Wednesday 28 March 2012

Renung,Fikirkan dan Bertindak


KEJAM! Satu perkataan yang mampu dikeluarkan.. Hanya SATU perkataan iaitu KEJAM! Bila dengar kes penculikan, dan diakhiri dengan kematian/pembunuhan dengan cara yang kejam, apa kite semua mampu buat? Hanya mampu maki hamun, bersedih, lahirkan rase marah, salahkan semua pihak, dan sebagainya.. 

Berita sana-sini melaporkan perkembangan kes, kita dengar dan mula rase marah! Blogger juga tak ketinggalan update entry tentang kes ini, inform pada rakan-rakan lain, dan si pembaca mula rase marah! Marah atas perkara yang berlaku.. Marah sebab ade orang yang berhati busuk, berjiwa kejam.. Marah sebab pihak ni tak jalankan kewajipan dan tugas.. Marah orang tu leka dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab.. Semua nak marah! Tapi, adakah kita hanya mampu marah?? 

Kita tak pernah terfikir, apakah PENYELESAIAN untuk semua ni? Sibuk berkata dunia ni kejam, hidup sekarang tak selamat, Malaysia tak selamat, keselamatan longgar, kawalan tak ketat, itu ini... Blaa.. Blaa.. Blaa.. Tapi tahukah kita, Allah lebih mengetahui? Allah dah tahu, benda-benda ni akan berlaku suatu hari nanti.. Dia maha mengetahui, kes-kes seperti ini akan berlaku dan lama-kelamaan akan menjadi teruk seperti sekarang.. Sungguh!

Penculikan diakhiri dengan pembunuhan, penculikan diakhiri dengan dibakar mayatnya, pembunuhan yang kejam, kes rogol dan cabul, maksiat berleluasa, dan banyak lagi.. Semakin menjadi-jadi, mereka yang melakukan perkara ini memang dah dikatakan TIADA PERASAAN, HATI BUSUK, HATI KERING dan lebih tepat tiada IMAN dan AGAMA dalam diri.. Fullstop.. Setuju?

Eden cuma terfikir satu, Allah Maha Mengetahui dan sebab itu lah adanya HUKUM ALLAH, dimana kita sebagai orang islam kena terima Hukum Allah jika ia dilaksanakan.. Tapi masih diantara kita nak berdebat dan pertikaikan lagi I-_-I 

Manusia dah tak kisah hukum manusia, Mahkamah dan hukuman, itu semua mungkin bagi mereka belum cukup berat.. Lupa ke dunia ni hanya sementara? Kalaulah Hukum Allah terlaksana di negara ini, mungkin kah semua ini akan terjadi lagi?? Mungkinkah?? Yakini lah perancangan Allah adalah yang TERBAIK.. Renungan bersama...

3 comments:

widydib said...

saya setuju dengan anda cik ayen

cara pemesanan trica jus said...

Nice cik....!

LadyBird said...

kacau bilau ini adalah disebabkan tangan2 kite sendiri.. tangan2 manusia.. mungkin kt kata kite x terlibat.. tetapi mungkin terdapat sebahagian yg kite lakukan sesuatu ituy boleh menjuruskan perlakuan jahat tersebut. maka.. jomk ite berubah.. sama2 praktikkan tatacara hidup yg baik.. bersih.. berlandaskan syariat Allah.. penyelesaiannya hanyalah satu.. kembali pada Islam.. tatacara fitrah..