Thursday 5 July 2012

Sempena Nisfu Syaaban


Terkezut? Terperanjat? Ohh ter-anjat gugurl :) Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.. Walaupun dah lama meninggalkan sesawang belog sendiri.. Eden masih ado disini.. Terpanggil untuk update belog ni, alahai kesian.. Dahulu tempat meluah, tapi kini dah ada tempat baru untuk meluah.. Di mana? Sedang apa dan dimana.. *Okay, ini just lirik*

Nak dijadikan story-mory.. Ececeh, berdouble pulak imbuhan.. Semalam jadi artis sekejap.. EHH??! Hehe.. Yea, semalam jadi artis sekejap.. Bbm, twitter, Inbox FB dan text masuk tak henti.. Semuanya mengingatkan tentang Nisfu Syaaban.. Terima kasih :') *Berangan Artis*

Apa sebenarnya kita dapat melalui peringatan ni? Ohh saja-saja kawan nak ingatkan? Semua dok cakap dok tweet 'Salam Nisfu Syaaban' - 'Semoga amalan kita yang lama diterima' - 'Bukak buku baru, buku lama TUTUP' - Lagi - 'Maafkan kesalahan aku, mohon dimaafkan' .. Hehe.. Kita mudah menutur bukan? :)

TAPI ingat wahai kawan-kawan, sahabat yang ku kasihi, saudara sesama Islam yang diingati.. Bukak buku baru sekalipun, jangan diulang kesalahan buku lama.. Seperti? Kalau buku lama, kita tidak menutup aurat, apa KATA buku baru ni, kita Menutup Aurat :) Indahnya, cantiknya.. Subhanallah.. Tapi jangan 'Bungkus Aurat' yea..

Seperti lagi..? Kalau buku lama kita lubang-lubangkan solat, apa KATA buku baru ni kita cuba Penuhkan Solat 5 waktu.. Bukan cuba, tapi MESTI dan WAJIB! Nak seribu daya, kalau tak nak memang banyak berdalih.. Bukan sekadar penuhkan solat 5 waktu, touch up la sikit dengan solat sunat ke, solat tahajjud ke..

Semua yang diperkatakan, menuding 4 jari pada diri sendiri dan 1 jari pada kalian.. Jangan risau, eden sedar diri.. Eden pun tak penuh ilmu di dada, tapi mengingatkan kalian sama je mengingatkan diri sendiri.. Sebab mana nak dapat Idea tulis entry seperti ini kalau bukan diri sendiri belajar dari kesilapan lalu..?? So, trademark kita yang baru ' SEDAR DIRI ' :')

1 comment:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

sebenarnya masih byk yg kita tak tahu...huhuhuh