Friday 1 October 2010

. 3 Kunci yang penting .

salam hari Jumaat buat komuniti Blogger. seperti biasa kelewatan update entry baru, bukan habis idea tapi aien tak sempat nak mengejar masa yang ade. even masih dalam cuti semester, tapi tak semestinya time cuti nie aien sentiasa ade waktu lapang tuk mengadap laptop :) So, terus kepada makna foto diatas. ape kena mengena Kunci dengan entry hari nie? hehe!! aien nak berkongsi tentang sesuatu yang aien perolehi pagi tadi ketika menonton Al-Kuliah. Kisahnye tentang Kahwin di alam Remaja. Kebanyakan dari kite ni memang ade keinginan nak berkahwin, samada dah bersedia atau belum terpulang kepada individu itu sendiri. Okey! Bak kate Ustaz, kalau nak berkahwin mesti ade 3 KUNCI dalam tangan!! ustaz tu kate mesti ade 3 KUNCI tapi aien nak tambah 1 KUNCI. maknanye 4 KUNCI yamg mesti kite ada :)
KUNCI PERTAMA mesti ade ialah kunci rumah :) tak kisah lah kunci rumah sewa ke, rumah sendiri ke, atau rumah tumpangan!! tapi jangan plak kunci Rumah Hantu takkan la after kahwin nak menumpang Rumah Mak Mertua kan. sediakan rumah semampu kite sudah la. Upss!! kite? korang laa aien lambat lagi, ni tips untuk korang yang memikirkan tentang alam Perkahwinan hehe!
KUNCI KEDUA yang mesti ade ialah kunci kereta :) tak kisah lah kunci kereta, atau motor atau Lori sekalipun. yang penting kunci kenderaan, memudahkan keluarga baru korang nanti nak ke sane sini. nak mengharapkan pengangkutan awam, sendiri mau ingat la macam mane payah nye, sesak nye nak menggunakan pengangkutan awam tu.
KUNCI KETIGA yang perlu ade ialah kunci pejabat :) bukan bermaksud kena ade pejabat atau bisness sendiri. maksudnya disini pekerjaan, biar ade income bulanan yang boleh sara keluarga baru korang nanti. baru la stabil ekonomi keluarga kan.
KUNCI KEEMPAT dalam tambahan aien sendiri ialah kunci agama :) maksud aien disini, kefahaman agama kite mestilah stabil atau betul-betul memahami konsep agama dalam berumahtangga. Bukan untuk membina keluarga bahagia saje, tapi nak mendidik anak-anak kite dengan pendidikan Agama yang sempurna. sekurang-kurangnya biarlah Pengetahuan Agama kite juga tinggi seperti Pendidikan kite di Dunia, diploma, ijazah atau master :)

No comments: