Thursday, 26 January 2012

Beza kehidupan Kaya vs Miskin??


APA NAK dimalukan dengan kemiskinan harta benda... Apa nak dibanggakan walau kaya berjuta harta.. Penting ke kalau status hidup ni dibezakan dengan "Ehh budak MISKIN" atau "Errmm budak KAYA"... Kaya atau miskin semua sama, korang hidup jugak di muka bumi yang sama kan?? Atau orang kaya tinggal di luar bumi??.. Tak pernah lagi dengar berita yang "Waauuu" seperti itu.. Jangan letak perbezaan dalam hidup kita.. Beruntung laa korang ada title "Orang Miskin" dan "Orang Kaya"... 


Korang fikir senang ke jadi orang kaya?? Ke hulur ke hilir usung hutang tau.. Ehh ofcourse duit banyak boleh settle hutang.. Tapi malu laa.. Isshh malu tau, beli barang pun nak berhutang.. Memang macho, depan kaunter terus keluar cedit card.. Lagi macho kalau hujung bulan, keluar gaji bayar hutang.. Memang bangga tinggal rumah besar, ada orang gaji, ada driver.. Tapi lagi bangga kalau diisikan dengan amalan yang baik, suruhan Allah dipatuhi, dan tidak bermegah dengan kemewahan.. Eeehh, tak tuding jari pada SEMUA orang kaya @ mampu, cuma ada dikalangan mereka yang ALPA.. Ingat, kita ni menumpang di bumi Allah.. Pangkat, darjat, dan kekayaan hanya sementara dan pinjaman.. So, sematkan lagu ni dalam pendengaran korang.. Nasihat agar Eden pun tak ALPA kalau dah kaya nanti.. Kalau jee! Tapi tak mintak jadi kaya, biarlah sekadar yang mampu dan sederhana.. Asal bahagia hidup, senang di akhirat.. Insyaallah..

2 comments:

[z@ck] said...

kot ye pun kaya tak perlu kot letakkan label "Aku kaya". senyap2 sudah =)

fathiahRAIHANA said...

org kaya pun kalo hati tak tenang tak guna jgk :)