Wednesday, 15 February 2012

Seiring Sejalan VS Seiri Hati


OPOCOT!! Dunia ohh dunia, susahnya kalau ade orang IRI HATI dalam setiap perkara yang kita buat... Rimas tak korang?.. Bukan takat rimas, Mak Jemah pun menyampah tau.. Siapa Mak Jemah? Tanya Johan laa.. Penyakit ni memang dah lama ada dalam dunia, cuma eden korang kau awak dia dan mereka yang buta tak nampak.. Rabun?? Tak, BUTA!.. *Ehh telur ayam pun ade perasaan IRI HATI??*


Tasha Manshahar gadis youtube.. Apa masalah eden dengan dia?.. Masalahnya dia Fans Manchester United, Tapi tak bagitahu eden pun!!.. Dan masalah korang dengan dia?.. Dia ada bakat, suara sedap, cantik pun cantik.. Ramai puji mereka tak kurang menyanjung suara mereka.. *Angguk* Tapi bila ade perasaan IRI HATI dalam diri korang, pasal jersey Man Utd yang dia pakai tu pun jadi ISU! you know??.. Betul tak?? Ada yang comment "Pakai tudung tapi baju lambang setan, TERBAIK!"... Huh?? Ini orang pun ade kee? Kalau dia pakai jersey Arsenal, mesti Fans Man Utd pulak mengutuk. SO, acamano tu?! Semua sebab IRI HATI dia ade bakat, tu je.. Eden no komen bab aurat dia, sendiri dah besar, sendiri mahu fikir.  Aurat tetap aurat :)


Najwa Latif artis youtube.. Macam goreng pisang panas, populariti dia melonjak ke atas.. Alhamdulillah rezeki dia.. Biasa, bila dah berjaya, dikenali, ada bakat CONFIRM ade je kutukan, pujian dan macam-macam lagi dari orang yang IRI HATI atas kejayaan dia.. LOR! "Suara mendatar.. Lirik lagu macam budak-budak.. Tone tak mencabar.." Dah tentu lirik macam budak-budak, dia budak lagi kot... Ehh eden backup dia?? Alaa dari korang sibuk nak mengata suara dia, baik korang buat kerja lain.. Tak suka lagu dia tak payah dengar.. Suara dia pun nak jadikan ISU.. Asalkan dia famous, orang support dia.. Korang??

MAKA jomlah kita seiring sejalan membina perpaduan serta bersatu daripada kita seiri hati dan bergaduh sesama manusia, dengki mendengki sesama telur ayam.. ERKKK!!!

P/S: Eden minat Man Utd tidak lah sampai terpengaruh.. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, nak dengar lagu boleh asal jangan sampai terpengaruh. PEACE!

P/S: Bak kata Sham Kamikaze, daripada sibuk kite berbalah pendapat,  Baik kita bersatu menentang Syiah yang terang2 sesat lagi menyesatkan.. PEACE!


1 comment:

fathiahRAIHANA said...

suka tasha manshahar! :D:D
suka tone suara dia, hihihi.
syed syamim tu pkai slua pndek, mmbuatkan kita tak boleh tgok video tu slalu --"