Tuesday 10 August 2010

. Pesanan Penaja juga Dari saya .

kali ini ain sediakan design wish Ramadhan untuk semua Teman Blogger. silakan pada sesiapa yang sah menjadi Follower ain untuk memiliki "design Ramadhan" yang tak seberapa ni. terpulang kat u'll samada nak letak kat Side bar atau save dalam folder Laptop masing2 tiada paksaan mahupun ugutan Alhamdulillah esok Umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan dan insyaallah sama-sama kita menahan diri dan nafsu okey! sedikit pesanan dari penaja dan Penjaga Blog untuk mereka yang tertentu :-
to mata-mata: bulan puasa ni asset yang paling penting untuk dijaga. bagi laki-laki tundukkan pandangan mu. agar ibadat puasa yang dilakukan mendapat berkat dan tidak kekurangan pahala yang dimiliki. boleh tak kita kurangkan mesej dengan "ehem3" ain mungkin boleh insyaallah. Dan gugurl pula lebih indah pandangan mata mu dihadapkan ke ayat-ayat suci Al-quran daripada menghala pandangan mata mu kepada foto kekasih mu betul jugak sebab bulan puasa pasangan-pasangan tak dating kan :p
to telinga-telinga : adakala nya kita bosan dan tak sabar menanti waktu berbuka. Dan pasti kita akan bekalkan pendengaran dengan lagu-lagu masa kini. Ayuh kita ubah cara penghayatan lagu kepada zikir-zikir munajat atau nasyid yang berkonsepkan islamic ain suggest kan Maher Zain dengan Sami Yusof full kan MP3 kita dengan penghayatan sebegini.
to mulut-mulut : yang ni kena betul-betul tahan. jangan goyah iman mu hanya dengan melihat lauk-pauk dan makanan pada siang hari hingga menjelang berbuka. 11 bulan kita puas menyumbat makanan, kenapa hanya 1 bulan ini saja kita tidak boleh menahan? kalau benar ingin mengunyah, ambil wuduq dan duduk membaca Al-Quran. Insyaallah perkara ini pasti mengenyangkan perut dan pendengaran mu.
to kaki-kaki : Rajinkan dan desak kaki mu berjalan menuju ke Masjid. andai ada waktu lapang, tidak rugi jika kita berjemaah di masjid. pahala makin berganda malah melatih diri kita selepas ini agar kerap ke Masjid. tidak kira Bulan Ramadhan atau Bulan apa sekali pun. Ayuh Masjid tersergam indah cuma mahu lebih dihiasi dengan pengunjung nya. Solat Terawikh jangan Lupa juga!!
P/s : peringatan untuk ain dan kita semua. Insyaallah

2 comments:

saya_arief said...

selamat berpuasa.
:D

Lesly Septikasari said...

subhanalloh.. serunya blog ini. terima kasih tausiahnya :) Ramadhan Mubarok