Thursday, 19 January 2012

Ubat Stress Ranking Bawah. Kan?

BUSY sejak kebelakangan ni. See, 1st entry untuk tahun 2012!! Pity [-_-]!... "Sejak bercadang nak kahwin ni, agak jarang kelihatan.. Mane menghilang?" Ini soalan 'ABC' bukan nama sebenar.. Eden pun tak sedar sejak bila ada ilmu ghaib.. Menghilang tu idak la, selalu je muncul kat 'tweettanah'.. Kau takde twitter memang la tak nampak Eden.. Mane menghilang, tak ghaib, tak main sembunyi-sembunyi, cak-cak pun jarang dah.. CUMA terlalu focus kerja sampai terlupa yang ada blog untuk di update.. Ohh ni blog Eden? OIC.. Hai :-)



Ada orang cakap kalau kerja kuat nanti STRESS macam Gary Runing Man.. Ye ker?? So macam mane nak jampi nak ubati STRESS yang dialami macam Gary Running Man? Nak tahuuuu....!! Ubat STRESS adalah nyanyi kuat-kuat sampai jiran datang ketuk kepala.. *okay tak diterima* Ubat STRESS yang popular adalah makan banyak-banyak sampai badan naik then mengesot.. *Isu sensitif kalau bab saiz badan* REJECT!.. Ubat STRESS diranking paling atas adalah keluar cuci mata jumpa awek/pakwe cakap "Hai, saya stress. Anda stress, jom taip On Stress dan hantarkan ke 32999".. *Itu gila* Ubat STRESS diranking bawah yang jarang ORANG buat dan tak pernah MEREKA fikirkan dan tak pernah terlintas di kepala DIA dan jarang dicuba oleh KORANG dan kerap dilupakan AWAK dan susah nak diamalkan oleh KITA adalah..................






Yea.. AL-QURAN... Selalu kite stress, apa kite buat?? Dengar lagu rock, jiwang, balada, etnik kreatif, hip hop, and blaa blaa blaa blaa.... Tapi pernah kite cuba ubat stress di atas? Bukan cuba lah, tapi amalkan.. Bukan amalkan laa, tapi tak pernah terlintas nak cuba dan amalkan.. Bukan tak pernah tapi JARANG terlintas.. Ahhh whatever! Kite semakin jauh..... Nasihat untuk diri sendiri jugak.... [-_-]!

Tuesday, 20 December 2011

Orang sangka aku Bidadari??


Rindu nak berkarang ayat kat sini... Hilang skill nak mengarut -_-!... Tapi yang peliknya kan harini tetiba niat nak update belog.. Nawaitu macam ehh ada laah!.. Ehh tak sangkaa!.. Hehehe!!... Ohh mungkin disebabkan mamat tadi buat lawak depan eden kot.. Hampagas, ekau punye pasal lah eden menaip!.. Cuma satu je, tak dapat detect kau budak sekolah atau remaja macam eden.. Sebab muka tak nampak matang kot.. Takpe, kejap lagi eden usha balik kau.. Haha! Upssssss


Kisah mamat ni, eden tak tahu interesting atau tak nak cerita.. Tapi dalam hati eden terdetik nak cakap 'Engkau ni macam jumpa bidadari depan mata pulak...'


Eden bawak bekal serawa doryan harini.. Alaaa DURIAN!.. Slank ayat sikit pun nak buat muka pelik -_-!.. Cuma roti je eden lupa nak tapau dari rumah... Melampau sangat kalau eden tapau kott.. Hilang akal nak dapatkan roti dari mana.. Tapi akhirnya melangkah jugak pergi kedai hujung bangunan office.. Nasib baik rajin giler harini.. Kalau tak, memang cicah biskut dengan doryan la jawabnyee...


