Tuesday 26 October 2010

. Auto Blogwalking, Berbaloi? .

Dunia Blogger kena jujur dan ikhlas, ryte? Kalau sebut pasal Blogwalking mesti ramai yang kadang-kadang tak tak ade mase nak buat BW. Sama lah macam aien, dan disebabkan ini Traffic Blog kite akan jatuh. Tapi tarakhal kalau Traffic Blog jatuh, sebab kite boleh perbaiki semula kan. Kalau sehari kite dapat buat 1 atau 2 entry, dah kire bagus. Kalau kite sibuk macam mane pun, dapat buat 1 entry pun kire berbaloi. So kalau ade mase kite boleh Blogwalking or Membalas kunjungan Blogger yang datang berkunjung.
Tapi yang tak bestnye, bila wujudnye Auto Blogwalking dalam blog kite. Okey, aien bukan nak membantah penggunaan Auto Blogwalking dalam dunia Blogger. Sebagai seorang Blogger, aien ade ulasan dan pandangan sendiri tentang penggunaan Auto Blogwalking ni. Bagi aien secara jujurnye memang tak adil kalau ianya digunakan. Bayangkan, kalau penuh je Shoutbox kite dengan jejak kasih dari Blogger lain, tapi kite punye traffic tak meningkat pun. Secara tak langsung, kite akan membalas kunjungan mereka yang menggunakan Auto Blogwalking, sedangkan mereka just tinggalkan jejak di Blog kite tanpa meninggalkan komen atau kesan pada Traffic Blog kite.
Bukanlah niat aien mengejar Traffic Blog, Tapi macam mane pulak kalau mereka menggunakan Auto Blogwalking pada Blogger yang mempunyai Traffic Blog yang tinggi setiap hari. Kite semua tahu, Blogger baru pasti akan berkunjung ke "Otai Blog" untuk memperkenalkan blog baru mereka dalam mase yang sama meningkatkan Traffic Blog. So, Blogger Baru mesti lah berkunjung jugak ke Blog lain yang meninggalkan jejak di Shoutbox si "Otai Blog". Dan mungkin salah satu Blog yang dikunjungi adalah Blogger yang meninggalkan jejak secara Auto Blogwalking. Maka, adil ke bagi Blogger baru, meninggalkan jejak tapi Blog mereka Tak dijejaki semula? Kesian..
Cara nak kesan samada wujudnya Auto Blogwalking dalam blog kite di shoutbox, kebiasaannya komen atau jejak yang ditinggalkan tiada Smiley di penghujung ayatnye. Sebab software ni tak ade Smiley atau simbol yang diwujudkan dalam komen mereka. Jaga-jaga cik siti hehe! Aien tak menghalang Auto Blogwalking yang diwujudkan, cuma mungkin ini pendapat dan sepatutnye aien luahkan. Sekian Terima Kasih.
Gosip: Marahlah, serang lah cik aien kalau kate2 sangat melampau :)

18 comments:

black_mel said...

setuju....auto blogwalking selalunya menguntung sebelah pihak dan tak adil...better jgn blogwalking guna shoutbox..

LadyBird said...

lady sebenarnye x tahu sgt sal autibw ni..
tp ritu yg lady bc dan faham..
die bukak seten2 blog dlm satu masa.. maksudnye page itu dibukak.. so maksudnye traffic akn meningkat kan?

entahla ain.. x faham sgt, lady lebih suke bw scrmanual, leh bc2 sambil komen2 entry org..

Tieah Madian said...

Betul tu..
Sbb tu x singgah pun blog yg guna nick name "sembang" tu..
Penah msok skali je blog dia then nmpk hari2 ade msg dia kat shoutbox..
Nmpk sgt autoblogwalking..
Tu yg mls nak g blog dia lg..

Cik Aien said...

Black mel - betul tu, mcm ne la software tu boleh wujudkan. mcm xbest plak bila keadaan mcm nie. kite ni manual BW pun kdg2 kejar mase.

Lady - tulah, ain ade bace jugk Auto BW ni boleh up kan traffic. tp sekadar up kan traffic, langsng x tggalkan komen kat entry?
aien pun suke manual BW je. Mudah dan best!

d Tieah - aien ade pasan dalam 4,5 blogger yg buat mcm tu dlm blog aien. so aien xsinggah balik pun kat blog dier. harapan laa!

Amni said...

betul! kalau autobw tu nampak sangat... dah kena beberapa kali.. yang kelakar nya, setiap kali pon dia cakap 1st time mai blog kite.. dah tu, pegi blog lain kan jumpa orang yang sama dengan komen yang sama kat blog kite.. pergh! nampak sangat auto tu!

Cik Aien said...

Amni - ayat yg same je dia tgglkn komen kan kt shoutbox. alahai, kelakar betul. komen entry xjugak huhu!

nur.sa said...

singgah di blog, membaca entry dan seterusnya memberi komen, lebih dihargai bw nya compared to blogger yg hanya singgah dan datangnya cuma diketahui dengan sebaris ayat di shoutbox. :)

Jejaka Terhangat said...

hehe..mcm nur.sa kata..rajin sgt autoblogwalking..drop komen kat blog org lain tak jugak..
besenya cara camni trafik dia tak mantop...komen kat blog org lain pon perlu utk kuatkan ikatan sesama blogger..tak gitu? hehe..

Cik Aien said...

nur.sa - sangt2 dihargai. cuma kdg2 blogger kite suka jd silent reader tnpa meninggalkan Komen kat entry tersebut. aien kdg2 mcm tu jugk :)

jejaka - kalau nk traffic meningkat, blog dikenali, dan nak pengujung tetap, Blogger kena rajin drop comment kat entry, betul x?

[z@ck] said...

ada eyh auto blogwalking? tak tau la plak =P

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

ade jugak term auto blogging ni. tak tau plak.
tak berapa gemar shoutbox ni, melainkan member2 lama nak bertanya khabar. marilah tinggalkan komen kat entri, komen yang berkenaan la. hehe

Cik Aien said...

z@ck- tu 1 software yg fofular jugk la dalam dunia blogger wat mase ni. haha, hang xpyh guna pun xpe. kire sempoi!!

danial- ptutla xde shoutbox kt blog dier :)

SyazwanJaudin said...

blogwalking ni baru jer bermula dalam beberapa tahun ni... Dulu masa saya baru memula berkecimpung dalam blog... tidak pernah ada istilah blogwalking...

Yang ada keyword, tag, SEO... dan lain2

saya setuju, auto BW tidak adil kerana traffic kita turun, ini mnyebabkan pengiklan tak mahu letak kempen mereka dalam blog kita..

Kesimpulan, efek kat kita, bukan diorang...

Cik Aien said...

Leader - cik ain pernh masuk blog yg memang besar-besarn berkempen tntg software ni. xsilap cik ain, dia pun ade cipta sndri software ni, tp under dier la.. nak x nk, kite ni just boleh bersuara. tp org yg mnciptanye lagi bnyk hujah... :)

kite teruskan blogwalking scara manual :)

Amir Syahir said...

keh2,

Seri Bahasa said...

bagus..bagus...ramai dah buat entri pasal auto bw ni..kita harus sama2 berkempen "katakan tak nak kepada auto blogwalking"

apis said...

jangan gune autobw.. wat abes bandwith blog sendiri dan org je... bw secara jujur mcm saya. walaupon saya kerap spam tu pon malas nk taip copy msg je. sy akan buat cara manual.

jeBateja said...

Uikkk...den tak taw pun ada ABW...best kalau pandai manafaatkan erk...