Tuesday 2 November 2010

. Campurtangan Keluarga, Perlu? .

Masalah keluarga Mertua dan Menantu, agak berat jugak isu nie kalau nak dipertengahkan. Tapi aien cuba berbincang secara baik dan tanya pendapat Blogger semua. Kebetulan tadi aien terbace 1 statement tentang 10 Soalan Yang Perlu Ditanya Sebelum Berkahwin. Antara yang menarik perhatian iaitu Pandangan Pasangan kite tentang Campur Tangan Keluarga dalam masalah Rumahtangga kite. Sekarang ni pun kite ade dengar tentang kisah artis kite yang mengalami masalah Rumahtangga akibat Campurtangan Keluarga Mertua. Yang itu aien tak nak komen la.
Aien tak la menghalang Parents untuk campur tangan dalam urusan Rumahtangga, cuma kadang-kala kite mampu nak selesaikan sendiri tanpa melibatkan keluarga. Tapi secara jujur, aien tak nak Keluarga sendiri atau Mertua masuk campurtangan dalam masalah ni sebabnye lagi mengeruhkan keadaan. Bukan maksudnye Keluarga kite tak penting, tapi sebolehnya hanya beri nasihat dan pendapat sudah cukup dalam membantu pasangan tersebut buat pilihan yang tepat untuk Rumahtangga mereka. Parents sepatutnya hanya membantu dari segi luaran masalah pasangan tersebut, Bukannye mencampuri dan bertegas membuat keputusan yang baik untuk pasangan tu. Pening pening pening...
Yang penting, Si suami kena bertegas dan bijak dalam memutuskan penyelesaian konflik rumahtangga mereka. Bukan hanya duduk diam dan mendengar keputusan orang serta membiarkan orang lain memberi kate putus dalam membentuk penyelesaian. Kadang-kala Si Suami akan tersepit antara Keluarga atau Isteri bersama Keluarga mertua. Tetapi haruslah bertegas dan berpendirian teguh jika Keluarga sendiri seolah-olah memecah-belahkan Hubungan antara 2 pihak. Harus diingat, isteri dan anak-anak adalah Tanggungjawab utama bagi Si Suami.
Kalau ade pandangan Blogger yang lebih arif tentang masalah ini, silakan berkongsi dengan kami semua di sini. Moga-moga ini persediaan kite dalam melayari Bahtera Perkahwinan akan datang, Insyaallah. Steady Blogger!
Gosip: saje nak ambil pengalaman alam perkahwinan hehe!

6 comments:

Anonymous said...

ha, x pndai sgt fasal hal ni! ehehe muda agi :)

nur.sa said...

saya rasa, kalau ada yang betul2 tak kena dalam rumahtangga anak dan menantu, tak salah kalau mertua memberi nasihat. tetapi bukanlah membuat keputusan untuk mereka. kalau anak ngan menantu pe'el elok, mesti diaorang akan dengar dan pertimbangkan cakap orang tua. biasa la. orang muda kadang2 perlu jgk teguran orang lebih tua walaupun tu rumahtangga mereka. cuma mertua jgn lebih2 pulak..so takkan ada istilah campur tangan tu.

Cik Aien said...

daus- xpe :) hehe .. amik pengalamn je nnt k.

nur.sa- erm, aien setuju, lagi pun kite bila dah berkeluarga masih memerlukan sedikit nasihat daripda kluarga tuk mnguruskan rumahtngga sndiri. yang penting, Mertua jgn terlalu cmpurtngn. nasihat dan bimbingan boleh lagi..

Cik Aien said...
This comment has been removed by the author.
Jejaka Terhangat said...

YE, saye setuju dengan kasi pendapat dan cadangan..tp jgn masuk campur sepenuhnya..sape yg tak sygkan family sndiri kn..tp bila dia dah ada kluarga sendiri..eloknya biar la dia selsesaikannya pon sendiri..

kita just bleh bg dorongan dan pendapat je..serta tempat dia luahkan prasaan..

jeBateja said...

Ni org dah kahwin nak bg pendapatan plak...

campur tangan mertua or ibu ayah tu ok...depa lebih tua, depa dulu makan garam, maw ao tidak, pendapatan mereka perlu....

Yang jadi masalah bila depa jadi pembuat keputusan. Tang ni...ketua keluarga perlu bijak. Apa pun keputusan...tak leh kecilkan hati org tua...mawpun wife.

Anak lelaki syurga tetap dibawah kaki ibu, wife plak suami...jika ibu si lelaki jadi pembuat keputusan...mmg parah...kalau mertua...leh BETAH lagik. Disini suami kena BIJAK...emm..sebab tu kot Tuhan anugerahkan lelaki akal yg panjang...ahakz...tapi lelaki guna kan nya untuk TAMBAH cawangan plak....waka...waka....