Sampai kedai memang eden focus ROTI ROTI ROTI!.. Capai sekali dengan air tin 'K' bukan nama sebenar.. Pergi kaunter hulur note RM10.. Muka eden cool gile.. Rilex je cover baik punyee.. Sebab depan mata ada mamat hensem tu dengan rambut kerinting, cuma pendek.. Comel laa.. Boleh laa.. *Bak kata Eja Gay, kerinting itu SEXY* Tunggu je dia pulang baki.. Lama eden perhatikan tangan dia kira not RM10..  Itu baki untuk eden kee??.. Dalam kepala dah pelik, sejak bila duit seringgit kertas tukar colour warna merah?? Siap tambah angka '0' kat belakang!! Ekonomi Malaysia dah maju kee?? Hebatt, belum PRU13 dah berubah mata wang kita!! *PANGGG!!* Tersedar dari angan-angan!


Elok mamat tu hulur baki duit RM45.10... Huh??????... "Saya bagi RM10, bukan RM50"... Masa ni lah eden terdetik dalam hati 'Engkau ni macam jumpa bidadari depan mata pulak...' Korang tahu bidadari yang dimaksudkan?? Ahhh tak yah mention nama.. Eden malu ar puji depan-depan.. 

KAN BEZA TU RM10 DENGAN RM50??

Sumpah, lepas ni eden nak selalu pergi kedai tuu :)) Jom follow!

Thursday, 8 December 2011

Man Utd Kecewakan kekasih mereka.

Pity MENYUUU -_-! Sebagai penyokong Fantastik Bombastik yang setia-pia serta semangat juang tinggi seperti bukit belakang rumah, eden sikit pun tak kecewa MAHUPUN menangis teresak-esak mengalahkan bayi yang lapar susu ibu nya atas kekalahan ke atas BASEL. Huh!... Tetapi jujur, HATI KUH TEROBEK! Inikah balasan mu padaku?? Sanggup engkau semua mencantas, merobek, menyiat-nyiat, dan membakar hati kami dengan kemenangan yang berpihak pada BASEL ituu?? Sudah ku bilang, ambil je pemain import dari Harimau Muda.. Ada Nazmi yang comel itu!.. Tapi sayang, Uncle Alex degil.. Nak tunda laa, tunggu Nazmi matang sikit lah, itu ini.. Aaaahhhhhh!! Persetankan ituu.. Huh..! Whatever lah.. Eden still KIPAS MATI MENYU.. Hidup Man United :D *sekejap je tukar emosi*

Monday, 28 November 2011

AAaauummmm vs HHmmmmmm

AAaauummmmHmmmm.. "Babe, takde rezeki kite nak menang malam tadi.. Dah ditakdirkan sebegitu, ada la hikmah disebaliknya" ... Naaahh, meme semua akan cakap gaya gitu.. Dalam hati siapa tahu kan??... Eden bukan nak sambung kecewa pasal keputusan Harimau Malaya kita malam tadi.. Yelah, dalam Facebook ade yang maki hamun sebab marah.. Dalam Twitter semua hupdate rase kecewa.. AND dalam belog pulak ade yang pertikaikan mereka-mereka yang mengutuk Harimau Malaya.. Semua ade perasaan kan??.. Tak semestinya yang marah-marah sebab kalah, takde semangat patriotik.. Tak semestinya jugak yang bekap-bekap Harimau Malaya, takde perasaan dan tak kecewa.. Masing-masing ada cara nak meluahkan rase kekecewaan.. So bagi eden, TAK PATUT lah hanya kerana bola kite menghukum dan menilai Rakyat Malaysia ni ade semangat patriotik atau tidak... Semua orang ade semangat yang tinggi.. Sampai sanggup turun stadium ramai-ramai, hilang suara jerit sorakan, and macam-macam lagi.. Cuma bezanya cara kite meluahkan rasa kecewa itu berlainan.. TAPI toksah la sampai nak mencarut bagai.. Itu sudah lebih baayy.!! So babe, PEACE yoowww!