. Cuma tak pernah sesaat duduk kat rumah. Balik sekolah agama dalam pukul 10.30 pagi terus lesap hilang main dengan member. Okey, tadahal kalau macam tu. Tapi kalau main pun sampai tak ingat dunia, jadi masalah kat situ. Sekarang terlantar demam, dah tak pergi sekolah. Yang bestnye, time dia mengigau memang kelakar. macam la ade orang nak kejar dia, tetiba gaya macam nak berlari haha!! tu lah terlebih active mase sihat, sekarang tengah sakit pun active ngigau!

. Hikayat 3 Ninja's Bab1 .

Lame tak story pasal Hikayat 3 ninja's aien kan. Ngee! minggu ni masing2 buat perangai yang pelik2. Yang luar biasa pun ade. Sampai mencabar naluri keWANITAan aien haha! Upss, ade yang tak tahu ke sape 3ninja's? Okey, 3 Ninja's tu adik-adik Boy aien yang diLabelkan sebagai Lasak, Hyperactive, Giler2, Masuk air macam kakak dia nie, dan kadang2 suka mintak Tamparan Wanita secara percuma dari aien upss!! aien tak terlibat dalam kes dera sentuh2 sayang as pengajaran je, tak la kuat mane pukulan manje aien haha! kite mulakan dengan Sifu 3 ninja's merangkap Ketua Geng Ninja dalam keluarga.
Suke2 pulak Peace kat sini. Allif Hadi Ibrahim, umur dah meningkat 10Tahun. Garang mengalahkan ummi kat rumah. kerja tetap nak mengamuk setiap mase dengan ahli-ahli Ninja dibawah pengaruh dia. Minggu ni tetiba buat perangai pelik sampai menaikkan darah tinggi nenek, jiran kami sebelah rumah Sumpah aien tipu! Tiap pagi nak pergi sekolah, boleh menangis pulak. Alasan tak nak pergi sekolah, nak ponteng sehari!! ngee, dia fikir parents kitowang ni Guru Besar Sekolah ke sesedap nak bagi Cuti Am kat dia. Tadi pun buat permintaan pelik tak nak pergi sekolah kebangsaan. Okey, kemarahan ummi sudah kemuncak! Kesimpulannye, ummi direct terus call Pengurus Sekolah Tahfiz untuk masukkan dia tyme Cuti Sekolah Hujung tahun nie. Yes, Padan Muka!!

. Penulis Blog Meningkat lagi .

bukan susah nak jadi penulis blog. betul tak? cuma kalau dah jadi Blogger, korang kena pandai dalam bidang penulisan pula. tak semestinya BM A1 dalam SPM, blog korang akan melonjak naik. yang penting ade Idea, ade Identiti Blog yang tersendiri, dan ada Gaya dalam penulisan. aien jadi Blogger atas minat dalam penulisan. Tapi, korang tak boleh pertikaikan setiap penulisan yang dihasilkan daripada blogger2. sebab itu hak dorang, samada korang suke atau tak suke, kitowang yang Blogger ni tak paksa pun korang bace. Aien pulak, kalau nak update entry baru, memang main taip je ape yang ade dalam kepala. kadang2 tu semak jugak sampai lupa ape nak tulis. Aien tahu, ramai yang dikalangan korang ni minat dalam Blog TAPI teragak-agak nak create Blog sendiri. ade teman-teman aien mintak ajar buat Blog, Secara jujur aien akan ajar setakat yang aien mampu. sebab aien pun masih belajar dari Sifu-sifu blogger di Side Bar Kiri aien. Eh, ade baby baru la. Jum supportFARQIL FARHAN

. Jejaka Hangat pilih aien .

nak carik jodoh? nak pilihan jejaka yang tepat? anda sunyi? On Cinta ke 32999. haha!! sebijik macam iklan kat Tv. ngee!! entry ni bukan nak perkenalkan jodoh kat korang yea. tak tahu nak mula dari mane. Tapi, rase berterima kasih sesangat kat klik BLOG JEJaKA TERHANGAT sebab pilih blog aien as Blog Review di Blog beliau. korang nak tahu ape pasal Jejaka Hangat ni? tak payah tanye, meh aien jawab! Blog dia bukan nye semua pasal Jejaka tau, aien suke penulisan blog dia yang santai TAPI kadang2 entry post dia Gempak semacam buat kite pun nak tahu sangat ape lah yang dia nak Gosipkan! Name pun Blog Jejaka Hangat, agak2 korang dia Hencem x? haha! Ade gaya macam try nk flirt dia ke ^__^ Meh sini bace klik GOSIP TENTANG AIEN yang dia duk canang-canang kat orang!