Saturday, 21 January 2012

Perancangan Allah, Dia lebih mengetahui..

MERUNGUT MERENGEK MENGOMEL benda yang senang, dan akhirnya menjadi susah.. Apakah?? Betul kata ustaz Azhar Idrus, siapa lagi yang membuatkan kahwin itu jadi susah kalau bukan KITA anda KORANG awak MEREKA dan kalian.. Sepatutnya benda baik memang mudah, tak susah pun.. Tapi mungkin disebabkan kesempurnaan, keselesaan, nak nampak cantik, kelihatan perfect, mintak orang cakap WOW, suruh mereka puji, nak rasa bangga, harap orang terharu, dan lagak gaya terkenal.. Maka merisik, tunang dan kahwin menjadi susah dikalangan kita sekarang.. 




Bila kita jadikan wang sebagai beban, maka BEBAN laa ianya.. Sebab kita tak percaya pada rezeki Allah.. Cuba kita letakkan kepercayaan pada setiap benda baik yang berlaku akan dibantu dipermudahkan Allah, maka Insyaallah benda baik tu akan berjalan lancar dan kita sendiri takkan sangka semudah itu.. Setiap apa yang berlaku itu adalah perancangan Allah, maka Allah lebih mengetahuinya.. Dan kita? Yakin yakin yakin dan yakin.. INSYAALLAH..




Sebagaimana majlis pertunangan Eden yang lalu, ianya berlalu dengan .......... Tak dapat dibayangkann, cuma mampu berkata "Thanks to Allah".. Segalanya dipermudahkan.. Tak dirancang untuk mengikat hubungan tersebut, tapi Allah Maha Besar.. Persiapan hanya 3MINGGU, niat hanya untuk merisik tetapi bertukar menjadi Majlis Pertunangan dengan keputusan yang diambil secara ringkas.. Disitu Eden nampak sebenarnya perkara yang baik itu betul lah akan menjadi mudah dan dipermudahkan.. Seminggu diambil untuk rancangan merisik dan selepas itu 2 minggu diambil persiapan untuk Pertunangan.. Syukur..

p/s: Majlis akan berlangsung hujung tahun 2012, moga dipermudahkan urusannya.. AMIN

5 comments:

cik bunga said...

bagus kalau semua org berfikiran cam ain..... :) kalau semua ikut ape yang Islam da gariskan.....perkahwinan tu menjadi perkara yang mudah utk d lakukan...ianya menjadi susah bile manusia terlalu nampak wang ringgit...sedangkan tu bukan ukuran kebahagiaan :)

fathiahRAIHANA said...

wah tahniah ye :)
hjung 2012 nt jemput laaa kami kami ni hehehe.


Ya, setuju ngn akak. Have faith in Allah's plan. Dia lg tahu ^^

Cik Aien said...

@cik bunga
Akui wang ringgit penting, cuma jgn jadikan ia beban.. nanti urusan kita jd susah.. Kebahagiaan tk trletak pda wang ringgit, tapi AMALAN dan kefahaman agama..

@fathiahRAIHANA
^__^ hikhik!

[z@ck] said...

kawin jgn lupa jmput noh

LadyBird said...

Alhamdulillah, Allah mudahkan.. hanya kite je yg memayahkan :D..